BAB 3

Romance Completed 10348

Aku mula membantu Baba meniaga di bazaar hari ini. Ya..cuma aku dengan baba sahaja. Kata Baba.. sekejap lagi akan ada seorang ustaz dari masjid datang untuk mengambil pengat dan kuih-muih sebagai pencuci mulut buat juadah berbuka di masjid malam ini. Aku cuma mengangguk sahaja. Selesai menyusun atur segala jualan.. Berpusu pusu orang mulai memenuhi bazaar. Ramai juga yang membeli jualan baba dan tidak secara langsung aku terkena tempiasnya juga. Baba memang tutup awal sedikit dari gerai-gerai lain sebab nak berbuka di masjid atau di rumah dengan lebih awal. Aku pun.. nak balik awal dan bersiap untuk berbuka. Kemudian terawih. Kesempatan ini aku guna untuk datang lebih awal ke masjid.

“Assalamualaikum..” aku melihat ke arah suara dan seorang pemuda berbaju melayu biru muda dan berkopiah memberi salam kepadaku. Entah kenapa jantung aku buat hal. Terus aku melarikan pandanganku dan menjawab salamnya.

“Erm.. Pak Haji Rahim ada?”, aku melihat baba sedang singgah di gerai hadapan. Mungkin sedang bersembang atau ingin membeli juadah.

“Baba ada, tapi pergi kedai kejap. Kenapa?”, aku bertanya tanpa memandang wajahnya.

Yang pasti..raut mukanya sangatlah jernih dan menenangkan hati.

“Saya.. ada tempah pengat dan kuih dekat Pak Haji, jadi..” aku mencelah.

“Oh..ustaz rupanya. Sekejap ya”, aku mengangkat sebuah bekas berisi pengat dan kuih-muih dari dalam bonet van yang terbuka.

Aku lihat dia tersenyum dan menghulurkan 2 keping not rm20. Aku ingin memberikan baki tetapi ditolak olehnya. Katanya.. rezeki Allah.

Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Aku menghantar langkah kakinya dengan senyuman di bibir. Aku bukan jatuh suka terus, okey. Tapi..aku tersenyum dan bersyukur kerana dia membeli dari aku hari ini dalam jumlah yang banyak.. Walaupun hati aku berbunga sedikit penangan senyumannya. Huhu..

Ummi uzur. Jadi.. aku mengajak Yana iaitu anak Pak Cik Samad menemaniku untuk berterawih.

“Zawin..dekat depan tu kan.. ada orang cina baru pindah dekat situ. Dia tauke pasar mini dekat kampung ni ha. Anjing dia semua garang garang. Biaselah..orang kaya, takut orang pecah rumah. Sebab tu bela anjing keturunan singa”,

“Iskk yeke. Biarlah. Yang pastinya anjing tu tak keluar, kan..”

“Hish..mestilah anjing tu tak keluar, tapi kau kalau nampak anjing tu jangan lari pulak. Karang tak pasal pasal tak kena kejar jadi kena lari marathon pulak. Bukan aku tak kenal kau ni. Nampak angsa ayah aku pun dah lari.Hahaha”,

“Yela..yela.. sibuk jela anjing ni. Kalau camtu kau jalan belakang aku, okey”,

“Orait..”

Aku berjalan biasa menuju ke masjid yang terletak 100 meter dari rumahku. Aku lihat anjing yang dikatakan Yana sedang duduk bersama tuannya di hadapan rumah. Ambil angin malam lah kut. Seram pula aku rasa. Aku mula berjalan laju bila anjing tersebut memandang tajam ke arahku. Aku lihat dia mula berdiri dan berjalan di hadapan tuannya kehulu-kehilir sambil memerhatikan aku dengan tajam. Dia mula menyalak dan agresif seperti ingin mengejar aku. Aku jadi gabra dan terus berlari sekuat hati.

Aku terdengar Yana menjerit memanggil namaku. Pakcik Cina itu turut berteriak sama. Namun, yang lebih jelas di pendengaranku ialah bunyi nyalakan anjing dan derapan lariannya. Mungkin pegangan pakcik Cina itu tidak begitu kuat menyebabkan anjing garang itu dapat melepaskan diri dengan mudah. Aku berlari dengan sekuat hati bersama telekung yang aku pakai tanpa menoleh ke belakang. Aku amat risau sekiranya kain telekung dari Instanbul pemberian Hannah pada hari jadi yang ke-20 aku digigit anjing pada malam pertama Ramadhan.

