BAB 12

Romance Completed 10348

“Zawin tahu tak kenapa saya nak ambil Zawin jadi bakal zaujah saya?”, petang tu angin bertiup lembut depan halaman rumah aku.

Aku dengan dia duduk atas pangkin yang selalu aku main dengan Hasif waktu kecil dulu. Hasif, dah lama aku tak nampak dia. Kenapa dengan dia agaknya? Sejak seminggu lepas dia tak munculkan diri. Tapi dia tetap ada bila tiba giliran dia menjadi imam terawih di masjid.

“Zawin..”, baru aku sedar aku tidak keseorangan. Hasif juga dalam kepala aku ni. Gila betul.

“Ma..maaf ustaz, hee.. apa dia tadi?”,

“Tak ada apa.. Zawin”, dia senyum.

Aku tidak berduaan dengan dia. Mestilah adik kesayangan aku ada sekali. Mahu kena terjun dalam parit hujung kampung buat onar dekat sini? Tapi Izwan duduk dekat pangkin hujung. Memang kena gosip setahun tak habis berduaan dengan ustaz ni.

“Ohya, kenapa ustaz pilih saya? Saya bukannya cantik pun. Harta pun tak ada, marhaen semata mata. Perangai tak matang ni juga yang jadi johan. Gadis dekat kampung ni kan ramai yang boleh jadi calon ustaz?”,

Bertubi-tubi soalan aku ajukan pada dia. Memang aku musykil sangat.

“Rupa tak ada? Allah dah menjadikan manusia secantik cantik dan seindah indah kejadian. Akhlak yang mulia adalah pakaian yang paling indah dan secantik cantik perhiasan. Paras rupa bukanlah ukuran semata-mata. Tak kiralah pangkat kita apa dekat dunia ni.. Tapi kita adalah sehina hina marhaen dihadapan Allah swt, Zawin…

Zawin matang. Zawin dah biasa berusaha untuk dapatkan sesuatu. Bekerja keras dan selalu tolong baba dan ummi Zawin. Zawin seorang yang cantik peribadi, kalau brutal tu..perhiasan juga. Zawin ganas dengan ajnabi.. manja brutal dengan Wan sebab dia lelaki. Dengan baba dan ummi baik, jadi apa alasan Zawin lagi untuk saya tak cuba membimbing Zawin? saya tak mencari kesempurnaan. Tetapi pelengkap hidup saya”,

Bravo..kata kata dia boleh buat aku terpaku plus ternganga 10 saat. Dalam hidup aku..selepas baba dan Wan..semsetinya selepas Hasif, ustaz Fahrin adalah lelaki pertama yang bercakap paling lama dengan aku. Kecuali pakcik pakcik tauke bazaar dan kedai dekat kampung ni. Tak sangka langsung aku ustaz ni pandai berkata kata. Banyak betul perkara dia tahu pasal aku? Mana dia korek ni? Tak payah tanya. Mesti adik kesayangan aku punya penangan. Aku rasa muka aku merah sekarang ni. Bunyi motor masuk halaman rumah.

Sebelah.

Menarik perhatian aku. Dah lama aku tak nampak dia, Encik Hasif aka Ustaz Jordan. kenapa dia macam mengelak dari aku? Aku pandang dia. Dia pandang aku. Baru aku sedar ustaz Fahrin masih ada di sebelah bila salam dihulur.

Aku minta diri ke dalam. Tak mahu berlama lama di tengah dunia lelaki itu. Aku rasa marah juga. Kenapa dia macam tak senang dengan aku? Sentiasa mengelak dan tak selalu menegur aku macam dulu. Runsing betul dengan hati sendiri yang mengada ada ni. Kenapa aku rasa macam ni? Hati aku mungkin masih belum cenderung percaya dengan jodoh ku bersama ustaz Fahrin walaupun hampir setiap hari aku melakukan istikharah sejak aku dirisik ustaz Fahrin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience