BAB 6

Romance Series 7871

BERDENTUM bunyi pintu berlanggaran dengan dinding bergema di seluruh bilik itu seraya menggangu tidurnya. Dengan mata yang separuh terbuka dia memerhatikan ke arah beberapa orang figura yang berada di hadapan muka pintu.

Huh?

"Kau tak payah pura-pura tidur dekat sini! Kau kan yang menceroboh bilik bacaan ayah." Serang Fateh tanpa berselindung lagi. Dia meluru ke arah katil dan menikam tepat wajah mamai Izdiyad. Melihat 'abang tirinya' masih terpinga-pinga, comforter yang membaluti tubuh lelaki itu ditarik kasar. Seluar panjang lelaki itu diselak sehingga ke lutut. Lalu dipicit sekuat-kuatnya kaki lelaki itu.

"Erk, apa yang kau buat ni? Geli lah." Izdiyad ketawa kecil. Tangan Fateh yang masih memicit kakinya ditepis perlahan. "Jap, tadi kau cakap menceroboh bilik bacaan ayah? Aku?" Soalnya dengan terkejut sambil menundingkan jari pada mukanya.

"Kau jangan nak buat muka bodoh boleh tak!" Tempik Fateh seraya menolak kuat badan Izdiyad sehingga lelaki itu terlantar di katil. Tidak cukup dengan itu, tumbukan dihadiahkan berkali-kali. Bengang apabila lelaki itu menayangkan muka tidak bersalah.  Dia semakin naik hantu apabila lelaki itu tidak membalas setiap tumbukan. Jangan fikir aku tak tahu rancangan kau!

"Fateh! Berhenti!" Jerit Dato' Muayyad yang baru tiba disitu. Dia mengarahkan beberapa orang pengawal supaya menghentikan perbuatan anaknya.

"Ayah! Dia yang menceroboh bilik ayah! Lepastu pura-pura tidur ." Ujar Fateh tidak puas hati. Dia mendengus kasar melihat lelaki yang masih terbaring di atas katil. Firasatnya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah si pelaku!

Tubuhnya yang dipegang pengawal, ditepis kasar.

"Cukup Fateh. Pelaku yang sebenar dah larikan diri. Diorang tak sempat nak kejar."

"Tapi ayah..."

"Betul Tuan muda. Saya dan beberapa orang kejar orang itu sehingga di persimpangan jalan. Kemudian dia hilang." Tokok seorang pengawal.

"Tapi..."

"Sudahlah Fateh. Panggil doktor datang tengokkan Izdiyad." Arahnya.

"Takpe lah ayah. Iz nak balik. Lagipun ada Umar yang boleh tengokkan Iz."

"Tapi Iz..."

"Iz balik dulu." Bingkas Izdiyad bangun dari pembaringannya. Jaket hitam yang tersangkut pada kepada katil, disarungkan pada badannya. Wallet serta kunci kereta di atas meja dicapai. Lantas, langkah diatur menuju ke pintu.

"Aku menang." Bisiknya perlahan semasa melintasi Fateh Arsyad. Dia tersenyum penuh makna sambil menepuk bahu lelaki itu beberapa kali. Hanya lelaki itu yang faham apa yang mahu dimaksudkan.

"Iz! Kau memang penipu!"

MEREKA menunggu penuh debar. Tidak tenang dibuatnya setelah kejadian yang berlaku sebentar tadi. Nasib baiklah mereka berada berdekatan dengan kediaman Dato' Muayyad.

Umar menarik perhatian seisi rumah semasa keadaan sedang kacau. Dia mengenakan hoodie dan berpura-pura melarikan diri sementara Izdiyad akan kembali ke biliknya.

Jalan yang lenggang diperhati lagi. Masih tiada tanda-tanda sebuah kereta akan muncul di situ. Tidak mungkinlah terjadi sesuatu.

"Macam mana ni? Kita ke sana je lah." Cadang Umar dengan wajah risau. Mereka diminta menunggu di persimpangan jalan supaya tidak mendatangkan kecurigaan kepada seisi rumah Dato' Muayyad. Tetapi ini sudah hampir setengah jam mereka menunggu.

"Erm... Kita tunggu 5 minit lagi. Kalau bos tak sampai juga, kita pergi ke sana." Ujar Zarif sambil mundar mandir di bahu jalan. Tidak betah lagi  mahu menunggu di sini. Bosnya juga satu, boleh pula terjun dari tingkat 2. Apa yang difikirkan lelaki itu. Nasib sahaja tidak mati katak. Kan bahasa kasar aku dah keluar.

Deruman enjin menyentakkan mereka. Pandangan mereka dihalakan pada sebuah kereta hitam yang semakin menghampiri. Melalui lampu jalan, samar-samar kelihatan seorang lelaki sedang memandu.

Bos.

Sebaik sahaja kereta itu diberhentikan di bahu jalan, terus mereka berdua menerobos ke dalam kereta itu. Izdiyad telah dipindahkan ke kerusi belakang, manakalah Zarif mengambil alih pemanduan.

"Bos okay tak? " Cemas Zarif menyoal. Dia mencuri lihat ke arah bosnya yang berbaring di kerusi belakang. Umar akan memeriksa keadaan lelaki itu terlebih dahulu. Jika parah, terpaksa dia menuju ke hospital. Sekalipun bosnya akan membantah, tetapi kesihatan lelaki itu lebih penting.

"Aku okay." Izdiyad membalas lemah. Lengannya dinaikkan atas kepala lalu mata dipejamkan. Sekali-sekala mukanya akan berkerut saat bahagian kakinya dipicit Umar. Semasa Fateh menekan-nekan kakinya tadi pun, kesakitan yang dirasainya tidak dapat dibendung lagi. Mahu sahaja dia berteriak, namun ditahan.

"Bos, kita ke hospital ye." Pujuk Umar sambil memegang bahagian lutut Izdiyad. Sayu dia memandang ke arah lelaki itu. Berharap bahawa lelaki itu tidak akan berdegil dan akan menuju ke hospital.

"Tak perlu."

"Bos... Saya tak boleh berikan rawatan lebih lanjut pada bos. Ilmu saya masih tidak mencukupi. Please, dengar cakap kitorang pada kali ini. Saya risau akan jadi lagi teruk kalau dibiarkan." Lengan lelaki itu dipegangnya. Dia tahu akan kebencian bosnya pada hospital. Kerana kesalahan yang dilakukan pihak hospital, ibunya meninggal dunia. Sejak daripada itu, dia tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke sana. Tetapi, jika begini terus...

"Korang boleh tinggalkan aku kalau rasa aku menyusahkan."

Terkunci rapat mulut mereka. Zarif memandang Umar melalui cermin sisi, meminta pendapat jika mereka harus pergi ke hospital atau tidak. Melihat gelengan sahabatnya, dia hanya mampu mengangguk lemah. Pedal minyak ditekan dan kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

TUDUNG bawal digulung kemas kemudian dimasukkan ke dalam kotak berwarna coklat. Diletakkan juga beberapa jenis cadbury yang berbeza dan bouquet bunga kecil di dalamnya. Juga anak patung yang kecil. Akhir sekali letak wish card. Yeh, siap gift box aku untuk pelanggan aku yang ke...

52!

Wuhuu! Tinggal esok aku delivery.

'Bahagia nampak.' Tegur seseorang yang baru melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Tidak usah melihat juga dia tahu siapakah si empunya suara. Sekilas dia memandang ke arah Puan Hasya dengan senyuman senget.

"Mama..." Sapanya dengan sopan. Apa yang akan dibisingkan Puan Hasya sebentar lagi pasti soal dia menyerang Tengku Emir.

Ahh, mengadu lagilah tu si Emir dekat mama kononnya aku halau dia dan ada lelaki hantar aku balik. Biarlah aku nak balik dengan siapa pun. Sibuk je lebih. Dasar playboy murahan. Mengadu macam budak kecik. Sikit-sikit nak mengadu.  Terajang karang, melepas ke Thailand sana. Padan muka. Baru kau tahu siapa Nur Aufa Qasreena sebenarnya.

"Aduh duh... Ma... Sakit ma. Sakit..." Jeritnya tiba-tiba dengan kepala yang sedikit terteleng ke tepi dek tarikan Puan Hasya pada telinganya. Difikirkan mamanya akan melepaskan dia, ternyata wanita itu semakin menguatkan tarikan lalu dipulas-pulas. Seperti mahu tercabut sahaja telinga kirinya tika ini.

"Aufa tahu tak, Aufa salah apa?" Gumam Puan Hasya, geram. Semakin dikuatkan tarikannya dengan mulut yang terkumat-kamit memarahi si anak perempuan.

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menghukum Aufa dengan lebih teruk. Tetapi dia tahu nanti suaminya akan membela gadis itu dan membantah tindakannya.

"Mama... Tahu ma. Tahu..."

Seminit kemudian, barulah telinganya dilepaskan Puan Hasya. Bahagian telinga yang mula memerah digosok-gosok dengan muka yang cemberut. Nasib baik telinga comel aku tak tercabut. Kalau tidak, macam mana nak pasang semula.

"Aufa janji Aufa takkan buat hal lagi."

"Janji kamu tak boleh pakai."

"Boleh ma."

"Disebabkan seorang lelaki hantar Aufa dekat rumah, Emir tu dah meroyan tak tentu pasal. Apa mama nak jawab dengan mak ayah dia nanti?"

"Hmm... Bela lah bakal hantu kesayangan dia tu. Aku ini meroyan, tak ambil tahu pula." Selamba Aufa mengomel perlahan sambil mengikat reben pada kotak itu. Sekali lagi dia menjerit kuat saat telinganya dipulas oleh Puan Hasya.

"Aufa ingat mama tak dengar?"

"Maa...Aufa minta maaf."

"Esok, mama nak Aufa tolong Iris dan lain edarkan makanan. Titik."

Sebaik sahaja telinganya dilepaskan, lantas dia memandang ke arah Puan Hasya. Terkejut dengan arahan mamanya. Esok? Esok?!

"Tapi ma... Esok Aufa ada hal. Aufa nak kena hantar gift box ." Bukannya mama tidak tahu yang aku ada bisnes kecil-kecilan. Takkan lah nak post pula sedangkan jarak rumah pemilik gift box ini dengan rumahnya tidak sampai 10 minit jika memandu.

"Aufa pilih, nak tolong edarkan makanan atau Aufa nak ke rumah Tengku untuk memohon maaf?"

"Mama..."

"Aufa tak nak ikut cakap mama kan? Okay, takpe..." Puan Hasya memalingkan badannya ke arah pintu bilik. "Melah! Melah!" Teriaknya tiba-tiba memanggil pembantu rumah.

"Aufa janji akan tolong Iris dan yang lain. Aufa janji."

"Pegang kata-kata kamu Aufa."

GERAI yang berpayung biru menjadi tumpuan orang ramai. Sesak keadaan di situ berikutan pengumuman yang dibuat. Hari ini keluarga Tuan Uzair akan mengedarkan sedikit makanan di Desa Larton. Rata-rata penduduk di sini kurang berkemampuan dan sering terlibat dengan banjir sekiranya hujan lebat. Perniagaan mereka juga terjejas. Jadi, aktiviti amal hari ini sekadar mahu berkongsi rezeki dengan yang lain. Sekiranya anda mahukan makanan, anda boleh pergi ke gerai yang berpayung biru.

"Minta semua beratur. Semua akan dapat." Kuat Luqman si pembantu rumah Tuan Uzair bersuara mahu menandingi bunyi bising. Dia diamanahkan Tuan Uzair untuk mengetuai sekaligus mewakili aktiviti amal pada kali ini.

Keadaan semakin sesak menjelang tengah hari. Orang-orang yang hadir tidak putus.  Di bahagian belakang, beberapa orang lain sedang memasak manakala bahagian depan adalah tempat mengedarkan makanan.

"Terima kasih encik... Terima kasih." Ucap seorang perempuan tua yang agak kotor bajunya. Berkali-kali dia menunduk mengucapkan terima kasih atas bantuan makanan yang diberikan. Bersama dengannya seorang kanak-kanak dalam lingkungan 5 tahun. Mungkin anaknya.

"Sama-sama kita kongsi rezeki mak cik. Semua ini daripada keluarga Tuan Uzair. Saya hanya membantu." Lembut Luqman membalas. Dia tersenyum manis melihat seraut wajah itu.

"Terima kasih Tuan Uzair. Semoga Allah membalas segala kebaikannya."
Ucap perempuan itu dengan ikhlas. Kata-katanya disambut oleh beberapa orang penduduk yang lain. Mereka juga tidak berhenti mengucapkan terima kasih.

'Terima kasih Tuan Uzair.'

'Terima kasih Tuan Uzair.'

'Terima kasih Tuan Uzair.'

"Kalau mak cik nak air, mak cik boleh ambil di sebelah ye."

"Terima kasih nak..."

"Sama-sama."

Makanan terus diagihkan buat orang ramai. Mujur sahaja penduduk-penduduk turut memberi kerjasama membuatkan semuanya berjalan dengan agak lancar. Periuk besar yang sudah kosong dibawa ke belakang, kemudian diganti dengan periuk besar lain yang berisi makanan yang baru dimasak.

'Tumpang lalu tumpang lalu...'

Sebaik sahaja Aufa tiba di situ sambil membawa sebuah kotak, lantas Luqman menghampirinya. Kotak yang dibawa gadis itu diambil lalu diletakkan di atas meja kosong. Kotak-kotak yang dibawa beberapa pembantu yang lain juga diletakkan di situ.

"Cik, cik tak perlu angkat barang-barang ini. Nanti panggil je pembantu yang lain." Ucap Luqman sambil memandang gadis yang sibuk memeriksa kotak-kotak yang berisi roti.

"Alah, benda kecil je pun. Bukannya boleh bawa mati." Selamba Aufa membalas. Dia memandang ke bawah saat merasakan bajunya ditarik seseorang. Spontan badannya menunduk separuh bagi menyamakan ketinggiannya dengan seorang kanak-kanak perempuan yang masih lagi menarik bajunya.

"Adik, adik dah makan ke?" Soalnya lembut. Rambut kanak-kanak itu diusap-usap. Jatuh kasihan melihat keadaan kanak-kanak itu yang sepertinya agak tidak terurus. Entah dia masih mempunyai ibu bapa atau tidak.

Soalannya tidak berjawab. Kanak-kanak itu hanya membisu dan memandangnya tidak berkedip. Lawa sangat eh?

Mengada kau Aufa.

Dia menoleh ke arah Luqman yang  setia berada di situ. "Luqman... Ambil makanan untuk adik ni." 

"Baik."

Tidak sampai beberapa saat kemudian, Luqman kembali sambil membawa dua polisterin yang berisi makanan. Polisterin itu dihulurkan pada kanak-kanak yang masih merenungnya.

"Adik... Ini untuk adik. Mak ayah adik mana?"

Kanak-kanak perempuan itu hanya menggelengkan kepalanya. Dua plastik roti di dalam kotak itu dicapai lalu turut dihulurkan kepada kanak-kanak itu. "Adik jangan lupa makan ye."

Dia hanya menyoroti pandangan ke arah kanak-kanak perempuan itu sehinggalah kanak-kanak itu hilang dari pandangan. Kotak-kotak yang dibawanya sebentar tadi dibuka. "Ini, edarkan roti juga."

"Baik cik..."

"Jangan lupa ambil roti juga ye." Pesannya kepada penduduk-penduduk yang masih berbaris. Senyuman manis terukir di bibirnya. Begini rasanya bila dapat tolong orang. Tenang dan sangat lapang. Bahagia. Entah apa lagi perkataan yang boleh diungkapkan.

Keadaan yang tenang bertukar tegang saat seorang penduduk kampung berlari-lari bagaikan terserempak dengan hantu. Akhirnya dia tersungkur di tanah. Pucat wajahnya dengan nafas yang termengah-mengah.

Aufa mengatur langkah ke arah seorang penduduk kampung yang masih terduduk di tanah. Pelik dia memandang wajah lelaki itu. "Kenapa ni?"

"Mati... Mati..." Tutur penduduk kampung itu dengan suaranya yang bergetar. Tangannya ditundingkan ke arah sebuah lorong di situ. Belum sempat Aufa mahu menyoal dengan lebih lanjut, lelaki itu sudah terkecoh-kecoh melarikan diri.

Lorong itu dipandang dengan kerutan di dahi. Mati? Apa yang mahu dimaksudkan sebenarnya?

"Cik Aufa... Ada apa ni?" Soal Iris yang baru tiba di situ. Iris juga adalah salah seorang pembantu rumah Tuan Uzair yang melibatkan diri dalam aktiviti amal pada kali ini.

"Saya pun tak pasti." Tidak mahu terus diasak dengan tanda tanya, langkah diatur menuju ke arah lorong yang dimaksudkan penduduk kampung itu. Walaupun sudah ditegah oleh beberapa pembantu yang lain, namun tidak mematikan niatnya untuk mencari tahu maksud disebalik kata-kata penduduk itu.

Sejurus sampai di lorong itu, dia terkedu. Spontan jantungnya berdegup kencang dan kakinya mula menggeletar. Betulkah apa yang dia lihat sekarang ini? Tapi mengapa? Bukankah baru sebentar tadi...

"Astaghfirullahalazim." Iris yang terkejut dengan keadaan itu, lantas mengucap panjang. Matanya dipejam rapat lalu kepalanya ditoleh ke arah belakang. Tidak sanggup lagi mahu melihat apa yang terhidang di hadapan matanya.

"Iris... Bawa cik Aufa pergi." Tegas Luqman memberi arahan. Wajahnya berubah serius. Setelah Iris dan Aufa pergi dari situ, dia dan beberapa pembantu yang lain meluru ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang terdampar di tanah dengan pisau yang terpacak di dahinya. Sempat dia mengingatkan yang lain bahawa tidak menyentuh kanak-kanak itu yang sudah kaku itu.

Kanak-kanak itu adalah kanak-kanak yang sama semasa mereka memberi makanan sebentar tadi. Dua polisterin makanan serta dua plastik roti yang masih tidak dibuka berada di sisinya. Tidak sampai 5 minit mereka berpisah dengan kanak-kanak itu. Bagaimana boleh sebegini?

'Pembunuh!'

Jerit seseorang dengan kuat secara tiba-tiba. Luqman serta 3 orang pembantu rumah Tuan Uzair yang masih berada di situ,  terkejut apabila lorong yang mula sunyi itu tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan penduduk kampung.

'Korang pembunuh!' Serang seorang lagi penduduk kampung. Luqman cuba menjelaskan kejadian yang sebenarnya, namun keadaan mula menjadi tidak terkawal saat munculnya seorang perempuan tua. Dia meratapi kanak-kanak yang terbujur kaku di situ. Penduduk kampung yang lain tidak sudah memaki dan salahkan mereka.

"Kalau mereka tidak hadir hari ini, keadaan takkan jadi seperti ini. Sebelum ini tiada pembunuhan yang berlaku!" Kata seorang lelaki dengan kuat, menggamatkan suasana. Dia memicu amarah penduduk kampung dengan tuduhan dan andaiannya.

"Keluarga Tuan Uzair pembunuh. Mereka mahu memanfaatkan kita untuk mendapat nama!" Katanya lagi.

"Mereka perlu bertanggungjawab!"

"Ganti dengan nyawa juga!"

Keadaan menjadi kalut dan kekacauan terjadi dalam sekelip mata.

Gerai-gerai mereka dimusnahkan, makanan-makanan yang mereka sediakan dilempar. Hilang kepercayaan yang dibina diganti dengan kebencian.

'Mohon tenang semua... Saya akan beri penjelasan yang sewajarnya. Tetapi yakinlah semua ini tidak ada kena mengena dengan aktiviti pada hari ini.'

Lantang suara seseorang kedengaran. Tumpuan penduduk kampung kini beralih pada seorang perempuan muda. Kelihatannya bukan salah seorang penduduk kampung. Lelaki yang membuat kekacauan itu maju ke hadapan.

"Kau siapa? Oh ya... Kau anak perempuan Tuan Uzair?"

Lambat-lambat Aufa mengangguk. Tangan Iris yang tidak sudah menarik lengannya, ditepuk-tepuk. Menyakinkan gadis itu bahawa dia boleh mengawal situasi ini supaya menjadi lebih tenang. "Saya Nur Aufa Qasreena, anak Tuan Uzair. Saya berani beri jaminan, perkara yang terjadi pada hari ini tiada kena mengena dengan Tuan Uzair mahupun aktiviti amal yang dilakukan."

"Bukti?"

"Buat masa sekarang tiada bukti, tiada saksi yang saya boleh berikan. Tetapi selepas serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa, kita akan tahu kebenarannya."

Seperti perkiraannya, keadaan di situ menjadi sedikit tenang. Namun keadaan itu tidak lama sebelum lelaki yang membuat onar itu bersuara semula.

"Penipu! Mereka hanya mahu lengahkan masa! Bagaimana dengan ibu budak yang mati itu? Bagaimana kau nak bertanggungjawab? Sekalipun kami adalah penduduk kampung, nyawa kami masih berharga dan tidak boleh ditindas orang-orang macam kau orang semua!"

'Betul!'

'Bertanggungjawab'

"Saya akan-"

Kata-katanya terhenti saat sebuah batu yang dibaling seseorang tepat mengenai dahinya. Setelah itu berlanjutan menjadi dengan lebih teruk lagi. Dia menjadi sasaran penduduk kampung. Lemparan barang semuanya tepat mengenainya yang dikerumuni dengan penduduk kampung.

"Nyawa diganti nyawa!"

habis(^~^;)ゞ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience