"NEXT!"
"NEXT!"
"NEXT!"
Bebola matanya diputarkan. Keluhan kecil kedengaran daripada gadis yang mengenakan headband di kepala. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil lalu blouse biru muda yang dipegangnya dibaling ke belakang. Aufa yang berada di sisinya, hanya dipandang dengan ekor mata. Lantas tubuh sahabatnya itu dipeluk. "Macam mana ni? Sudahlah majlis itu malam ini." Rungutnya sambil menggoyangkan kakinya, gelisah mengingatkan majlis yang akan berlangsung dalam beberapa jam lagi.
Namun begitu, masih sahaja tidak menjumpai pakaian yang sesuai untuk menghadiri majlis ulang tahun salah seorang 'kawan sekelasnya'. Tidak mungkinlah mahu ke majlis mewah sebegitu dengan mengenakan seluar jean dan baju t-shirt. Pasti akan dihentam habis-habisan. Tetapi jika tidak hadirkan diri, perempuan itu akan terus-terusan mengganggu hidupnya. Arhh!
"Yiyin... Yiyin. Aku nak kasi baju aku, kau jual mahal." Sindir Aufa seraya menepuk bahu sahabatnya yang dipanggil Yiyin itu atau nama sebenarnya Airin Mikayla. Dia tersengih melihat mimik muka tidak puas hati Airin Mikayla. Tadi aku offer, kau jual mahal. Tahu pun nak menyesal sebab tolak tawaran aku tadi.
"Okay, aku buka offer aku semula. Kau nak guna baju aku tak?" Soalnya.
Laju sahaja Airin Mikayla menggangguk. Lantas, Aufa bangun dari duduknya. Dia bergerak menuju ke arah almari berpintu dua. Sehelai dress putih yang disangkut pada penyangkut, dikeluarkan dari situ. Ini adalah baju yang dibawanya dari rumah. Pada mulanya mahu diberi pinjam kepada si Airin, tetapi sahabatnya itu menolak. Katanya tidak perlukan pertolongan daripadanya.
"Kau serius nak bagi aku pakai baju itu?"
"Kenapa? Tak lawa ke?" Apabila sedar bahawa Airin Mikayla yang mahu membantah, pantas dress putih itu diletak di atas riba sahabatnya. "Tak yah nak komen apa-apa eh. Pergi tukar cepat."
"Tapi... Macam nak pergi akad nikah je dress kau ini?"
Pecah ketawa Aufa mendengar soalan yang diajukan Airin Mikayla. Sememangnya itu adalah dress 'akad nikah' yang dihadiahkan Tengku Emir kepadanya. Acah je siap bagi dress dekat aku. Kononnya untuk akad nikah mereka yang bakal diadakan. Eee, tak hingin langsung. Berangan je lebih mamat keparat itu. Kira baik juga lah ni aku tak jadikan kain lap kaki di rumah. "Tak punya. Cepat cepat pergi tukar."
"MACAM nampak pelik je." Komen Airin Mikayla sambil memusing-musingkan badannya yang tersarung dress putih, di hadapan cermin besar. Sekali sekala dia akan membetulkan dress yang dihiasi dengan lace itu. Agak sendat di bahagian pinggang, al-maklumlah badan Nur Aufa Qasreena cekeding seperti cicak kobeng. Manakala badannya sedikit berisi. Nasib baiklah bahagian sendat itu sudah ditutupi dengan satu kain panjang yang dijadikan reben.
Dia mengakui, dress putih ini memang cantik. Tetapi itu kalau dipakai oleh Aufa. Bukan aku. Nampak pelik tahu tak.
"Apa benda yang peliknya, cantik lah. Ish, kau ni. Jangan sentuh. Aku dah jadikan dia lawa-lawa." Tangan Airin Mikayla yang menyentuh reben itu, ditampar Aufa. Reben itu dibetulkan semula agar kelihatan seperti hiasan. Kau memang bijak Aufa. Tak sia-sia belajar di sekolah tadika.
Hmmm... Cantik juga dress yang Tengku Emir beli. Ada lace di bahagian dada dan tangan. Walaupun simple, tapi masih nampak wow. Al-maklumlah sebelum ini tidak pernah berusik di dalam kotak, jadi tidak tahu rupa dress itu. Nanti kalau buka, akan dianggap dia terima lamaran Tengku Emir. Padahal, hadiah itu hanyalah sekadar mahu mengelabui mata kedua orang tuanya.
"Kau beli mana baju ini? Lembut kainnya."
"Entah, Emir bagi."
Jatuh rahang Airin Mikayla mendengarnya. Dia memandang Aufa dengan tidak percaya. Adakah dia salah dengan sebentar tadi. Emir? Tengku Emir?
"Kenapa?"
"Kau bagi aku pakai baju dia? Entah-entah ini baju nikah korang?"
"Ish, apa benda yang nikah nikah ni. Antara aku dengan dia, takde istilah nikah. Aku lebih rela hidup menjanda kalau terpaksa kahwin dengan dia."
"Huh, nasib baik. Mahu koma aku kalau kau kata ini baju kahwin kau."
"Memang tak lah."
"Alhamdulillah..."
"Oh ya, kau ingat eh, kau datang majlis tu bukan untuk bergaduh. Kau cuma nak buktikan yang kau bukan pengecut."
Pesanan Aufa mendapat anggukan daripada Airin Mikayla. Angguk konon, macamlah boleh percaya sangat. Sifat Airin Mikayla sudah berada di dalam poketnya. Setiap tingkah laku gadis itu sudah dapat ditebak olehnya. Pantang dicabar. Karang, mula lah sesi WWE dia di tengah orang ramai. Manalah mak kau di kampung itu tidak risau. Aku juga yang kena tahan telinga dengar bebelannya. Bebelan mama dekat rumah pun tidak larat mahu dengar.
"Kau jangan risau lah Aufa. Tahulah aku nak ajar si Dhiana tu macam mana. Fikir aku ini hingin sangat pakwe dia yang hangus tu." Kutuk Airin Mikayla dengan bersahaja. Sebaik sahaja bayangan Dhiana muncul di kepalanya, pantas dia menggeleng laju. Menyemak betul.
Si teman lelaki dia, Harraz yang datang menempel dekat aku, aku pula yang dipersalahkan. Kononnya mahu merampas dan menggoda Harraz. Ingat taste aku bawah sangat ke. Itulah orang kata, bila otak letak lutut. Tak fikir logik atau tidak.
"Ha! Aku baru kata tadi kan, jangan nak bergaduh dekat sana."
"Alah, aku gurau je lah. Aku bukannya nak buka gelanggang dengan dia, cuma aku akan ajar dia... Sikit... Je. Kalau aku betul-betul buka gelanggang, dah lunyai dia aku kerjakan."
"Ingat janji kau eh."
"Ingat bos!"
"Ish, kau ni. Buat risau aku je lah. Meh aku betulkan solekan kau semula."
JALAN raya yang lengang diperhati lama. Masih tiada tanda-tanda sebuah kereta akan muncul di situ. Aish, di mana pulakah teksi yang sudah ditempah. Katanya dalam 5 minit, teksi itu akan tiba di sini. Namun, sekarang ini sudah hampir 20 minit. Majlis akan bermula lebih kurang 15 minit dari sekarang. Jika dia tidak sampai tepat pada masanya, masa depannya benar-benar akan hancur. Orang-orang tidak sedar diri itu akan bertindak terlebih dahulu.
Cepat pak cik teksi, mana pula kau menghilang sekarang ini. Dress yang sedikit meleret ke tanah, diangkat sehingga ke buku lali. Tidak mahu merosakkan dress itu sebelum tiba di sana.
5 minit telah berlalu. Dia semakin gelisah dan bimbang. Nombor pak cik teksi dihubungi semula. Namun, masih suara operator yang menjawab. Dia sedikit tersentak saat sebuah kereta baru melintasinya. Apa yang membuatkannya lagi terkejut adalah, lopak air yang dilanggar kereta itu mengenai dress putih yang tersarung di badannya. Tanpa berhenti terlebih dahulu, kereta itu terus meluncur laju dan menghilang dari pandangan.
Dia terkaku di situ dengan mata yang tidak berkedip. Lemah tangannya jatuh di sisi. Sekarang, bagaimana dia mahu pergi ke majlis itu dengan baju yang sudah kotor, teksi yang belum tiba. Tidak mungkinlah dia kalah pada Dhiana pada hari ini.
Lama berdiri bagaikan tiang bendera di bahu jalan sebelum telefon bimbit dikeluarkan daripada handbagnya. Nombor Aufa dicari di dalam kenalan dan panggilan terus dibuat. Tidak sampai beberapa saat kemudian, telinganya sudah disapa dengan suara seseorang.
"Aufa, kau kena tolong aku."
.
.
"Please... Nanti aku belanja kau makan steambot dekat kedai simpang jalan."
.
.
"Okay, setuju!"
ORANG ramai mula memenuhi kawasan perkarangan rumah. Kebanyakan mereka terdiri daripada sahabat-sahabatnya dan beberapa orang penting. Namun, dalam kelompok manusia itu, seseorang yang diundang masih sahaja tidak kelihatan. Dia tersenyum sinis. Pasti rancangannya sudah berjaya. Kau takkan jejak kaki di sini Mikayla dan kau kalah dengan aku pada kali ini.
'Happy birthday Dhia.'
Senyuman manis diukir melihat satu pasangan sejoli yang baru tiba. "Thank you beb." Ucapnya dengan terharu. Tangan gadis itu dipegang erat. Lalu mereka berlaga pipi.
"You look so beautiful."
"Thank you again. You too Maya. Eh, jemputlah masuk. Nanti kalau ada apa-apa yang korang perlukan, just cakap pada pembantu okay. Atau you guys boleh cari i."
Setelah pasangan itu beredar pergi, dia kembali menghalakan pandangannya pada pintu pagar. Yakin bahawa perempuan itu tidak akan memunculkan diri, dia terus mengatur langkah menuju ke arah sahabat-sahabatnya yang telah tiba.
Semuanya disapa dengan gembira dan ucapan terima kasih tidak pudar diucapkan. Majlis pada malam itu dirasakan majlis yang paling meriah yang pernah dia adakah. Semasa asyik dia bergaul bersama beberapa orang sahabatnya, tiba-tiba sahaja suasana menjadi gimik. Pusat tumpuan tetamu-tetamu adalah pada seorang perempuan yang baru tiba. Apa yang membuatkan perempuan itu nampak menarik adalah mask putih yang dikenakan di wajahnya, juga dress maroon yang tersarung di tubuhnya. Lihat dari jauh, kelihatannya itu adalah...
'AIRIN MIKAYLA!'
'Woooooo!'
'Siapa tu?'
'Mikayla pakai baju perempuan?'
Tetapi macam mana perempuan tu... Boleh...
Matanya hanya menyoroti ke arah perempuan itu sehinggalah perempuan itu tiba di hadapannya. Tangan digenggam kuat dengan dada yang bagaikan mahu meletup.
"Happy birthday." Kata perempuan itu seraya menghulurkan satu kotak sederhana besar yang dibalut kemas menggunakan pembalut hadiah. Setelah hadiahnya disambut Dhiana, spontan dia memandang ke bawah beberapa saat dengan bibir yang tersenyum lebar. Seketika kemudian, kepalanya diangkat semala menghala ke arah wajah merah padam Dhiana. Mungkin tidak sangka bahawa 'Airin Mikayla' akan muncul di sini pada malam ini.
"Thanks Mikayla. Actually, you late." Gumam Dhiana dengan penuh makna. Dia merenung Airin Mikayla tidak lepas daripada tadi. Sekilas tengok, tidak jauh beza dengan orang psyco.
"Sorry Dhia, tadi aku ada important case"
"It's okay. Jemput makan."
"Thanks."
Setelah Airin Mikayla beredar dari situ, beberapa orang sahabatnya terus menempel kepadanya. Tergamam mereka melihat sikap Airin Mikayla yang dirasakan sangat berbeza daripada sebelum ini. Tidak berkasar malahan 'memohon maaf'?
"Mata aku salah tengok ke ni? Sejak bila Mikayla macam tu?"
"Looks beautiful and feminine"
"Yes. Right..."
"Iye lah. Selalu dia pakai macam lelaki."
Semakin membuak-buak amarah Dhiana mendengar pujian yang diberikan kepada Airin Mikayla. Mikayla, kau merosakkan majlis aku. Beraninya kau jejak kaki di sini dan mencuri pusat tumpuan yang sepatutnya menjadi milik aku! Kau tidak ambil kisah dengan amaran yang aku maksudkan. Kau tak tahu lagi setakat apa aku boleh buat. Just wait and see. Aku akan bagi kau hadiah yang takkan kau boleh lupakan sepanjang hidup ini.
SETELAH tiba di dalam bilik air, terus lutut terasa lemah. Dinding segera dipaut dengan nafas yang turun naik. Mask yang tersarung di wajahnya, dibuka lalu diletakkan di atas sinki.
Wuu, gila lah! Nak je aku lari tadi tengok muka garang Dhiana. Macam nak telan orang hidup-hidup lah! Yiyin, kali ini aku pertaruhkan hidup aku untuk kau, jadi kau kena belanja aku bila aku dah keluar dari sini dengan tubuh badan yang sempurna. Mana nak tahu kalau Dhiana hilang akal dan menetak anggota tubuh badan aku. Hilang tangan, hilang kaki... Dan paling teruk, mungkin hilang... Kepala.
Apa benda yang kau merepek Aufa!
Tersedar bahawa seseorang sedang menuju ke sini, pantas mask itu kembali dikenakan di wajahnya. Nasib baiklah tinggi dengan badan kau lebih kurang sama dengan aku je Yiyin, kalau tidak memang payah aku nak berlakon jadi kau dekat sini.
Tetapi masalahnya, kalau dia perhati muka aku lama-lama, lepastu perasan yang bahagian bentuk muka aku beza dengan kau, apa aku nak menjawab? Tak kan lah nak cakap buat pembedahan plastik, tak logik betul.
'TAP! TAP! TAP'
Tali handbag di bahu, dibetulkan kedudukannya. Dia berdehem beberapa kali sebelum mengatur langkah keluar dari situ. Hanya senyuman tipis yang dihulurkan semasa dia berselisih dengan salah seorang tetamu. Namun hanya dibalas dengan jelingan.
Cis, kurang asam. Bukan selalu kau nak tengok 'Airin Mikayla' senyum tahu. Selalu dengan muka garang mengalahkan singa je.
'First sekali, i nak ucapkan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir pada malam ini... Sahabat-sahabat saya, Eja, Misha... Bla... Bla... Bla...'
Meja kosong menjadi tempat persinggahannya. Air yang dihidangkan pelayan yang baru tiba di situ, dicapai. Lalu ucapan terima kasih dihulur. Menongkat dagu dia memandang Dhiana yang sedang berucap di atas sebuah pentas mini yang dibina khas. Daripada tadi asyik terima kasih je, penat lah dengar. Macam mana lah yang lain boleh bersorak sakan, aku ini yang bosan.
Bebola matanya dijuling ke atas saat Dhiana berpelukan manja dengan Harraz, teman lelakinya di atas pentas. Apabila Harraz mengucup dahinya, dia kembali membalas kucupan pada pipi lelaki itu tanpa segan silu.
Eeee, geli. Aku sebagai seorang perempuan pun malu tahu tak. Sudahlah tiada ikatan yang sah, hanya dengan memegang title 'couple', fikir dah cukup kukuh ke untuk buat aksi sebegitu?
Lepastu duk jeling-jeling aku, konon nak bagi aku tengok adegan mesra yang berlaku di atas pentas. Hello, kau ingat aku jelez dan kisah? Aku bukan Airin Mikayla lah.
Bulu romanya mula meremang saat adegan mereka berdua semakin menjadi-jadi. Malah mendapat sorakan daripada yang lain. Ya Allah, apa yang aku buat di sini. Ini bukannya parti hari jadi.
Pantas bebola matanya dilarikan ke sekeliling. Asyik merenung setiap sudut kediaman itu, pandangannya terpaku pada bahagian belakang rumah. Dahinya berkerut. Kenapa macam nampak kelibat seseorang sedang menyelinap ke sana? Dengan sikapnya yang mencurigakan, seakan-akan seorang pencuri pun ada.
Seketika kemudian, badannya berdiri tegak. Muncul satu idea yang 'agak bernas'. Jika benar itu adalah pencuri, dan jika dia dapat menangkap seorang pencuri pada malam ini, bukankah nama 'Airin Mikayla' akan naik? Kemudiannya Dhiana akan berhutang budi dengan Yiyin dan tidak akan berani mahu mencari pasal dengannya lagi?
Bijak! Dengan berhati-hati, lantas langkahnya juga diatur menuju ke belakang rumah. Tali handbag sudahpun disilangkan di lehernya. Dress yang melabuh ke kaki, diangkat lalu diikat di pinggang. Kakinya yang tersarung seluar t'suit hitam diangkat-angkat tinggi lalu digoyangkan ke udara.
Nasib baiklah hari ini aku terfikir nak pakai seluar dekat dalam. Tunggu aku pencuri!
TUBUH itu ditumbuk berkali-kali. Tidak cukup dengan itu, sebuah tendangan juga dihadiahkan sehinggakan tubuh lelaki itu melayang ke belakang, kemudiannya terhempas di tanah.
Pantas dia mencapai kayu berdekatan. Lalu dihentak kuat pada bahagian kepala lelaki itu, menghalang lelaki itu kembali membalasnya. Bahagian lutut lelaki itu dihentak kuat sehinggakan mengeluarkan bunyi patah.
'KRAKK!'
Dengan marah yang membara-bara, leher lelaki itu dicengkam lalu memaksa lelaki yang terbaring lemah dengan darah yang memenuhi wajahnya, berdiri. Sebuah pisau di belakang seluarnya ditarik lalu diletak di bawah dagu lelaki itu. Memberi amaran bahawa dia boleh mencabut nyawa lelaki itu bila-bila masa sahaja.
"Mana barang yang aku minta?" Gumamnya keras. Apabila tiada balasan daripada lelaki itu, cengkamannya semakin dikuatkan. "Aku ulang sekali kali. Mana barang yang aku minta?!"
"Aku... Aku dah jual."
Pisau dibenamkan di bawah dagu lelaki itu lalu ditarik kasar. Cecair merah mula mengalir dari situ bagaikan pancuran air.
"Argh"
"Aku tak nak dengar alasan itu. Mana barang aku?"
"Aku dah jual."
Kali ini pisau ditikam tepat pada bahagian perut. Dicabut lalu ditikam lagi berkali-kali.
"Argh!"
"Aku paling pantang kalau orang menipu. Kau tahu kan..."
Tikaman terakhirnya tepat pada bahagian dada. Kemudian dihadiahkan sebuah tendangan yang kuat sehingga lelaki itu terlantar di tanah dengan pisau yang terpacak di dada. Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu yang berada di ambang maut. Tangannya yang kotor dengan darah, dilap menggunakan sapu tangan.
Tak pasal-pasal aku kena turun tangan dan hapuskan kau pada tempat terbuka seperti ini. Kau memang menyusahkan aku!
'PRANGG!'
Pantas kepalanya dipusing ke arah belakang. Matanya dapat menangkap seseorang yang sedang melarikan diri. Automatik mukanya bertukar bengis dengan urat yang timbul di sekitar dahi dan lengannya. Mayat lelaki yang terdampar di tanah direnung tajam.
Kau!
DENGAN dada yang turun naik, langkah diatur laju meninggalkan tempat itu. Masih terbayang-bayang di kepalanya kejadian di belakang rumah sebentar tadi. Adakah dia baru sahaja melihat seseorang sedang membunuh?
Atau dia hanya bermimpi? Sekilas dia menoleh ke belakang bagi memastikan bahawa apa yang dilihat
tadi adalah benar belaka. Mukanya berubah pucat apabila terlihat seseorang sedang memerhatikannya dari jauh. Samar-samar kelihatan mata itu penuh dengan api dan sedang menikam tepat ke arahnya.
Yakni itu adalah lelaki yang membunuh sebentar tadi.
'GULP!'
Dhiana yang berada berdekatan, hanya memerhatikan setiap tindak tanduk perempuan yang dianggap Airin Mikayla itu. Langkah diatur menghampiri perempuan itu. Semasa Airin Mikayla sedang terburu-buru seakan-akan terlihat hantu, kaki kanannya dipanjangkan ke hadapan.
Akibat tidak bersedia, Aufa tersadung ke hadapan, terjatuh di dalam kolam renang di situ. Sebelum itu juga, dia sempat menarik lengan baju Dhiana akibat tindakan refleks. Dalam sekelip mata sahaja, mereka berdua tercebur bersama-sama di dalam kolam renang. Keadaan mula menjadi bingit dengan terjunan secara tiba-tiba itu.
'SPLASHH!'
"Dhia!" Pantas Harraz terjun ke dalam kolam renang dan segera mendapatkan Dhiana yang sedang terkapai-kapai. Tubuh gadis itu dirangkul lalu dibawa ke pinggir kolam.
'To...Tolong.!'
Jeritan seseorang menyentakkannya. Dia memalingkan kepalanya ke belakang dan memandang Airin Mikayla yang sudah tenggelam timbul. Tidak mungkinlah Mikayla tidak reti berenang? Bukankah berenang itu adalah hobinya? Itu sebablah dia menyelamatkan Dhiana terlebih dahulu berbanding Airin Mikayla.
'To...Tolong.!'
Dia semakin cemas mendengar jeritan meminta tolong itu. Setelah memastikan Dhiana sudah dibantu oleh beberapa orang kawannya, pantas badannya berpaling semula ke belakang, mahu menyelamatkan Airin Mikayla semula. Namun, belum sempat dia mahu berenang ke arah gadis itu, seseorang sudah terjun terlebih dahulu dan mendapatkan Airin Mikayla.
'SPLASHH!'
Semasa Airin Mikayla dibantu naik ke di pinggir kolam, tiba-tiba sahaja ikatan mask di wajahnya terlerai. Dia yang tidak sedar tentang hal itu, masih terbatuk-batuk mengeluarkan air yang ditelannya. Setelah merasa lebih baik, pandangannya diangkat memandang ke arah kolam renang yang terhidang di hadapan matanya.
Paling aku benci, kolam renang!
"Aufa?"
sorry for the boring storyline (╯°□°)╯︵ ┻━┻
Share this novel