Gedegang..! Bush! Aku rasa aku terlanggar dinding atau tiang. Keras betul. Adoi!

Hakikatnya bunyi itu cuma di dalam kotak fikiranku.

“Aduh..” sakit dahi dan hidung mancungku. Aku toleh atas.. wajah sama yang masam memandangku. Berkerut macam kuih lapis tak siap sahaja dahinya. Ya.. Hasif! Allah..

“Anjing..anjing ..lari Hasif!..” dia tersedar dan turut berlari sepantas yang mungkin. Aku rasa kami sudah terlepas masjid sejauh 50 meter . Hasif berhenti dan terus menanggalkan seliparnya dan dengan pantas memenggal ke arah anjing tersebut. Bertempiaran anjing itu lari. Aku rasa seperti kehilangan nafas. Aku lihat Hasif seperti mencari sesuatu. Selipar. Aku meluru ke arah seliparnya dan mengembalikannya semula. Wajah Hasif agak bersih dan lembut.

Namun.. tak lama kerana dia memandang aku dengan wajahnya yang masam dan berkerut seperti 13 tahun yang dulu. Aku sebenarnya agak takut, aku mahu baba.. Dia mendekatkan mukanya ke arahku. Aku terkejut.

“Budak hingusan! Setiap kali jumpa dengan awak, mesti saya kena macam macam. 1 Ramadhan ni pun sama macam hari pertama saya kena kejar dengan angsa Pak Samad dulu”, aku terdiam.

Entah kenapa , aku rasa bersalah sangat. Lidah aku kelu, kaki aku seperti terpaku di pasak bumi. Aku cuma tunduk, kaku dan beku. Tiba-tiba aku rasa tubir mata aku hangat. Hissk, benci betul keadaan macam ni.

“Zawin..”, aku diam.

“Zawin..”, aku diam. Dia menghampiri. Aku terus berundur darinya dan melangkah. Aku berpaling.

“Saya minta maaf. Terima kasih sebab halau anjing tadi”, Aku mula mengatur langkah.

“Sekejap!”, dia melaung.

‘hish..apa yang dia nak lagi ni..’ dia berdiri sebelah aku.

“Awak tahu tak kesalahan awak paling besar malam ni..?”, dia memandang tepat ke arahku.

‘mesti dia ni dah biasa bersembang dengan perempuan kan ? hm..nyampah’,

“Setahu saya, kesalahan saya yang paling besar malam ni ialah, bila saya terlepas terawih sebab dengar ceramah awak yang berjela jela ni..!”, suara aku agak meninggi sedikit. Dia seperti tidak berpuas hati.

“Awak kena ganti balik tasbih saya yang dah tercicir gara gara awak langgar saya tadi”, dia berpeluk tubuh sambil matanya tajam memanah aku.

“Encik Hasif ustaz Jordan, awak mesti banyak tasbih kan.. takkanlah seutas tasbih pun awak nak berkira dengan saya kot? Hish..tak gentle langsung “, aku mencebik dan terus berjalan. Dia turut berjalan seiring denganku.

“Awak ni memang tak menghargai barang langsung kan..masa dulu pun awak rosakkan cantingan batik saya. Itu untuk pertandingan tahu? Sekarang awak hilangkan tasbih saya pulak. Hishh tak fahamla awak ni.. memang budak hingusan!”, dia berjalan lebih laju dari aku selepas menekankan perkataan ‘budak hingusan’ pada aku.

Eeii.. ikutkan hati aku ni.. nak je aku luku kepala dia macam yang selalu aku buat dekat Izwan. Memang menjengkelkan. Itu pun nak mengungkit. Aku berjalan agak laju untuk sampai di masjid. Tiba- tiba, aku ternampak sesuatu yang berkilauan di atas jalan. Tasbih! aku mengambilnya dan terus berlari anak menuju ke masjid. Ya, ini pasti tasbih putih milik Hasif..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience