BAB 5: Permainan..

Drama Completed 1642

Uzma dan Najla duduk di katil Najla. Najla masih di dalam keadaan terkejut.

"Weyh..betul ke kau nampak Dejah?"tanya Uzma dengan kening yang berkerut.

Susah untuk dia mempercayai kata-kata kawannya itu kali ini. Mana mungkin dia nampak Dejah. Semua orang tahu yang Dejah sudah tiada dan Najla sendiri nampak mayat Dejah di hadapannya.

"Apa yang dia maksudkan?"bisik Najla tiba-tiba.

"Ha?" ujar Uzma

"Seorang tiada disebabkan aku?..Apa..Apa yang dia maksudkan?!"

Najla memegang bahu Uzma..Uzma berasa sangat kekok..dengan keadaan Najla..Uzma melepaskan cengkaman Najla di bahunya..Dia memegang bahu Najla..

"Najla..Aku rasa..Kau.."

Tiba-tiba..

"Korang!!"

Kedengaran suara Aqish memanggil mereka..Uzma menjengah ke pintu..begitu juga Najla..

"Dah kenapa ni Aqish..?"tanya Uzma.

"Be..Bella.."

"Kenapa Ngan Bella?"

"Dia..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Uzma dan Najla berlari ke koridor bawah..kelihatan ramai orang di situ..termasuk Ara.. mereka menyelit di antara orang..Uzma hanya menarik tangan Najla yang masih termenung memikirkan perkara tadi..

"Bella!"

Uzma menjerit.. Kelihatan Bella sedang berdiri di atas kerusi dengan leher yang berlilit dengan tali yang tergantung..

"Tolong..!"jerit Bella.

"Bawa mengucap Bella..Jangan buat macam ni..."kata kawan baik Bella, Athirah yang risau..

Semua orang melihat dalam kekeluan..Walaupun tali itu belum menjerut lehernya..Tetapi dia sesak nafas yang membuatkan semua orang panik..Namun..Najla masih termenung memikirkan hal tadi.. Seketika dia memandang dan juga berasa pelik..tapi kemudian dia tunduk apabila hal tadi menjengah fikirannya.. Tiba-tiba..

"Eh..Seorang akan mati disebabkan aku? SEORANG?"biliknya seorang.Dia tersentak.

Dia memandang tajam ke arah Bella.Matanya berkerut..

"Khadijah!!"

Semua orang memandang dalam keadaan pelik..Dia memanggil nama orang yang sudah tiada ialah perbuatan yang menakutkan bagi mereka..Uzma di sebelahnya terkejut..

"Woi..Apa kau cakap ni?"

"Khadijah!! Lepaskan Bella!! Dia takde kene mengena dengan kita lah!!"

Tiba-tiba..Angin bertiup kencang..Bella mula bergelut yang menyebabkan dia tertendang kerusi itu..Tali itu terjerut..Semua orang tersentak..Terutama sekali Athirah..

"Bella!!"jerit Athirah.

Najla berlari ke arah Bella..

"Cepat! Tolong aku turunkan dia!"

Dia membetulkan kerusi tadi..Beberapa orang menolongnya juga..

Dia mengeluarkan gunting yang dipinjam tadi..Gunting yang tajam itu dihiris pada tali itu selaju yang boleh..Tak berapa lama kemudian..tali itu putus...Bella jatuh..Dia kembali bernafas sambil memegang lehernya..Semua orang lega dan mengerumuni Bella..Ara berdiri tegak memandang Najla..

"Dejah? Apa..Apa maksud kau?.."tanya Ara keliru dengan kata-kata Najla. Nama orang yang sudah tiada itu disebut kembali oleh Najla pada malam yang berangin itu..

Najla memandang..

"Ara..Dejah muncul balik.."kata Najla dengan muka risau.

Ara tersentak..Perasaan marah mula timbul..

"Kau yg buat dia mati... Sekarang..Kau nak hidupkan dia balik!!"kata Ara sambil menolak Najla.

"Entah.. Apalah!!"semua orang di situ mengecamnya.

Dia tetap tak berputus asa..

"Betul lah..Tadi.."kata– katanya tergantung apabila ditarik oleh Uzma.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Uzma menarik Najla sehingga ke kamar mereka..

"Kau kenapa ha?"tanya Najla.

"Sorylah wei, tapi aku rasa itu semua imaginasi kau je tu."

"Imaginasi apanya? Aku nampak dia dengan mata kepala aku sendiri.."kata Najla masih mempertahankan dirinya.

Uzma hanya mampu menggosok mukanya..Stress..dengan apa yang terjadi..

"Dah lah tu wei..Jomlah tidur..Esok bangun lambat nanti tak dapat 'outing' pulak."kata Uzma sambil menolak lembut Najla ke katilnya.

Najla naik ke katilnya..

"Tapi..Aku tak tipu..Kau tahu tu kan, Uzma?"tanya Najla.

Namun tiada jawapan..Dia memandang ke bawah..

"Hmm..Dah tidur kot?.."'bisik Najla..

'Di sebabkan satu kesilapan..Semua orang dah tak percaya lagi dah kat aku..'bisik hati kecilnya itu.

Matanya mula tertutup.. Perlahan-lahan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kenapa, kau baik sangat kat aku, ha?"tanya Najla.

Dejah hanya menunduk..Sepi..Najla berdiri di belakangnya menunggu jawapan.. Tiba-tiba.. Kepalanya berpusing ke arah Najla..Najla tersentak..

"Sebab aku kan...kawan kau?"katanya dengan suara yang mengerikan.

Dia mula merangkak ke arah Najla..Kepalanya berpusing membetulkan posisi..Najla terduduk..Semakin Dejah menghampiri..semakin dia menjauhi.. Semakin belakang..semakin belakang.. Tiba-tiba..Dia terlanggar sesuatu di belakangnya..Dinding..Dia sudah tidak boleh lari lagi..Dejah sudah semakin dekat..Dia menutup mata..

"Takde siapa percayakan kau..."

Suara itu beralun di dalam mindanya.. Tiba-tiba..Senyap..Dia mula membuka mata..Tiada apa-apa di hadapannya..Setitis air jatuh ke seluarnya..Najla tersentak..Dia memandang ke atas..

"Aahh!!"jeritnya ketakutan.

Kelihatan mayat Dejah sedang terapung di atasnya.. Matanya berwarna hitam.. Tiba-tiba..ia tersenyum..Ia jatuh ke atas Najla..Mukanya mula dirapatkan dengan Najla..

"Kau campur urusan aku..Seorang lagi mati.."

Mulutnya dibuka seluas yang mungkin..Kelihatan gigi tajam cantik tersusun..Bagai hendak membaham Najla..

"Ma..Maafkan aku, Dejah!!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tangan Uzma dipegang erat oleh Najla..Uzma tersentak..

"Kau dah kenapa?"tanya Uzma.

Najla mula membuka mata..cuba memproses apa yang sedang berlaku..Dia tercengang..

"Tadi tu..mimpi je ke?"'bisik Najla.

"Apa-apa jelah kau ni..Cepat mandi.."kata Uzma yang kemudian pergi meninggalkan dia.

Najla memandang sekeliling kamarnya..Semua orang nampaknya sudah bangun..Dia menarik nafas lega..Dia turun dari katilnya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Najla dan member..sedang berjalan ke kelas selepas sarapan tadi..Terang cahaya matahari menyilaukan pandangan Najla..Sesampai mereka di kelas..kelihatan semua orang sedang berkerumun di satu meja..

"Dah kenapa ni?"tanya Aqish.

"Entahlah..tengok je la.."kata Mai.

Mereka pun turut mengerumuni..Kelihatan AJ sedang menangis..Najla cuba menyelit di antara orang..Sehinggalah dia sampai ke hadapan AJ..AJ yang menangis tadi tersentak apabila terpandang Najla.. Tiba-tiba..Dia bangun dan merentap baju Najla..Semua yang di situ terkejut..

"Ni semua salah kau!!"katanya.

Najla buntu..Apa yang dia buat kali ni?

"Apa yang kau kata ni? Aku tak faham.."tanya Najla.

"Kau yang bunuh dia kan?!"

"Bunuh siapa?"

"Nauralah!!"

"Naura? Aku tak bunuh oranglah! Mengarut je.."kata Najla sambil melepaskan diri dari cengkaman AJ.

"Tak! Aku nampak kau semalam berlari dari tempat tu.."

Najla hanya mampu tercengang..Fikirannya buntu..Banyak persoalan yang timbul..Tempat apa? Naura dah mati? Kenapa dia nampak aku?

"Kau yang bunuh dia!!"

"Tak! Aku tak bunuh dia lah!! Tanya Uzma..Semalam aku hanya ada dengan dia je tau..Aku takkan bunuh sesiapa!!"

"Kau pasti ke?"tanya Ara.Semua mata tertumpu kepada dia.

Najla tersentak..Memori hitamnya kini bermain kembali..

"Itu cuma kemalangan la!! Kau jangan nak salahkan aku!!"

"Hisy!!!"jerit Ara.

Ara hampir menumbuk Najla..namun perlakuannya berhenti apabila loceng berbunyi menandakan perhimpunan..Sekali lagi dia diselamatkan oleh loceng..Semua orang beredar..Member pun sudah tidak menunggunya..hanya Uzma yang masih setia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di perhimpunan..Jasad Najla duduk memandang hadapan..namun fikirannya melayang ke sini ke sana mencari jawapan..Dia tahu yang semua ini angkara Dejah..namun siapa yang nak percaya.. orang yang sudah mati hidup balik semata-mata nak balas dendam..'Well, itulah yang berlaku..

"Apa sebenarnya permainan kau ni, Dejah..?"bisiknya..

Angin bertiup lembut bagai memberikan jawapan..Najla memandang ke langit yang indah..sambil hidupnya tidak lagi indah..

BERSAMBUNG..

LAGU: PULANG (INSOMNIACK)
DIMAINKAN...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience