BAB 14

Romance Completed 10348

Aku dan Hasif dihadapkan di hadapan saksi-saksi yang menyaksikan babak aku memasak kuih raya dengan Hasif atau lebih tepat sekali, ditangkap berduaan di dapur. Aku betul-betul terlupa niat asalnya ke mari apabila dia teruja ingin membantu aku memasak kuih raya. Semestinya ummi aku dan ummi Faridah ada sekali.

Ustaz Fahrin, dapat aku lihat wajahnya tenang meskipun aku dapat agak rautnya sedikit keruh. Sedihkah dia dengan sikap aku? Argh..aku betul betul tidak secocok dengan dia. Mata ni memang nak menangis apabila disalah anggap oleh orang di sekelililing aku. Aku dapat lihat riak Hasif yang sangat serba salah atas perkara yang terjadi. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan melainkan hanya menurut perintah baba. Iskk..rasa nak balik kampus la. Tak ada lah fitnah sangat sampai macam ni.

“Ana terima aje segala hukuman walid dengan pak haji, termasuk bakal tunang Zawin, ustaz Fahrin. Ana mengaku ana memang bersalah sebab berduaan dengan dia. Ana terleka dari niat asal ana nak bertemu ummi Fazilah untuk bagi gulai. Ana.. memang bersalah dan akan bertanggungjawab dengan perbuatan ana sendiri”,

Tenang Hasif bertutur.

“Walid rasa ..walid perlu hantar enta ke Jordan semula. Walid rasa enta tak perlu ada disini sehingga tempoh Zawin menikah dengan ustaz Fahrin sehingga tiga tahun”, tenang dan lancar ayat itu dituturkan oleh Imam Ahmad.

Tenang.

Hasif juga tenang. Dia sudah bersedia untuk menerima apa jua hukuman. Dalam hati, dia bersyukur juga kerana bukan orang kampung yang menyaksikan insiden tersebut.

“Pak Imam, ana rasa tak perlu lah sampai macam tu sekali pak Imam menghukum Hasif. Ana tahu dia tak sengaja. Kadang-kadang manusia dikawal nafsu dari akal. Walaupun benda tu nampak kecil, tapi kita tak sedar akan kesannya. Ana rasa, ada baiknya kalau..Hasif disatukan dengan Zawin”

Ternganga mulut Hasif. Bukan Hasif sahaja. Imam Ahmad, Haji Rahim, Pak Samad, ummi dan ummi Faridah yang senyap dari tadi turut terkejut. Kalau hiperbola sikit, berita yang aku terima umpama berita bahawasanya planet Pluto dan Bumi akan bergabung walaupun semua tahu yang Pluto mungkin tak wujud dah. Ya..terkejut.

Aku apatah lagi.

“Ustaz dah tak sudi terima Zawin lagi ke?”

Baba menguji. Ustaz Fahrin pandang aku. Segan weh..aku tunduk la kira bulu karpet dari pandang muka kacak dia tu yang makin buat aku serba salah.

“Bukan macam tu pak Haji. tapi ana rasa..Zawin tak selesa dengan ana. Dan.. ana dapat rasa yang Zawin dan Hasif..lebih sepadan. Ana tak nak Zawin terima ana sebab tak tahu macam mana nak tolak ana. Walaupun dia tak cakap, tapi ana dapat firasat dan hati ana kuat mengatakan yang Zawin berjodoh dengan Hasif. Zawin bukanlah tulang rusuk ana”,

Panjang lebar dia terangkan. Ya..semua yang dikatakan tepat belaka. Hati aku resah bila memikirkan dia. Aku takut aku buat pilihan yang salah. Tapi kenapa dia tak nak berterus terang sebelum ni? Kenapa dia baru cakap lepas aku dan Hasif tertangkap?

“Ana dapat rasa..Zawin gembira dengan Hasif, hingga boleh memasak bersama dan tak sedar tengah berduaan. Syukur tak ada yang ketiga sebab diikat Allah ketika Ramadhan . Mungkin kalau dengan ana.. mesti Zawin tak begini. Maaf ana katakan..kalau ana nak dengar dari mulut Zawin sendiri, Zawin dapat apa-apa petunjuk tak selepas beristikharah?”,

Semua mata pandang aku bila ustaz Fahrin mengajukan soalan kepada aku. Malu dan aku memang tak boleh dipisahkan. Nak tak nak..aku kena berterus terang juga. Aku tarik nafas sedalam dalamnya.

“Maaf ustaz, maaf baba, Imam Ahmad, ummi, ummi Faridah, Pak Samad dan semua. Zawin mengaku memang Zawin salah sebab terleka. Zawin tahu sedikit sebanyak semua kecewa dengan sikap Zawin. Berkenaan soalan ustaz, Zawin tak dapat apa apa petunjuk lagi kecuali, Zawin nampak ada seseorang dalam mimpi Zawin, dia menghulurkan seutas tasbih warna hijau muda yang terukir nama “Zawin” di hujung untaian tasbih tu. Tapi wajahnya agak samar. Zawin salam tangannya dan dia hilang dari mimpi Zawin”,

Tasbih itu mirip tasbih yang aku berikan kepada Hasif. Tak adalah aku terangkan pada semua bahawa tasbih itu mirip kepunyaan aku yang telah aku beri kepada Hasif. Dan..aku tahu itu bukan kepunyaan aku. Sebab tasbih aku mana ada ukiran nama di hujungnya.

Aku lihat Hasif mengeluarkan sesuatu dari kocek baju melayunya. Dia melayangkan seutas tasbih yang amat mirip seperti di dalam mimpi aku. Dan..di hujung tasbih itu terukir satu nama “Zawin”. Aku tergamam. Tidak ku sangka telahan aku betul. Aku lihat ustaz Fahrin senyum. Mungkin dia meredai suratan jodoh Ilahi antara aku dengan Hasif.

***********

“Aku terima nikahnya, Nur Zawin Zulaikha binti Rahim dengan mas kahwinnya , empat ratus empat puluh ringgit tunai..”,

Beberapa orang saksi termasuk Ustaz Fahrin mengangguk angguk.

“Sah! sah! “,

Hasif meminta diri menunaikan sujud syukur dan solat sunat selepas akad nikah terlebih dahulu. Aku menyalam tangannya sebagai suamiku yang sah. Terketar- ketar juga aku rasa. Segan teramat pertama kali disentuh lelaki selain mahram aku. Dia menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manisku dan meletakkan tapak tangannya di atas ubun ubun aku. Aku mendengar dia membaca doa seperti yang diamalkan sebagai sunnah Nabi s.a.w yang terkandung di dalam hadis:

Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ (Riwayat Abu Daud).

Tenang. syukur dan gembira. itu yang dapat aku lihat dari matanya. aku juga begitu. sesungguhnya benar aku bersyukur dengan pemberian Allah.

***3 tahun kemudian***

“Ya habibi, abang dapat berita ustaz Fahrin dah bernikah di Mesir dengan pilihan hatinya. Dah hampir setahun. In shaa Allah, hujung minggu ni dia balik. Buat kenduri kesyukuran sikit”,

Hasif memberitahu aku ketika aku sedang menidurkan anak kedua kami yang berumur 5 bulan. Segala berita berkenaan ustaz Fahrin akan sampai dalam pengetahuan suami aku. Mereka telah menjadi sahabat dunia akhirat sejak Hasif membantu Ustaz Fahrin mendapatkan biasiswa bagi menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Kedoktoran melalui pusat pengajian tempat Hasif bekerja sebagai pensyarah. Serta, kesudian ustaz Fahrin untuk menjadi saksi pernikahan kami.

“Alhamdulillah.. yeke bang. Syukur sangat”,

gembira aku dengan berita tersebut.

“Isteri dia orang Malaysia juga..”, Hasif mengusap ubun ubun anak sulungku yang lena tidur.

Anak pertama kami bernama Muhammad Hazzan Irwan dan puteri kedua kami, Nurul Hannan Iman. Aku memandang suami aku. Dia mengusap tangan aku.

“Terima kasih sudi terima abang. Abang janji hati ini milik sayang selamanya.

‘’InshaAllah, sayang pun sama, cinta ini milik sayang tapi kita kena ingat yang kita milik Allah. Apa yang sayang boleh buat adalah menunaikan segala tanggungjawab sayang menjadi sebaik-baiknya isteri untuk sayang, ini janji sayang.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience