BAB 8

Romance Series 7871

"KAU nak apa ikut aku?" Garang suara itu bertanya. Belakang leher perempuan yang mengikutinya sebentar tadi ditekan kuat menggunakan lengan, mengelakkan perempuan itu daripada terus bergerak dan melarikan diri.

"Cucu nenda... Saya... Lah ni. Lepas..."

"Aufa?" Tekanan pada badan perempuan itu semakin melemah. Bagaimana pula perempuan itu boleh mengikuti dia ke sini.

'KRAKK!'

Spontan pisau lipat yang tersorok di sebalik bajunya dikeluarkan lalu dibaling dengan laju ke arah bunyi itu. Tidak lama kemudian, bunyi benda jatuh kedengaran.

'GEDEBUK!'

Seorang lelaki tidak dikenali yang cedera di bahagian pipi sudah tersungkur di atas lantai tatkala pisau yang dibaling Izdiyad sipi-sipi mengenai bahagian wajahnya. Terkecoh-kecoh dia melarikan diri apabila sedar bahawa dia sudah diketahui oleh Izdiyad.

Izdiyad mengejar larian lelaki itu. Tekaannya memang betul. Lelaki yang membunuh itu masih berada di sekitar Desa Larton dan tidak sempat mahu melarikan diri disebabkan pihak berkuasa terlebih dahulu menutup tempat ini.

Menurut penyiasatan anak-anak buahnya, lelaki yang membunuh kanak-kanak itu disyaki adalah salah satu musuh keluarga Tuan Uzair, disebabkan tujuan utamanya untuk membunuh adalah membuat kekecohan kemudian menjatuhkan Tuan Uzair.

Lariannya semakin dilajukan saat lelaki itu cuba menyelinap ke arah orang ramai. Jika dia menghilang di sebalik orang ramai, mungkin sulit untuk menjumpainya semula.

Segala barangan yang berada di pasar dibaling ke Izdiyad yang mengejarnya dari belakang, cuba melambatkan lelaki itu. Beberapa meja kedai diterbalikkan. Payung-payung gerai dijatuhkan.

Namun semua itu tidak menjejaskan pengejaran Izdiyad. Dia mencapai satu kayu panjang yang terdapat di situ lalu melontar ke hadapan seakan-akan melontar lembing.

Kayu panjang yang dibaling tepat mengenai bahagian kaki lelaki itu, membuatkan lelaki itu tersadung kemudiannya tersungkur ke hadapan menyembah bumi.

Kedua tangannya ditepuk-tepuk seraya langkah diatur menuju ke arah lelaki itu. Dia memijak belakang leher lelaki itu sebaik sahaja lelaki itu mahu melarikan diri. Orang ramai mula berkumpul.

"Apa... kau nak..." Kasar lelaki itu bertanya dengan suaranya yang tersekat-sekat.

"Siapa utus kau?"

"Aku tak faham apa yang kau cakap."

Izdiyad tersenyum sinis. Dia duduk melutut di situ. Sesuatu telah diucapkan dengan nada yang perlahan. Yakni hanya lelaki itu sahaja yang akan mendengar kata-katanya.

Serta merta wajah lelaki itu berubah pucat. "Aku bagitahu... Aku bagitahu. Aku akan jelaskan perkara yang sebenarnya." Kata lelaki itu dengan laju.

"Bagus... "

'Tumpang lalu... Tumpang lalu.' Aufa yang baru tiba di situ hanya terkebil-kebil melihat Izdiyad sedang menahan seorang lelaki. Huh? Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia menghampiri dua orang manusia itu. Sudahlah lari macam Usain Bolt, penat aku nak kejar tahu tak.

"Awak... Kenapa ni?"

"Aku dah settlekan untuk kau. Dah tangkap pembunuh dan pengacau aktiviti korang pada hari ini." Ucap Izdiyad dengan bangga. Dia berdiri sambil kakinya masih lagi berada di atas leher lelaki itu. Melihat Aufa yang seakan-akan mahu mengatakan sesuatu, dia bersuara lagi.

"Tak payah ucapkan terima kasih untuk aku. Aku bukannya buat semua ini untuk kau. Daripada tunggu sekelompok biri-biri yang lemah itu buat kerja, sampai minggu depan pun belum ada hasil."

"Apa yang-"

" Pandai-pandailah kau uruskan lelaki ni. Tangkap dia." Arahnya pada penduduk-penduduk kampung yang berada di situ. Dia terus beredar pergi, menyelinap di sebalik orang ramai tanpa menunggu balasan daripada Aufa.

"Cucu nenda!"

TIADA siapa berani bersuara atau membuka mulut. Hanya bunyi jam berdetik yang mengisi kekosongan itu. Walaupun Tuan Uzair tidak menunjukkan amarahnya, namun lelaki itu pasti kecewa apabila teman yang paling dipercayai menikam daripada belakang. Kawan makan kawan?

Lelaki yang ditangkap itu telah mengakui semua. Katanya seorang lelaki yang dipanggil Farhad yang mengarahkannya untuk melakukan semua ini. Kacaukan Desa Larton semasa Tuan Uzair memberi bantuan di sana. Selepas itu letakkan kesalahan semuanya pada mereka.

Farhad yang dikenalinya hanya satu. Iaitu Farhad Zahir. Salah seorang kenalan rapatnya dan juga merupakan rakan bisnesnya. Selama ini lelaki itu penuh beradab sopan, selalu berkongsi masalah. Tetapi tidak sangka pula dibalik semua ini ada makna yang begitu besar.

"Sudahlah papa. Tak payah fikirkan lagi. Manusia macam pak cik Farhad tak patut diingat. Biar dia meringkuk dalam penjara." Hambur Qhalish melepaskan marah yang terbuku di dada. Papa tak marah, aku yang marah. Selama ini mereka melayan pak cik Farhad dengan baik, dimana yang kurangnya sehinggakan lelaki tua itu sanggup buat sebegini.

"Betul... Betul. Aufa sokong Qhalish." Tokok Aufa pula. Mendapat cerlungan daripada Puan Hasya, dia segera menunduk menekur lantai.

"Benda dah jadi. Kita jadikan ini sebagai satu pengajaran. Lebih berhati-hati selepas ini." Nasihat Puan Hasya dengan lembut. Tangan Tuan Uzair digenggam, memberi kekuatan kepada suaminya. Siapa sahaja yang tidak kecewa.

Tuan Uzair menarik nafas panjang. Dia tersenyum segaris. Tangan si isteri kembali digenggam. Wajah anak-anaknya direnung satu persatu. Bersyukur mereka masih menemaninya tika ini. Pandangannya kemudian jatuh pada wajah puterinya. "Aufa... Kamu rehatlah beberapa hari ini dekat rumah. Sembuhkan luka kamu tu dulu."

"Eh papa..." Laju Aufa bersuara. Sedar tidak sedar nadanya menjadi sedikit tinggi. "Sikit je ni... Hehehe" Sebaris giginya yang putih bersih ditayangkan.

"Kakak cakap macam tu sebab takut tak boleh keluar lah tu." Serang Qhaleef tiba-tiba. Pantas dia mengubah tempat ke sebelah Puan Hasya apabila Aufa sudah mengangkat tangan. Dia  mengekek ketawa melihat gelagat tidak senang duduk kakaknya. Nak sorok apa kak oi. Semua pasal kau ada dalam poket aku je tahu.

"Pandai-pandailah kau. Jangan nak memfitnah aku sesuka hati eh." Qhaleef dijeling tajam. Tahu pun kau nak cari mama sebelum kena tabuh dengan aku. Bantal kecil di sofa dibawa ke dalam pelukan.

Gila kau kalau kena rehat dekat rumah. Maksud rehat tu tak lain tak bukan, nak cegah aku daripada berkeliaran dekat luar sana. Mahu reput sebulan aku dekat sini.

Giliran Qhalish di sebelahnya pula dijegil. Apa gelak-gelak? Ada yang kelakar ke? Aku tak buat lawak lah. Seorang lagi adiknya melarikan diri ke arah Puan Hasya. Persediaan awal.

"Baguslah kalau kamu tahu Aufa. Seminggu mama denda kamu tak boleh keluar rumah. Titik."

"Eh mama... Hehehe, jangan macam ni ma... Seminggu, lama sangat tu... Sehari ke, dua hari ke..."

"Jangan bagi ma, jangan... Kakak keluar cari masalah, baik jangan bagi kakak keluar." Hasut Qhaleef disokong pula oleh Qhalish.

"Haah... Betul mama. Betul. Tengoklah berapa banyak masalah yang dia buat akhir-akhir ni."

Bebola mata diputarkan. Menyampah dengan adik-adiknya yang bersekongkol untuk memosokkannya ke hujung jalan. Dasar tak kenang budi. Aku bocorkan rahsia korang ponteng kelas, main game sampai ke lewat pagi, mengorat anak dara Pak Meon karang.... Haa... Barulah tergedik-gedik nak pujuk aku.

"Keputusan mama muktamad. Kamu tu kan 'cedera', kena berehat dekat rumah."

"Mama..."

"Duduk rumah." Ujar si kembar serentak mewakili Puan Hasya.

"Ish, diamlah." Perlahan-lahan Aufa mendekati Puan Hasya. Lengan mamanya digoyang-goyangkan. Sempat lidah dijelir apabila pandangannya bertemu dengan Qhaleef dan Qhalish yang menahan tawa. Nak gelakkan aku lah tu . Kena dekat batang hidung sendiri baru tahu.

"Mama... "

"Seminggu atau sebulan?"

"Mamaaaaaa"

'AWAK, awak free tak esok?'

Padam. Ayat macam nak ajak dia keluar dating pula. Mulalah cucu nenda tu fikir bukan-bukan nanti. Dia menaip semula mesej buat Izdiyad.

"Weh, nak mintak tolong boleh tak?"

Erk, sudah serupa gangster. Padam padam...

'Cucu nenda, awak free tak esok? Saya nak minta tolong sikit boleh tak?'

Dia berfikir sejenak. Sambil itu jari jemarinya mengetuk-ngetuk skrin telefon bimbit. Okey dah kot. Nanti taip panjang panjang, nampak macam beria pula.

Send!

Tidak sampai beberapa saat kemudian, mesejnya sudah dibalas Izdiyad. Lelaki itu hanya membalas dengan tanda soal.

Huh?

Takkan lah ayat simple aku pun tak faham. Mesej yang dihantar sebelum ini dibaca semula.

'Cucu nenda, awak free tak esok? Saya nak minta tolong sikit boleh tak? Nak kita bincang tentang kita bkshssvziwjsnakwue mkkgy'

Matanya membulat besar. Mesej yang dihantar itu mahu ditarik balik, namun sudah terlambat. Masa bila pula aku pergi tambah nak bincang tentang kita. Asal bengap sangat kau Aufa.

Kau gila! Telefon bimbit dibaling jauh ke. Badannya dijatuhkan meniarap di atas katil. Kepala ditekup menggunakan bantal. Ya Allah Aufa, kau kena banyak-banyak mandi bunga ni.

Muka yang berbahang panas bertambah memerah saat teringat bait-bait mesej yang dihantar pada Izdiyad. Astaghfirullahalazim. Macam mana lah nak hadap cucu nenda lepas ni.

Dirinya ditenangkan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum telefon bimbit yang dibaling jauh, kembali dicapai. Melihat tiada perkataan 'online' pada nombor lelaki itu, dia menghelakan nafas lega.

Jari-jarinya menari semula di skrin telefon bimbit.

'Maksud saya, saya nak minta tolong sikit kalau awak ada masa lapang. '?'

Setelah mesej dihantar, telefon bimbit segera dimatikan. Huh, mimpi buruk lah kau malam ni. Ahh, stressnya hidup.

TIDAK BERMORAL. iPhone diletak atas meja tanpa membalas mesej yang dihantar Aufa. Sekilas dia memandang ke arah Zarif yang baru melangkah masuk ke dalam ruangannya.

"Bos..."

Satu sampul surat A4 coklat yang dibawanya diletakkan di hadapan Izdiyad. "Keputusan dah keluar."

Laju Izdiyad mengoyakkan sampul surat itu. Keputusan yang dimaksudkan pasti penyelidikan ke atas surat hospital yang diambil beberapa hari lalu di bilik bacaan ayahnya. Dia hanya mahu mengesahkan bahawa tanda tangan yang tertera di atas surat hospital itu adalah milik Dato' Muayyad atau bukan.

Dua helai kertas putih diteliti.

99% adalah sama.

Kertas putih itu dironyokkan. Ternyata selama ini Dato' Muayyad yang berada di sebalik kematian arwah ibunya. Dato' Muayyad, Datin Shafreena... Mereka berdua!

"Bos..."

Bingkas dia berdiri dan meluru pantas keluar dari ruangan kerjanya. "Aku nak jumpa Dato' Muayyad."

"Bos..." Laju Zarif memintas Izdiyad. Kedua tangannya didepakan di hadapan pintu, menghalang lelaki itu daripada terus melangkah pergi. "Kalau bos pergi jumpa Dato'  sekarang, kurang elok bukan." Mengingatkan jam yang sudah menginjak hampir angka 12 tengah malam, sememangnya kurang baik jika lelaki itu mahu berjumpa ayahnya.

Lagipula mereka tidak boleh mengambil tindakan yang terburu-buru. Bukti yang dikumpul sejak beberapa tahun ini masih tidak cukup untuk meletakkan segala kesalahan pada Datin Shafreena.

"Habis, kau nak aku biarkan manusia manusia tak guna tu hidup dengan tenang sedangkan arwah ibu aku diperlakukan tidak adil?!" Herdik Izdiyad dengan wajah yang mula memerah. Bayangan si ayah bermain-main di fikirannya.

Huh? Kau yang lindungi pembunuh ibu aku selama ni? Kau yang bersengkokol untuk sorokkan perkara ni daripada aku dan yang lain?

"Bos... Maksud saya, kita masih perlu pastikan kesahihan semua ini. Walaupun dah pasti Dato' tahu semua tentang kebenarannya, tapi semua ni... Tak cukup untuk buat Datin mengaku kesalahan yang dia buat." Lembut Zarif memujuk. Lengan Izdiyad ditarik sehingga lelaki itu berlabuh di atas kerusinya semula.

"Bos cuma perlukan sedikit masa sebelum perkara ini terungkap. Esok saya akan aturkan pertemuan bos dengan Dr Farahin. Orang yang bertugas semasa arwah Datin Suhaila berada di hospital."

"Dr Farahin? Bukan tiada berita tentang dia sejak arwah ibu aku meninggal?"

"Orang-orang kita dah dapat jejak dia. Dia sekarang bertugas di sebuah klinik kecil di sebuah kampung yang terpencil. Sebelum ni kita tak dapat jejak dia sebab nama dan maklumat dirinya dah bertukar. Dia sekarang dikenali dengan Dr Husna."

"Pastikan dia tak tahu orang yang mahu berjumpa dengan dia adalah aku."

"Baik bos. Saya akan aturkan."

'TENG! TENG!'

2 New message from 'sengal'

Whatsapp dibuka. Nama sengal ditekan.

-Awak free tak?
-Penting ni...
-Hish, orang tanya bagi blutick je! Bukannya soalan KBAT pun -_-

Terangkat kening Zarif apabila dapat menangkap bosnya tersenyum sesaat. Tadi tengah marah, tiba-tiba senyum pula. Kepalanya dipanjangkan ke hadapan, mahu mencuri-curi lihat apa yang ada di dalam telefon bimbit bosnya sehingga membuatkan lelaki itu tersenyum bagaikan orang angau.

iPhone dimatikan dan diletakkan ke tepi. Dia memandang ke hadapan dengan wajah serius. Serta merta Zarif kembali berdiri dengan tegak. "Esok kosongkan jadual aku dalam jam 12. Aku ada hal."

"Hal? Bos nak ke mana?"

"Aku nak kena bagitahu kau ke aku nak ke mana?"

"Erk, tak bos... Tak."

AH, TAK boleh jadi. Kena jumpa cucu nenda juga sekarang ini. Mesej pun tak berbalas dari semalam. Kurang bin asam betul. Campak telefon dalam laut karang.

Telefon bimbit dicampakkan di atas katil. Tudung sarung yang tersangkut di belakang pintu disarungkan pada kepalanya. Baju lengan pendek sudah ditukar kepada baju lengan panjang. Semuanya dilakukan dengan pantas.
Pintu bilik dikuak. Belum sempat langkah diatur, dia disapa dengan suara seseorang terlebih dahulu.

'Aufa... Kamu nak ke mana?'

Suara yang tidak asing lagi. Mama... Ah, macam mana aku boleh lupa yang mama denda aku tak boleh keluar rumah disebabkan kejadian di Desa Larton. Tapi, kalau tak keluar hari ini, macam mana dengan kes...

'Aufa... Kembali ke dalam bilik kamu.'
Suara Puan Hasya bergema lagi di dalam rumah itu. Dia tahu mama sedang berada di ruang tamu. Jika tidak, masakan mama boleh tahu aku nak keluar.

Nak tak nak terpaksa juga dia melangkah semula ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat dan badannya dihempaskan di atas katil. Mahu menentang arahan mama, tidak berdaya pula. Kali ini mamanya benar-benar serius. Ingat aku tak kecut ke. Kalau kaki aku kena potong, siapa nak tanggung?

Kau? Jangan nak menghasut aku supaya aku lari rumah.

'TOK! TOK! TOK!'

'Cik Aufa, saya nak hantar makanan ni.'

Sepantas kilat pintu bilik dikuak daripada dalam. Setelah Iris melangkah masuk ke bilik tidurnya, pintu bilik dikunci. Atas bawah Iris yang sedang menatang dulang, direnung. Muncul mentol kecil di kepalanya.

Heh heh heh.

"Erk, kenapa Cik Aufa pandang saya macam tu?" Iris menapak setapak ke belakang. Pada kali ini yang senyuman lebar yang terlakar di wajah cantik cik nya sangat menyeramkan. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi sebentar lagi.

"Iris..." Meleret suara Aufa kedengaran. Dulang yang dibawa Iris diletakkan di atas meja. Lalu dia berpusing di sekitar Iris sambil matanya tidak lepas memerhati tubuh kecil gadis itu.

"Cik?"

"Buka baju awak Iris." Pinta Aufa tiba-tiba. Dek terkejut dengan permintaan itu, spontan kedua-dua tangan Iris silangkan pada dadanya.
"Cik... Jangan buat saya macam ni."

"Heh heh heh..."

"Cik!!!"

"IRIS, awak perhatikan cik awak elok-elok. Kalau dia curi-curi keluar, awak bagitahu saya terus." Pesan Puan Hasya tatkala kelibat Iris yang sedang menuruni tangga, kelihatan. Mungkin baru selesai menghidangkan makanan buat anak perempuannya.

"Baik Datin..."

Dia tergeleng-geleng saat Iris terburu-buru menuju ke dapur. Pelik-pelik budak zaman sekarang. Pasti ada sesuatu yang budak nakal itu arahkan pada gadis kecil itu.

Sebaik sahaja tiba di dapur, dulang kosong diletakkan di atas kebinet. Jantung yang berdegup kencang ditepuk-tepuk.

Hampir... Hampir tertangkap!

Dia tersengih mengingatkan Iris yang sedang berselubung di dalam comforter. Nasiblah ideanya menjadi pada kali ini. Iris akan menggantinya buat sementara waktu sementara dia keluar berjumpa dengan Airin Mikayla. Selagi mama tak naik bilik, selagi tu penyamaran mereka tidak akan tertangkap.

Baju seragam putih yang tersarung di badannya dibelek-belek. Juga milik gadis itu.

Maaf ye Iris, saya pinjam nama awak dan baju awak.

"Cucu nenda, aku akan sental kau dekat bontot kuali!"

Ops, mulut ditekup menggunakan tangan. Kepala dijengul ke arah pintu dapur. Tiada kelibat Puan Hasya kelihatan, dia menghela nafas lega.

"Aku akan sental kau dekat bontot kuali." Ucapnya dengan nada berbisik.

Heh heh heh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience