BAB 3

Romance Series 7871

P/S: Merepek je semua ni¯_(?)_/¯

_______________________________
SEORANG lelaki yang mengenakan hoodie hitam masih melutut menghadap tuannya. Walaupun sudah disiksa teruk akibat berita yang disampaikan, namun dia masih teguh di situ untuk memohon kemaafan kepada tuannya. Dia sedar yang dia sudah melakukan kesalahan yang besar.

"Kau memang nak mampus kan." Kata si 'dia' yang dipanggil Tuan.

"Saya minta maaf tuan."

"Kau ingat maaf kau tu boleh perbaiki kesalahan kau?"

"Tuan boleh terus hukum saya."

Tergelak sinis 'Tuan' mendengar kata-kata salah seorang anak buahnya. Sepucuk pistol yang berada di atas meja dicapai. Lalu dihalakan pada lelaki yang masih melutut itu.

"Disebabkan bawahan tak guna kau, barang kita entah hilang ke mana!" Tempik 'Tuan' seraya melepaskan satu das tembakan tepat mengenai bahu kanan lelaki itu. Merecik darah keluar dari situ. Dia benar-benar sudah hilang akal kali ini. Apa yang membuatkannya bertambah berang adalah lelaki itu berani-beraninya membunuh di tempat awam, di majlis keramaian.

Bagaimana jika ada sesiapa yang menghidu perkara itu.

'BANG!' 

Satu lagi tembakan dilepaskan mengenai bahagian lutut lelaki itu. Serta merta lelaki itu bersujud berkali-kali kepadanya memohon kemaafan. "Ma...maaf tuan. Saya salah."

"Aku tak perlukan orang bodoh macam kau lagi!"

'BANG!'

Kali ini, tembakannya tepat di kepala. Lelaki itu sudah terkulai di lantai. Pistol yang digunakan dibaling kasar mengenai dinding. Seraya itu, muncul orang kanannya di dalam ruangan itu.

"Buang lelaki tak guna ni. Jangan sampai aku nampak dia lagi." Katanya keras.

"Oh ya. Cari tahu tentang perempuan yang nampak laki tak guna ni membunuh. As soon as possible."

"Baik tuan."

SEBAIK sahaja kaki menapak dalam gudang kosong itu, pandangannya terus terhala pada seorang lelaki dipukul oleh beberapa orang anak buahnya.

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang disediakan untuknya di situ. Menongkat dagu dia melihat lelaki yang dibelasah itu. Tidak membalas setiap pukulan yang diterima.

Setelah beberapa ketika, tangannya diangkat separas bahu, mengarahkan anak-anak buahnya berhenti membelasah lelaki yang sudah separuh sedar. Dia menghampiri lelaki itu dan bercangkung di hadapannya. Luka yang terdapat pada wajah lelaki itu dipandang dengan senyuman sinis. Dia tahu bahawa semua ini tidak akan mudah seperti yang difikirkan.

Dagu lelaki itu dicengkam lalu ditolak kasar ke atas supaya memandangnya. "Aku tanya sekali dan takkan ulang soalan yang sama." Katanya dengan mata helang yang menikam tepat ke arah mata lelaki itu. Lambat-lambat lelaki itu mengangguk dengan debar yang mengasak dadanya.

"Dimana barang yang kau orang pindahkan?"

Soalan yang tidak dijangka daripada Izdiyad, membuatkan lelaki itu diam seribu bahasa. Terkejut  mendengar pertanyaan yang diajukan. Tidak mungkinlah rancangan mereka sudah diketahui.

"Fine."

Mendapat lirikan mata Izdiyad, anak-anak buahnya meluru ke arah lelaki itu. Kedua bahu lelaki itu dipegang lalu tangan kiri ditarik sedikit ke hadapan. Salah seorang anak buahnya sudah bersiap sedia dengan parang di tangan.

Kecut lelaki itu jadinya. Tangan yang dipegang kemas cuba ditarik, namun gagal. Dia meronta-ronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Parang yang dipegang lelaki itu bergerak laju ke bawah, di atas tapak tangannya.

"Tak tahu. Betul... Aku tak tahu." Katanya dengan laju. Turun naik dadanya tika ini. Serta merta lelaki yang memegang parang itu bergerak setapak ke belakang. Hampir sahaja mahu memotong jari lelaki itu.

Tenang sahaja wajah Izdiyad. Dia mencapai pisau rambo yang dihulurkan Umar. Lalu diletakkan di bawah dagu lelaki itu. Menantikan ayat seterusnya.

"Aku betul-betul tak tahu."

"Kau nak menipu aku?"

Menelan air liur lelaki itu dengan jantung yang seakan mahu tercabut. Mukanya sedikit berkerut menahan ngilu saat mata pisau mula memasuki kulitnya. Dapat dirasakan cecair merah mula mengalir menuruni lehernya.

"Orang yang ditugaskan untuk pindahkan barang ini dah mati. Sekarang, aku tak tahu siapa yang handle bahagian ini."

"Kau nak mampus?"

Lelaki itu bungkam. Giginya diketap dan dia tertunduk memandang lantai marmar. Sesaat kemudian, kepalanya terangkat ke atas apabila lehernya tiba-tiba sahaja dicengkam kuat. Berkerut-kerut mukanya menahan kesakitan.

Bengis muka Izdiyad tika ini. Apabila lelaki itu masih tidak bersuara, dia menguatkan cengkaman pada leher lelaki itu. Lelaki itu adalah satu-satunya harapan yang dia ada untuk menghancurkan Wilder.

"Aku tak... Tipu kau. Sekarang diorang masih menyiasat... Kemana barang itu... Menghilang."

"Argh!" Teriak lelaki itu kuat secara tiba-tiba apabila tangan kanannya ditikam dengan pisau rambo yang dipegang Izdiyad. Mukanya berubah pucat sambil menahan sakit yang kian mencengkam. Pisau yang masih terpacak itu, dicabut kasar kemudiannya dibaling ke tepi. Dia

Seketika kemudian, cengkaman pada leher lelaki itu dilepaskan. Isyarat mata diberikan kepada anak-anak buahnya untuk mencari kebenaran daripada kata-kata lelaki itu. Tangan yang penuh dengan darah, dicuci bersih dengan air mineral yang dihulurkan Zarif. Kemudian dilap pada sehelai sapu tangan. "Kurung dia."

"Aku akan buat orang ramai tahu siapa kau sebenar!" Gumam lelaki itu sambil terbatuk-batuk kecil.

"Aku akan tunggu." Katanya dengan senyuman sinis. "Bawa pergi."

"Darren Theo! Darren Theo!" Jeritan lelaki itu semakin lama semakin menghilang dan akhirnya keadaan di dalam gudang usang itu kembali senyap sepi. Hanya tinggal dia dengan Zarif dan Umar serta beberapa anak buahnya yang lain. Selebihnya sudah menguruskan lelaki itu.

"Bos, Datin Zahirah telefon tadi." Zarif bersuara seraya menghulurkan telefon bimbit pada Izdiyad. Lelaki itu melihat sekilas ke arah log panggilan kemudian menyerahkan kembali telefon bimbit itu padanya.

"Nanti aku call lain. Oh ya, siapkan baju aku. Aku perlu mandi sebelum balik." Arahnya sambil membuka blazer yang tersarung di badannya. Bau peluh dan darah bercampur. Kalau tahu dek nenda, mahu orang tua itu mengamuk.

SEBAIK sahaja tiba di Pekan Tebok Tupai, matanya terbuntang luas. Air liur ditelan beberapa kali melihat berbagai jenis gerai yang bersusun elok di sepanjang jalan. Pantas kaki diangkat menghampiri salah satu gerai. Bersinar-sinar matanya melihat pau yang sedang dikukus.

Peberet aku!

"Adik, adik nak pau?"

Laju kepalanya mengangguk mendengar pertanyaan pak cik si penjual. "Saya nak pau ayam dan kaya."

Setelah menghulurkan not 3 ringgit, dia mengunjungi beberapa jenis gerai lagi. Hampir penuh tangannya dengan bermacam-macam jenis makanan yang dibeli. Makanan dah ada, biskut lutut papa pun dah ada. Sekarang cari tempat untuk makan dulu.

Sedang dia melangkah ke arah kerusi yang berhampiran, tiba-tiba sahaja matanya menyapa dengan sesuatu pandangan yang kurang difahami. Beberapa orang lelaki sedang menggeledah tempat itu beserta dengan orang awam yang lalu lalang. Kelihatan mereka sedang mencari seseorang. Sepertinya jika dia pergi makan di sini pun kurang baik atau dia juga akan digeledah.

Eeee, tak sanggup aku. Dia memusing semula badannya ke belakang, kira-kira mahu cepat-cepat beredar dari situ. Namun, baru dia mahu mengatur langkah, lengannya sudah dipegang seseorang.

Keadaan jeda sebelum lelaki itu bersuara. "Kau?"

Semakin lama dia merasakan cengkaman pada lengannya semakin kuat. Hatinya mula berlagu risau. Dia cuba merungkaikan pegangan itu, namun gagal. Terlalu kejap.

Asal pandang aku macam tu? Muka aku sama macam bekas makwe kau ke!

"Awak siapa?"

Setiap tingkah laku lelaki itu diperhatinya. Apabila terperasankan lelaki itu memberi isyarat kepada beberapa orang gengnya yang berada di situ, pantas dia mengangkat kaki dengan tinggi lalu menghadiahkan sepakan pada perut lelaki itu sehingga lelaki itu berundur beberapa tapak ke belakang.

Wah, hebat juga tendangan aku! Qhaleef, Qhalish! Gol! Lantas dia memecut lari dengan tangan kiri dan kanan yang penuh dengan plastik makanan. Sudah serupa Bangla yang baru balik pasar malam.

Tapi ini versi awek Bangla yang cun. Aku lah tu. Hehehe.

Lariannya semakin laju setelah mendapati dirinya dikejar dari belakang. Tidak mungkinlah orang yang mahu dicari mereka adalah 'aku'? Tapi kenapa pula? Aku bukanlah seorang artis yang sangat terkenal sehinggakan menjadi gilaaan para peminat. Aku hanyalah seketul penganggur Nur Aufa Qasreena.

Dia menyelinap di sebalik orang ramai di pekan. Tetapi tidak membantutkan pengejaran mereka. Akhirnya dia tiba di jalan mati dan tiada seorang pun manusia di situ. Oh tidak! Kau kata kau anak jati Tebok Tupai, tapi takkan lah jalan pun boleh sesat.

'Cari sampai jumpa!'

Sayup-sayup kedengaran arahan daripada seseorang. Dia semakin buntu. Tidak mungkinlah mahu meredah semak samun. Nanti kalau ada cik Rimau macam mana? Atau cik berlingkar?

Eeeeee...

'TAPP!TAPP!TAPP!'

Bunyi sekumpulan manusia sedang menuju ke arahnya semakin mendekat. Badannya berpusing 360 darjah mencari idea untuk menjadikan keluar dari situ.

Seketika kemudian, matanya tertancap pada sebuah kereta mewah hitam yang tersadai di tepi jalan. Laju dia mengangkat kaki menuju ke arah kereta mewah itu. Mana tahu jika ada orang di dalam kereta itu, bolehlah dia memohon pertolongan.

'TOK! TOK! TOK!'

Ketukannya pada cermin kereta tidak mendapat balasan. Lalu mukanya ditekapkan pada cermin hitam kereta mewah itu. Meliar matanya di setiap sudut kereta. Tanpa sedar tangannya sudah membuka pintu kereta di tempat penumpang di belakang.

Mulutnya terbuka luas. Tak berkunci?

Bimbang orang-orang yang mengejarnya semakin menghampiri, pantas dia memasuki perut kereta mewah itu dengan harapan mereka tidak akan menjumpainya di sini.

SETELAH mendapatkan kacang kukus serta sebotol air mineral, dia kembali melangkah ke arah keretanya. Sengaja dia parkir di bahagian belakang kedai supaya tidak menyedarkan beberapa orang yang masih menjadi buruannya. Kalau bukan terfikirkan Datin Zahirah, dia juga tidak akan susah-susah bersesak-sesak di antara orang ramai untuk mendapatkan kacang kukus yang menjadi kegemaran nendanya itu. Diharapkan, dengan kacang kukus dia dapat memujuk Datin Zahirah.

Enjin kereta dihidupkan, pedal minyak ditekan. Panggilan telefonnya bersambung dengan Zarif.

"Aku dah agak. Dia memang pengecut."
. .
"Haa, okay. Nanti kau laporkan dekat aku."
. .
"Oh ya, satu lagi. Pertemuan aku dengan Dato Haizan pada malam ini mungkin perlu ditundakan terlebih dahulu."
. .
Perbualannya dengan Zarif terganggu saat hidungnya menghidu sesuatu yang agak pelik. Sepertinya bau makanan yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya. Bukankah dia hanya memberi kacang kukus sebentar tadi?

"Zarif, aku matikan panggilan dulu."

Setelah panggilan dimatikan, plastik hijau yang berisi kacang kukus di tempat duduk penumpang di sebelahnya dicapai. Lalu dibawa ke hidung.

Tidak berbau. Lengannya diangkat menghampiri hidung pula. Tidak sampai beberapa saat diturunkan semula.

Bau itu datang dari baju kemeja yang dikenakan dipakainya. Pasti bau-bau itu melekat semasa dia membeli kacang kukus di pekan sebentar tadi. Entah bakteria apa yang melekat di situ. Ah!

BAHU yang terasa sengal ditumbuk-tumbuk. Begitu juga pinggang yang mula terasa lenguh-lenguh. Mana tidak lenguhnya, dia sudah menunduk hampir 10 minit. Lepastu boleh pula terlelap. 

Sedar-sedar kereta sudah berhenti. Apabila tidak melihat si pemandu, kepalanya dipanjangkan ke luar tingkap. Dengan mata yang kuyu, dia melihat sebuah rumah agam yang tersergam indah di hadapannya. Di manakah dia sekarang ini?

Oh tidak. Sedar bahawa dia sudah jauh dari pekan Tebok Tupai, pintu kereta segera dibuka. Berbagai jenis plastik makanan yang dibelinya sebentar tadi dicapai lalu dibawa bersamanya. Badannya berpusing-pusing di tepi kereta mewah itu. Jam tangan ditoleh sekilas.

Sudah jam 6.20?!

Pasti mama sedang menggila di rumah. Terburu-buru telefon bimbit dikeluarkan dari beg sandang. Baru mahu mendail nombor Puan Hasya, matanya tertancap pada bar line. Kosong? Pangkah?

Takde line? Oh digi, kau memang cari pasal sekarang ini. Karang kalau aku tukar celcom, celcom pula buat hal. Semua nak memberontak dengan aku. Mahu pulang pun, tidak tahu sekarang berada di mana. Ahh, hentam je lah.

'TOK...TOK...TOK...'

"Hello! Ada orang tak?!"

Laungnya kuat berselang-seli dengan mengetuk pintu besar rumah. Apabila tiada balasan, bahagian loceng pula ditekan-tekan. Di fikirkannya terbayangkan si ibu. Mesti kaw kaw kena hentam ni kalau balik nanti. Sudahlah semalam pun balik lewat pukul 11. Takkan hari ini pun mahu balik malam juga. Mahu kaki aku kena potong nanti.

"Hello!"

'TOK...TOK...TOK...'

"Ad-"

Laungannya terhenti sebaik sahaja pintu terbuka dari dalam. Muncul seorang perempuan yang berpakaian seperti pembantu rumah. Perempuan itu kelihatan terpinga-pinga. Mungkin terkejut melihatnya bagai orang gila menjerit di sini.

"Ye cik, cik cari siapa ya?"

"Saya nak pinjam fon boleh?" Soal Aufa kembali tanpa menjawab soalan yang diajukan. Dia memandang perempuan itu dengan penuh berharap. Benar-benar berharap permintaannya akan ditunaikan. Nanti aku bayar lah topup balik.

"Erk, cik siapa?"

'Ouh, ini mungkin kawan Tuan Muda. Dia datang dengan Tuan Muda tadi.'
Sampuk seseorang dari belakang. Aufa memandang seorang pengawal di belakangnya yang bersuara sebentar tadi. Tuan Muda? Kawan? Aku?

"Lah ye ke. Masuk-masuk." Belum sempat Aufa mahu membalas, lengannya sudah ditarik perempuan itu sehinggalah dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak mampu membantah dek teruja dan terkesima dengan dekorasi di dalamnya.

Sangat cantik!

"Siapa ni Rin?" Soal Datin Zahirah pelik melihat gadis di samping Erin, pembantu rumahnya. Dia merenung gadis bertubuh kecil molek itu yang asyik melihat sekeliling.

"Kawan Tuan Muda. Katanya datang dengan Tuan Muda."

Automatik wajah Datin Zahirah berubah ceria. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Tanpa sedar dia sudah menghampiri gadis itu.

Semasa Izdiyad baru tiba di dapur, dia menggamit cucu lelakinya menghampirinya. Jelas wajah lelaki itu terkejut melihat gadis yang berada bersama Erin. Eleh, nak sorokkan dari nenda lah tu.

"Siapa ni nenda?" Soal Izdiyad pelik. Atas bawah dia memandang perempuan yang tidak dikenali itu. Sejak bila pula nenda izinkan orang asing masuk ke rumah. Jika sebelum ini, nenda sangat tegas akan hal itu.  Tetapi berbeza pula dengan sekarang ini. Tidak mungkinlah perempuan itu penjaja yang mahu menipu wang orang lain.

"Kamu tak bagitahu nenda pun, yang kamu ada kawan perempuan."

"Kawan?"

Aufa yang baru tersedar kehadiran orang lain di situ, memandang kedua-dua figura asing di hadapannya. Mungkin mereka adalah tuan rumah besar ini. Dia menunduk sedikit sekadar memberi hormat. Lalu mengoyak senyuman manis.

"Hai nenek, hai pak cik."

sorry for the boring storyline (╯°□°)╯︵ ┻━┻

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience