"TAK padan dengan perempuan." Telefon bimbit yang dipegangnya ditayangkan pada Umar yang sedang memandu. "Budak-budak zaman sekarang... Tak matang." Komennya selamba. Sekilas Umar melihat ke arah telefon bimbit milik Zarif.
"Asal? Menakutkan betul."
"Kan... Tahu takpe. Ada pula yang merakamnya. Siap buat live pula. Silap-silap kena serkup budak-budak tu semua."
"Tak lain tak bukan, nak populariti. Haih, sekarang banyak macam tu. Banyak content sampah."
"Itu aku sokong."
Izdiyad hanya memasang telinga. Artikel tentang perniagaan masih mencari pembacaannya. Entah apa yang dibicarakan mereka berdua. Perempuan? Bergaduh?
"Eh kejap..." Matanya tidak salah lihat bukan? Dalam siaran langsung itu, ada seseorang yang dikenali "Mar, kau tengok ni... Tengok ni!" Sekali lagi telefon bimbit dihalakan ke arah Umar. Kali ini lebih hampir dengan muka lelaki itu.
"Aku tengah memandu lah. Kejap lagi aku tengok."
"Ada Cik Aufa dalam ni."
Serentak itu, perbuatan Izdiyad terhenti. Sebaris nama itu benar-benar menarik perhatiannya.
"Apa maksud kau? Cik Aufa terlibat dalam pergaduhan jugak?"
"Jap... Jap... Jap... Aku kuatkan suara" Volume telefon bimbit dikuatkan. Suara pertengkaran beberapa orang manusia daripada siaran langsung instagram itu semakin jelas kedengaran.
'Kau dah terlalu percaya diri sangat eh Dhiana?'
'Cepat kau datang sini. Memang sehidup semati.'
'Aku rasa kau lupa pesanan aku sebelum ni... Kalau kau berani sentuh Mikayla, kau akan berurusan dengan aku!'
Secara tidak sedar Izdiyad mencebik bibir. Pasti suara itu adalah milik Aufa. Diri sendiri pun tidak terjaga, ada hati nak selamatkan orang lain.
'Kau ingat aku takut dengan kau?'
'Kau pun...ing...at aku tak...ut den...ngan-'
Siaran langsung instagram mula sangkut-sangkut suaranya, gambar menjadi kabur. "Ah, masa ni lah line tak ada." Keluh Zarif panjang. Telefon bimbitnya digoncang-goncang mahu mengembalikan line. Umar yang ajar aku buat macam ni kalau tiada line. Malasahnya dah beberapa tahun aku buat macam ni, tak pernah pula line kembali elok. Tengkorak kau Mar.
"Cool gila Cik Aufa. Tapi... Tak bahaya ke kalau diorang terus bergaduh? Tengok perempuan-perempuan yang terlibat semuanya menakutkan."
"Bos... Kita nak ke sana ke tengok Cik Aufa?"
"Tak perlu."
"Tapi bos, kalau dibiarkan-"
Mulutnya terkunci rapat saat Izdiyad memandangnya tajam.
"LEBIH baik kau mengalah, aku tak pukul perempuan."
"Baik kau menjauh. Aku tak pukul lelaki." Selangkah dia ke belakang, selangkah Farid menghampirinya. Tangan kanan masih dipanjangkan ke hadapan, bimbang sekiranya Farid naik tangan. Lelaki itu bukan boleh diagak. Semua ikut telunjuk Dhiana. Perempuan tu kata A, dia pun A. Kata B, dia pun B.
"Aku serius."
"Kau ingat aku main-main?" Balas Aufa dengan debar yang mengasak dada. Ingat aku tak tak takut ke? Sekali dia angkat tangan, mahu pengsan aku seminggu.
"Farid, cepat uruskan dia."
"Dhiana, sudahlah. Tak eloklah bergaduh dekat sini." Harraz cuba memujuk. Ha, ni sekor lagi. Semua benda yang dicakap Dhiana akan dianggukkan. Memang jenis pengecut.
"You jangan masuk campur. Biar i bagi peringatan dekat perempuan ni. Tunjuk heroin pula."
Kini Aufa dan Airin Mikayla bertemu dengan jalan mati. Mereka sudah terperangkap diantara dinding. Tiada lagi ruang untuk dia mengundurkan diri. "Jantan, baik kau berhenti dekat situ. Aku takkan perhitungkan lagi kalau kau berani melangkah!"
Amaran yang diberikan Aufa bagai angin lalu. Tidak memberi kesan kepada Farid. Lelaki itu terus menghampirinya dan Airin Mikayla sehinggalah jarak di antara mereka hanya dipisahkan dengan panjang lengan Aufa.
"Kau ingat aku nak ke buat kerja macam ni? Aku ulang sekali lagi... Aku bukannya pukul perempuan. Kalau bukan arahan daripada Dhiana, aku pun takkan kotorkan tangan aku." Jawab Farid dengan malas.
"Habistu, takkan kau nak jadi anjing dia sampai bila-bila? Asyik telunjuk dia? Kau tu lelaki..."
Tajam Farid merenung ke arah Aufa.
Air liur ditelan payah. Salah ke aku cakap tadi? Betullah kan...
'PANG!'
"Aku rasa kau tak berhak cakap macam tu."
Aufa terkesima dengan tamparan yang dihadiahkan Dhiana secara tiba-tiba. Tangan turut diangkat tinggi, mahu melayangkan penampar buat Dhiana sebagai balasan. Namun, pergelangan tangannya terlebih dahulu dicengkam Farid.
Lengannya yang dicengkam Farid, cuba ditarik. Tetapi pegangan itu terlalu kejap. Semasa bergelut, entah di mana silapnya, tiba-tiba sahaja tangannya tertampar wajah lelaki itu seraya menolak badan lelaki itu. Farid hampir sahaja terjatuh ke belakang, namun sempat diseimbangkan badannya.
"Weh, ma-maaf... A-Aku tak sengaja."
"Kau berani tampar aku!" Farid naik berang. Dengan marah yang membuak-buak, dia mencapai botol kaca yang terdapat di semak samun, lalu membaling ke arah kedua-dua orang perempuan yang terposok di hujung jalan. Berderai kaca pecah kedengaran.
'PRANGG!'
"Weh Farid, kau gila!" Meninggi suara Aufa dek terkejut dengan tindakan Farid. Mujur dia dan Airin Mikayla sempat mengelak atau botol itu akan terkena pada mereka.
"Farid... Farid, dah lah." Harraz pula cuba menenangkan kawannya. Baru dia mahu masuk campur, dia sudah mendapat cerlungan daripada si teman wanita. Akhirnya, dia kembali mundur ke belakang.
Farid semakin menggila. Sebatang kayu pula dicapai. Kepalanya di disengetkan pada kanan lalu lehernya dipicit-picit. Kayu yang dipegangnya diangkat tinggi lalu dihayun laju.
Aufa yang memejam mata, tiba-tiba sahaja mengangkat kelopak matanya.
Aneh apabila dirasakan kayu yang digunakan Farid tidak mengenai tubuhnya.
'Kau sentuh dia, percaya tak aku akan buru semua ahli keluarga kau.'
Lelaki asing yang betul-betul di hadapannya direnung lama. Lelaki itu sedang menahan kayu yang digunakan Farid untuk memukul mereka. Mata aku salah ke ni? Itu... Cu-Cucu nenda? Izdiyad?
"Kau jangan masuk campur."
Tanpa menjawab soalan Farid, badan lelaki itu ditolak kasar ke tepi sehingga lelaki itu tersungkur di atas jalan tar. Dibaling kayu itu ke arah semak samun.
"Jom..." Pergelangan tangan Aufa ditarik. Baru beberapa langkah diatur, jalan mereka dihalangi seseorang. Jelas wajah perempuan itu tidak berpuas hati.
"Kau siapa nak bawa dia pergi?" Berlagak Dhiana bertanya. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Rambutnya yang jatuh di dahi, diselit dibelakang telinga. Sempat dia melirik manja ke arah lelaki tinggi lampai itu.
Izdiyad tergelak kecil. Budak-budak mentah macam ni, dia takkan perhitungkan. "Kalau dia tak pukul perempuan, tapi aku pukul perempuan." Katanya sambil merujuk ke arah Farid yang sudah berada di sisi Dhiana.
"Kau berani pukul aku?" Cabar Dhiana.
"Kenapa pula tidak?" Sinis Izdiyad membalas. "Oh ya, sebelum tu..." Dia menapak setapak menghampiri Farid. Sesuatu telah dibisikkan kepada lelaki itu. Serta merta wajah lelaki itu berubah pucat. Lengan Dhiana ditarik ke tepi, mengarahkan perempuan itu memberi jalan kepada lelaki itu dan dua orang perempuan di belakangnya.
Setelah kelibat ketiga-tiga mereka hilang dari pandangan, Dhiana terus memukul badan Farid. "Kenapa kau biarkan diorang pergi?!" Marahnya.
"Tak payah cari pasal dengan diorang lah. Kau ni, tak cari buat masalah sehari, memang tak sah!"
"Kau marah aku? Eh, biarlah dekat aku nak buat apa."
"Lantak kau lah. Aku dah pesan..." Farid mengangkat kaki meninggalkan Dhania yang terkontang-kanting di tengah kekacauan itu.
"Harraz... Tengoklah Farid tu." Rengek Dhiana sambil menggoyangkan lengan teman lelakinya.
"I dah lama tengok Farid." Acuh tidak acuh sahaja Harraz membalas sebelum beredar dari situ.
"Eee, menyampahlah!"
SELIMUT yang membaluti tubuh Airin Mikayla, ditarik ke atas sehingga paras dada. Setelah sahabatnya sudah lena tidur, dia keluar daripada bilik itu dan melangkah ke arah halaman taman hostel. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi batu di situ.
Matanya melilau mencari seseorang. Ke mana pula cucu nenda menghilang? Tadi lelaki itu menghantarnya dan Airin Mikayla pulang ke hostel kolej tempat sahabatnya belajar. Tup tup selepas dia tidurkan Airin Mikayla, batang hidung lelaki itu sudah tidak nampak. Bukan ke dah suruh tunggu dekat sini. Nombor Izdiyad didail lalu telefon bimbit ditekapkan pada telinga.
'Ini adalah peti simpanan suara-'
"Aih, susah betul nak telefon orang sibuk macam dia."
Lebih baik cari cucu nenda dulu sementara Airin Mikayla bangun. Lagipun, kurang baik jika dia terus-terusan berada di sini memandangkan dia bukan penuntut di Da College. Kena tangkap dengan mak cik jaga hostel, memang payah nak menjawab. Sudahlah sebelum ini dia pernah disoal siasat oleh mak cik itu disebabkan dia lepak di bilik Airin Mikayla.
Hampir 3 jam tahu kena tahan. Bukan 3 minit, 3 JAM!
Jalan terus diatur tanpa hala tuju. Sedar-sedar dia sudah berada di cafeteria. Elok sangatlah tu, aku memang 'lapar' gila... "Saya nak ni satu bekas. Campur-campur je acik." Bekas oden yang tersusun, ditunjuk dengan sengihan di bibir.
Tidak sampai seminit, oden yang dimintanya sudah disiapkan. "Tujuh ringgit sembilan puluh sen..."
"Kejap ye." Tangan diselukkan ke dalam kocek palazo yang dikenakannya. Kosong? Diselukkan kedua-dua kocek.
Ya Allah, aku lupa... Hari ni keluar tak bawa dompet. Astaga. Belakang casing phone? Haah, betul. Casing phone dibuka. Selalunya, dia akan menyelitkan wang lebihan di sini.
Ada... Alhamdulillah.
Seringgit, dua ringgit, tiga ringgit... Tiga ringgit?! Mak aii, mana aku nak cekau lagi lima ringgit. Nak pinjam pada Airin Mikayla macam tak patut pula.
"Erk, acik... Saya tak-"
'Saya bayarkan.'
Pantas kepala berpaling ke sebelah. Hmm? Mata digosok beberapa kali bagi memastikan bahawa penglihatannya masih baik. Kaki dijengketkan untuk menyamakan ketinggian dengan manusia yang berada di sebelahnya.
Betullah. Aku tak salah tengok. Cucu nenda!
"Aduh, sakit..." Kepala yang terasa sakit dek diketuk oleh Izdiyad, digosok-gosok dengan muka yang cemberut. Beraninya kau pukul kepala aku. Sudahlah guna telefon. Sakit tahu tak!
Tanpa menghiraukan rungutan Aufa, Izdiyad terus mengatur langkah. Terkecoh-kecoh Aufa membontoti dari belakang setelah mendapatkan oden yang dipesan.
Melihat Izdiyad yang berlabuh di sebuah meja kosong, dia turut berlabuh di situ. "Cucu nenda, nanti saya bayar balik. Saya lupa bawa duit hari ni." Katanya sebelum membaca doa makan.
"Ermm..."
Itu je dia balas? Ermm?
"Awak pergi mana tadi? Saya cari awak tak jumpa pun. Ingatkan awak dah balik."
"Kalau nak makan, makan je boleh tak?" Pedas Izdiyad membalas. Dijeling tajam perempuan yang berada di hadapannya. Tahu pun nak diam. Mulut pot pet, pot pet tak sudah. Kalau tahu, aku takkan tolong kau. Buang tabiat pula aku ada dekat sini.
"Hehehe." Sambil makan, dia mencuri-curi lihat ke arah Izdiyad. Garang macam singa betina datang bulan. Masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu masih berada di sini. Kalau ikut perangai lelaki itu, dia takkan berada di sini pada tika ini. Bukan sibuk sangat ke mengalahkan perdana menteri? Ini boleh pula ada masa nak teman aku makan.
Mana pula menghilang Zarif dan Umar? Bawahan lelaki itu yang sentiasa mengekori 24 jam? Tidak asyik melekat, ini dah hilang pula.
"Mana Zarif dengan Umar?"
Apabila lelaki itu memandangnya dengan tajam, dia membuat gaya seperti 'zip mulut'. Faham sangat apa yang mahu disampaikan lelaki itu. Tak, saya takkan tanya dah.
Seketika kemudian, muncul kedua-dua orang yang dicarinya. Mereka menyapa dengan anggukan kepala. Sebagai balasan, hanya sengihan diukir.
"Bos, ini yang bos minta." Zarif menghulurkan beberapa helai kertas bercetak yang siap di stapler kepada Izdiyad. Kertas itu diperiksa Izdiyad sehelai demi sehelai sebelum meletakkan dihadapan Aufa.
"Apa ni?"
"Itu laporan tentang kejadian tadi. Kawan kau boleh buat laporan untuk tuntut beberapa orang yang terlibat. Semua dah lengkap. Hanya perlu tanda tangan daripada kawan kau."
Berikutan kata-kata Izdiyad, laju kertas itu dibelek-belek. Laporan yang diberikan lelaki itu benar-benar terperinci mengikuti penjelasan Airin Mikayla semasa mereka dalam perjalanan pulang ke sini sebentar tadi. Disertakan juga beberapa gambar yang diambil daripada siaran langsung instagram daripada pemilik fake account.
"Awak serius ke ni?"
Izdiyad berdiri dari duduknya. Blazer yang tersarung di badannya, dibutangkan. "Aku ada hal... Aku pergi dulu."
"Awak, tunggu kejap!" Pantas Aufa memintas jalan lelaki itu. "Terima kasih."
Tanpa membalas ucapan terima kasih daripada Aufa, dia terus melangkah pergi. Wajahnya serius tanpa sekelumit senyuman. Diikuti di belakangnya, Zarif dan Umar. Sempat mereka melambai serentak ke arah Aufa sebelum beredar sebentar tadi.
Ah, sudah serupa minion.
Bunyi telefon berdering menyentakkannya. Tertera nama Qhalish di skrin telefon. Tidak menunggu lebih lama, panggilan telefon dijawab.
'Kak, kau dekat mana sekarang?' Sergah Qhalish di dalam panggilan sebelum sempat Aufa menyapa terlebih dahulu. Daripada nada bicaranya seperti terdesak.
"Aku ada dekat kolej Yiyin. Kenapa?"
'Aku rasa malam ni, baik kau jangan balik rumah. Tahu tak, mama mengamuk sakan sekarang ni. Papa pun dah angkat bendera putih. Sudahlah curi-curi keluar rumah, bergaduh pula tu.'
Bibirnya digigit. Macam mana pula boleh lupa soal pergaduhan yang terjadi. Pasti perkara ini sudah tersebar memandangkan ada beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat siaran langsung. Aduh, macam mana ni.
'Kak, kau dengar tak?'
"Kau gila ke aku tak balik. Lagilah mama naik bengang."
'Kalau kau balik, silap-silap kau koma seminggu. '
"Habistu aku nak duduk mana gila?"
'Macam tak biasa pula. Kau tumpanglah rumah Mikayla.'
"Masalahnya sekarang ni, Yiyin duduk hostel. Kalau aku tumpang bilik dia, mahunya kena halau dengan mak cik jaga hostel."
'Qhalish! Mama suruh kemaskan ruang tamu kan!' Pekikan seseorang kedengaran. Tidak lain tidak bukan, mama. Gila, seram...
'Kak, aku lupa mama suruh kemaskan ruang tamu. Aku nasihatkan kau jangan balik malam ni, tapi kalau kau nak balik juga, kau tanggung sendiri.'
"Weh Qhalish-"
'TETT! TETT!'
"Kau matikan telefon Qhalish. Aku tak habis cakap lagi..." Gumamnya dengan penuh geram. Telefon bimbit digenggam kuat membayangkan dia sedang melunyaikan si adik. Sudahlah cakap tak habis. Keling punya adik.
Kalau tak balik hari ni, nak tidur mana? Memanglah sebelum ni dia pernah tak balik rumah, sehari dua dan tumpang rumah Yiyin semasa gadis itu tinggal di rumah sewa.
Tetapi sekarang ini, Airin Mikayla tinggal di hostel. Aku ulang sekali lagi. HOSTEL!
'PRANG!'
Bunyi kaca pecah bergema di sekitar ruang tamu. Tajam Datin Zahirah memandang ke arah Izdiyad yang tidak bersuara sejak tadi. Dia berdiri dari duduknya sambil dibantu Erin.
"Nenda kecewa dengan kamu." Usai menuturkan, pantas dia bergerak meninggalkan ruang tamu yang sunyi sepi. Hanya detik jam di dinding sahaja kedengaran. Dia tidak betah lagi mahu berada di situ menghadap cucunya.
Hatinya benar-benar kecewa setelah mengetahui bahawa lelaki itu sedang menyiasat kejadian 20 tahun yang lalu. Menyelidiki kematian arwah ibunya. Walaupun dia tahu itu tidak adil bagi si anak, tetapi lelaki itu seharusnya menerima hakikat. Belajar menerima hakikat bahawa sudah ditakdirkan bahawa ibunya akan meninggal pada hari itu.
Izdiyad yang sedang duduk di sofa, masih diam tidak berkutik. Kemarahan yang dihamburkan Datin Zahirah, hanya dihadam. Tidak berdaya dia mahu melawan. Tidak terjawab juga dia akan soalan yang diajukan. Dia tahu bahawa kenyataan ini tidak akan mampu disorokkan selama-lamanya. Lambat laun Datin Zahirah akan mengetahui juga tentang aktiviti dia selama ini. Tidak disangka pula, hari itu adalah malam ini.
Sangat dia ingin mengetahui mengapa nenda asyik menghalangnya daripada terus menyiasat kejadian 20 tahun lalu? Mungkinkah masih ada perkara yang disembunyikan? Sudah dia berusaha untuk mencari tahu soal ini, namun tiada hasil, tiada petunjuk yang didapati. Nampaknya, perkara ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Perkara ini tidak mudah seperti yang difikirkan. Usahanya beberapa tahun ini juga belum berhasil sepenuhnya.
Seseorang yang boleh menjawab segala persoalan ini hanyalah seorang.
'Datin Zahirah'
'Tuan muda... Tuan muda...' Panggilan Erin si pembantu rumah, menyentakkannya. Kepala dipalingkan ke tepi menghala ke arah perempuan yang berusia itu. Cemas wajahnya kelihatan.
"Tuan muda... Datin sesak nafas."
"Telefon Umar!"
Share this novel