"HAI nenek, hai pak cik."
"Pak cik?!"
Terhinjut bahunya dek tidak menyangka bahawa lelaki yang dipanggil Pak cik itu tiba-tiba sahaja meninggikan suara pada pertemuan pertama mereka. Aku salah ke? Ohh, orang kaya biasa panggil uncle lah kan.
"Ouh, hai uncle." Dia menunduk lagi.
"Siapa uncle kau? Siapa yang kau panggil nenek?"
Sedar bahawa gadis kecil itu seakan-akan kucing yang terkejut apabila digempar, Datin Zahirah memegang lengan Izdiyad, menenangkan lelaki itu. "Aih kamu ni, kan boleh cakap elok-elok. Kenapa nak kena tinggikan suara." Tegur Datin Zahirah lembut. Dia menghampiri gadis yang disangkakan kawan cucunya lalu kepala gadis itu diusap-usap. "Kalau Iz tak nak kenalkan dekat nenda, biar nenda yang interview kamu sendiri."
Bertambah blur Aufa jadinya. Wanita yang menggelarkan dirinya nenda ini benar-benar menyangka bahawa dia kawan kepada pak cik yang dipanggil Iz itu?
"Meh duduk dulu." Lengannya ditarik wanita itu dan dia diarahkan duduk di kerusi pada meja makan. Segala plastik makanan yang dibawanya juga sudah diambil pembantu rumah.
"Nenda nak panggil kamu apa?"
"Qasreena." Jawabnya patuh seolah-olah sedang dipukau.
"Datang dengan Iz kan?"
"Haah. Saya naik kereta dia."
Jatuh rahang Izdiyad mendengar jawapan daripada perempuan itu. Naik kereta aku? Tapi masa bila pula ada dia dalam kereta aku?
Saat matanya terpandang pada makanan yang dibawa perempuan itu, dia mengangguk laju. Ternyata bau makanan yang kuat di dalam keretanya adalah disebabkan makanan yang dibawa perempuan itu. Bukannya pada baju yang dipakainya.
"Kau menyelinap masuk dalam kereta aku?"
"Haah. Saya masuk dalam kereta dia nenda." Polos Aufa mejawab. Dia menunding jari pada Izdiyad yang berdiri tidak jauh dari situ. Sememangnya itulah kebenarannya. Dia menyelinap masuk ke dalam kereta orang. Ternyata pak cik itu adalah si pemilik kereta. Mana dia tahu bahawa dia akan sampai ke sini.
"Kau siapa sebenarnya? Aku tak kenal kau."
"Saya... Sesat."
"Pengawal!" Teriaknya kuat, memanggil pengawal keselamatan. Namun tindakannya mendapat cerlungan daripada Datin Zahirah. Niatnya terbantut. Dia memeluk tubuh sambil mendengus kasar.
"Iz memang macam tu. Nak sorok pula dia ada 'kawan perempuan'. Lepastu pura-pura tidak kenal." Ucap Datin Zahirah penuh makna. Dia tahu yang Izdiyad faham akan maksud yang mahu disampaikan.
"Nenda, dia bukan kawan saya. Saya tak kenal perempuan sengal ni."
"Ish kamu ni. Bahasa elok sikit. Apa sengal-sengal."
Aufa menoleh ke arah belakang. Atas bawah dia melihat lelaki muda yang mengenakan t-shirt kelabu itu. Tinggi mungkin dalam lingkungan 185, rambut yang dibiarkan jatuh di dahi, mata, hidung, bibir semuanya sempurna terbentuk. Persis seorang artis yang menjadi kegilaan orang ramai di luar sana. Tapi bukan aku.
"Harimau jadian macam ni tak termasuk dalam senarai kawan Qas."
"Kau-"
"Erm nenda, kalau Qas nak pinjam telefon boleh?" Pintas Aufa sebaik sahaja teringat bahawa dia perlu pulang. Dia perlu menelefon Qhaleef atau Qhalish si adik kembarnya untuk menjemputnya di sini. Tidak enak jika duduk terlalu lama di sini.
"Iz kasi telefon kamu pada Qasreena."
"Eh, mana boleh nenda. Kita tak tahu asal usul perempuan ni. Mana tahu kalau dia penipu ke."
"Eee, siapa nak menipu orang macam dia, buang masa. Perasan je lebih." Omel Aufa sendirian. Dalam dengar tidak dengar sahaja. Tidak menyangka pula bahawa omelannya itu sampai pada telinga Izdiyad.
"Kau cakap apa tadi?"
"Mana ada cakap apa."
"Kamu cakaplah dengan cucu nenda. Nenda nak tolong Erin memasak. Lepastu kita makan sama-sama."
"Eh tapi nenda, saya perlu balik sekarang. Kalau tidak-"
"Lepas makan malam, baru Iz hantar kamu balik. Alang-alang kamu ada di sini. Kalau Iz tak bagi kami telefon, kamu bagitahu nenda. Biar nenda ajar dia." Ucap Datin Zahirah seraya berdiri dari duduknya. Semasa dia melintasi Izdiyad, sempat dia berbisik kepada lelaki itu supaya berbincang dengan baik.
Setelah Datin Zahirah hilang daripada pandangan, Izdiyad mengatur langkah beredar dari situ. Tidak mahu terus-terusan menghadap perempuan asing yang sepertinya sudah berjaya menakluki hati Datin Zahirah. Kerana nendanya bukanlah seorang yang peramah dan boleh diajak bergurau dalam tempoh perkenalan masa yang singkat.
Lihat sahaja Izdiyad mula mengangkat kaki, pantas dia berlari memintas jalan lelaki itu. "Encik, saya perlu pinjam telefon. Urgent."
"Kau ingat kau siapa yang boleh buat permintaan macam tu?"
"Saya seorang manusia lah. Takkan lah haiwan pulak. Please.. Pinjamkan saya telefon. Line saya takde... "
"Aku rasa kau tak faham bahasa melayu ni. Aku ka-"
"Nenda! Iz tak bagi saya telefon!" Jeritnya tiba-tiba dengan muka tidak bersalah. Dia menapak beberapa tapak ke belakang, bimbang sekiranya lelaki itu tiba-tiba sahaja turun tangan. Menakutkan...
'Nik Izdiyad Aysar...' Meleret suara Datin Zahirah kedengaran. Penuh dengan amaran dan makna yang tersirat. Aufa tersenyum kemenang saat Izdiyad menghulurkan iPhone kepadanya. Jelas muka tidak puas hati lelaki itu terpapar. Takut nenda rupanya. Senanglah bakal bini kau nak bodek nanti.
Nasib kau lah encik Izdiyad sebab jumpa dengan aku hari ini. Skrin iPhone itu dihalakan pada muka Izdiyad untuk membuka lockscreen. Setelah dibawa ke menu utama, terus pad kenalan ditekan. Nombor Puan Hasya didail. Tidak tenang terus diperhatikan Izdiyad, badannya dipalingkan ke arah belakang, membelakangi lelaki itu. Risau sangat lah tu aku bawa lari fon mahal dia.
Seketika kemudian, panggilan disambungkan. Suara puan Hasya menyapa terlebih dahulu, kedengaran.
"Mama, Aufa ni..."
'Kamu kemana budak nakal?!'
Telefon bimbit dijauhkan daripada telinga. Digosok-gosok bahagian telinga yang terasa berdesing dek jeritan Puan Hasya. Cair taik telinga aku.
"Mama... Aufa sebenarnya... Ada dekat rumah kawan. Nenek dia suruh makan dulu baru balik." Beritahunya takut-takut. Gila tak takut. Boleh sakit jantung kalau tiap-tiap hari macam ni.
'Mana nenek dia? Biar mama cakap dengan nenek dia.'
"Erk, kejap."
iPhone canggih itu diserahkan kepada Datin Zahirah yang sibuk di dapur. Dia menanti dengan penuh debar perbualan diantara Datin Zahirah dan mamanya. Tidak mungkinlah mamanya menyerang nenda?
Sudahlah baru kenal tak sampai 10 minit, tapi dianggap kawan kepada si cucu. Lepastu makan dekat sini dan kena soal jawab pula. Ahh, segann...
"Macam mana nenda? Mama saya cakap apa?" Soalnya dengan rasa ingin tahu sebaik sahaja panggilan dimatikan. Mengapa riak wajah Datin Zahirah tenang, malahan wanita itu tersenyum lagi.
"Mama kamu cuma pesan supaya hantar kamu sebelum jam 10 malam. Jangan risau, sebelum jam 9 nanti, nenda dah suruh Iz hantar Qasreena balik dengan selamat."
"Mama tak marah ke?"
"Lah, kenapa mama kamu nak marah pula. Mama kamu siap gelak-gelak lagi dengan nenda."
"Huh?"
POT PET pot pet mulunya berceloteh semasa sedang menjamu selera. Sekali sekala bunyi ketawa akan kedengaran daripada Datin Zahirah. Manakala Izdiyad yang duduk bertentangannya, sibuk dengan dunia dia sendiri. Hanya fokus makan makanan di dalam pinggannya.
"Kamu dengan Izdiyad memang tidak kenal lah ni?" Sengaja Datin Zahirah memetik nama Izdiyad untuk memancing perhatian cucunya. Namun lelaki itu tidak kelihatan berminat dengan perbualan mereka.
"Saya tak kenal dengan dia."
Dalam diam Izdiyad menghantar mesej kepada Zarif supaya mencari tahu tentang perempuan yang muncul di sini secara tiba-tiba. Tidak akan dia benarkan perempuan itu pergi sebelum mengetahui latar belakangnya yang sebenar. Dia bimbang sekiranya perempuan itu adalah orang suruhan Wilder. Jika benar seperti itu, mungkin kau takkan sempat jumpa mama kau malam ini.
"Nenda, Iz dah habis makan." Katanya seraya berdiri dari duduk. Pinggan yang masih berisi nasi itu dibawa ke sinki. Setelah membersihkan tangannya, segera dia beredar meninggalkan dapur.
Aufa tersentak saat tangannya dipegang Datin Zahirah. Dia memandang wanita itu dengan senyuman.
"Cucu nenda memang macam itu. Qasreena jangan ambil hati ye."
Kepala digeleng-geleng. "Tak nenda. Biasalah tu. Mesti dia jelez saya sembang dengan nenda dia."
"Hahaha. Ada-ada je kamu. Dah cepat makan."
TANGAN kiri dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tengan kanan digunakan untuk memegang iPhone yang melekap di telinga. Sekali sekala dahinya akan berkerut mendengar kata-kata Zarif yang sedang berada di dalam panggilan.
"Apa maksud kau?"
'Perempuan yang bos suruh saya siasat tu, adalah perempuan yang sama dengan buruan Wilder. Dia disyaki nampak anak buah Wilder membunuh. Semasa dia menyelinap ke dalam kereta bos, adalah masa yang sama semasa dia dikejar oleh orang-orang Wilder. Saya dah tanya orang sekitar sana.'
"Dia nampak orang Wilder membunuh ?" Soalnya dengan sedikit kuat. Sedar bahawa dia sudah terlanjur, segera kepalanya ditoleh ke arah belakang. Bimbang sekiranya ada yang menguping perbualan mereka. Atau lebih tepat lagi, Datin Zahirah. Pasti masalah ini akan berlanjutan sekiranya nenda tahu bahawa dia masih terlibat dengan dunia seperti itu.
'Betul bos. Kejadian itu berlaku di kediaman Tuan Za'faran. Kebetulan pula perempuan yang bos suruh saya siasat itu, ada di tempat kejadian.'
Tersungging senyuman sinis di wajahnya. Mengapa dia merasakan situasi ini akan berpihak kepadanya? Sekiranya dia mendapatkan pengakuan daripada perempuan itu tentang kejadian pada malam itu, bukankah semuanya akan menjadi lebih mudah?
"Zarif, dapatkan detail tentang perempuan itu. Kemudian hantar pada aku secepatnya."
'Baik bos.'
LANGKAH diatur menuju ke arah rumah teres dua tingkat. Setelah memberi salam beberapa kali, terjengul wajah Qhaleef, si kembar.
"Emir?"
Tengku Emir memasang senyuman di wajahnya. Beg kertas yang dibawanya dihulurkan kepada lelaki itu. "Ini, mummy aku bagi."
Laju Qhaleef menyambutnya. Tanpa segan silu, beg kertas itu diproses. "Pulut kuning?"
"Haah ye."
Sedar bahawa Tengku Emir asyik meninjau ke dalam rumah seakan-akan mencari seseorang, keningnya terangkat. "Kau cari siapa? Aufa?" Tebaknya.
Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Lambat-lambat kepalanya mengangguk kecil. Memang itulah tujuan yang sebenarnya dia datang pada malam ini. Mahu bersemuka dengan gadis itu tentang kejadian yang berlaku semasa majlis hari lahir Dhiana. Bagaimana gadis itu boleh berada di situ dan menyamar menjadi orang lain?
'Aufa tak ada.' Sampuk seseorang dari dalam rumah. Tidak lama kemudian, seorang lagi lelaki yang sama tinggi, sama rupa muncul di sebelah Qhaleef. Itulah Qhalish, adik kepada Qhaleef. Mereka kembar seiras. Tengok sekali lalu, memang tidak akan boleh mengecam mana satu Qhaleef, mana satu Qhalish.
Beg kertas yang dipegang abangnya, direbut. Seperti Qhaleef juga, dia menjenguk isi beg kertas itu. Kemudian pandangannya dihalakan pada lelaki yang mengenakan jaket biru tua, di hadapan pintu. "Kenapa Tengku nak cari Aufa?" Soalnya dingin. Dia lebih tegas berbanding si abang dan sangat alergik setiap kali Tengku Emir muncul di hadapannya. Mungkin Qhaleef masih boleh bersabar, tetapi bukan dia.
Perempuan keliling pinggang, masuk keluar kelab malam macam rumah kau, lepastu ada hati nak dekat dengan kakak aku? Langkah mayat aku dulu. Nampak macam hero tak kalau cakap macam tu? HAHAHA
"Erk, saya ada benda nak cakap sikit dengan dia. Kalau Qasreena tak ada, boleh saya tahu dia kemana?"
"Perlu ke berjumpa malam-malam macam ni? Bukannya jadual Tengku penuh ke malam ni? Kenapa tiba-tiba boleh jadi Free?"
Perlian pedas Qhalish membuatkan Tengku Emir tersenyum segaris. Dia menunduk memandang tanah untuk beberapa saat sebelum pandangannya kembali dihalakan ke arah hadapan.
"Takpe lah kalau macam tu. Esok saya datang lagi. Saya balik dulu."
"Sila-sila. Dialu-alukan."
Baru Tengku Emir mahu beredar, sebuah kereta mewah hitam berhenti di pinggir jalan. Pada mulanya dia mahu mengabaikan sahaja. Namun sebaik sahaja seorang perempuan yang amat dikenali keluar dari tempat penumpang, kakinya bagai digam di atas lantai.
Dia terpempan dan hanya menyoroti gadis itu sehinggalah gadis itu tiba di hadapannya. "Tengku Emir?"
"Aufa!" Teriak Qhaleef dan Qhalish serentak. Mereka keluar dari rumah tanpa memakai selipar dan terus meluru ke arah Aufa. Tubuh genit gadis itu dipeluk mereka, kiri dan kanan.
"Korang dah kena sampuk apa? Lepaslah. Aku tak boleh... Bernafas." Tubuh Qhaleef dan Qhalish ditolak pada masa yang bersamaan. Setelah adik-adiknya menjauhinya, nafas ditarik dalam. Tudung dan bajunya dibetulkan-betulkan.
Baru 2 hari tak jumpa, dah macam tu sekali gayanya. Dengan mama, papa korang tak sakan pula macam ni.
"Aufa... Rindu."
Tercengang dia melihat Qhaleef yang sedang menarik-narik hujung bajunya. Perutnya bagai digeletek saat wajah lelaki itu persis seperti seorang kanak-kanak yang mahu meminta coklat. Tetapi ini bukan gaya nak minta coklat, ini nak minta penampar.
Tidak sanggup lagi mahu melihat wajah 'sedih' Qhaleef, tapak tangannya ditekapkan pada muka adiknya. "Aku nak muntah hijau."
'Aufa.'
Suara garau seseorang, menyedarkannya pada Tengku Emir yang juga wujud di sini. Dia panggil aku apa tadi? Aufa?
"Excuse me, Qasreena not Aufa."
"Whatever."
Jengkel dia memandang Tengku Emir dengan muka seposennya. Sedap hati je nak panggil aku Aufa. Engkau siapa nak panggil nama manja aku. Aufa tu nama manja aku tahu. Aku dah ingatkan sebelum ni kan panggil aku dengan nama Qasreena.
"Nak apa datang sini?" Soalannya kasar, malas mahu meneruskan perdebatan dengan lelaki itu. Tupperware bertingkat yang dibawanya diserahkan kepada Qhaleef.
Kedua-dua orang adiknya mula memeriksa isi tupperware itu. Ah, memang tak tahu malu. Macam tak makan setahun.
'Kau ambik mana ni kak?'
"Bakal nenek kau bagi." Selamba Aufa menjawab.
'Bakal nenek? Macam mana tu?'
'Tapi atok kita dah takde...'
"Aish, pergi masuk rumah sana." Setelah dipastikan adik-adiknya beredar pergi, dia kembali memandang ke arah Tengku Emir. Tiba-tiba rasa nak sepak lelaki itu. Ah, kau dah kenapa Aufa.
"Apa awak nak?"
"Siapa hantar kau tadi?"
Soalan berbalas soalan. Aufa ketawa kecil. "Kenapa saya perlu bagitahu awak?"
"Kau balik dengan lelaki?"
"Kalau saya cakap ya?"
Terkedu lelaki itu mendengar soalan yang diajukan Aufa. Kalau ya? Langkah diambil setapak ke hadapan, menghampiri gadis itu. "Kau berani keluar dengan lelaki lain?"
Kepala diangguk laju. Memang aku berani. Dah tu kenapa? "So? Awak nak buat apa?"
"Kau nak tengok aku boleh buat apa?" Gumam Tengku Emir dengan matanya yang membulat. Dia melangkah setapak lagi ke hadapan. Serta meter Aufa mengambil langkah setapak ke belakang.
"Maksud awak, awak nak gunakan perempuan simpanan awak?"
Dia tergelak lagi saat raut wajah Tengku Emir berubah. Dia menolak bahu lelaki itu berkali-kali menggunakan telefon bimbitnya. Bibirnya mengukir senyuman . "Awak jangan ingat saya akan ikut semua telunjuk awak."
"Aku akan buat kau menyesal." Katanya dengan nada yang rendah dengan nada bicaranya yang berubah keras.
"Saya takkan menyesal."
Tengku Emir tergelak sinis sebelum mengangkat kaki beredar meninggalkan perkarangan rumah teres itu. Qasreena, Qasreena...
Sorry for the boring storyline (╯°□°)╯︵ ┻━┻
Share this novel