BAB 11:TAMAT..

Drama Completed 1642

'Ya Allah..Kau selamatkanlah aku..Ya Allah..'jerit hatinya..

Ketakutan menyelubungi dirinya.. Ketika ini dia hanya mampu bertawakal sahaja kepada Allah..Jantungnya berdebar laju..Peluh mencurah keluar dari dahinya..

Kelibat itu membawanya ke luar kelas..Kelas itu berada di tingkat 3 bangunan B..Kelibat itu mengangkat Najla dan meletakkannya di atas dinding yang menjadi pagar di antara kaki lima dan jurang yang sangat tinggi..Sesiapa yang jatuh dari tingkat itu..Kemungkinan besar akan mati..Ya, MATI..Mungkin itu yang akan dihadapi Najla sekarang..seperti mana ianya telah dialami Dejah..

Najla pandang ke bawah..Jantungnya berdentum bagai hendak tercabut.. nafasnya mula laju..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tolong hantar ambulans dan polis ke sini..Ada cubaan bunuh diri.."kata Ara.

Dia menamatkan panggilan telefon tadi.Dia mengeluarkan pendrive dari poketnya..dan mencucuknya kepada pemancar di situ..

"Ok..Semua dah ready...dan.."

Ara menekan butang mula di layar yang diturunkan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Huh.."

Najla ketawa kecil..

"Mesti kau tengah keluarkan ayat yang kau kata dulu..paling cliche dalam filem aksi...Mesti kau kata..Ada kata–kata terakhir..Huh.."kata Najla sambil mendengus..

Najla menunduk..matanya sayu mengenangkan kenangannya yang telah dilupa..

"Aku...rindu saat kita bersama..Aku rindu...Kau..Dejah.."

Tiba-tiba..Kedengaran bunyi muzik dimainkan di dalam kelas..

'Lagu ni..'bisik hatinya.

"Video..kitaorang buat khas untuk kau..Aku tahu ..aku tak dapat tengok kau..Aku tak dapat pegang kau..Tapi kau masih boleh tengok kan?"katanya...Muzik Pulang yang menjadi latar belakang video penambah suasana..

Semua gambar-gambar kenangan mereka semua bersama ada di dalam video tu..Semuanya..Kenangan yang paling takkan mereka lupakan.. Kenangan mereka bersama..di dalam satu video..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Weyh Dejah cakaplah sesuatu.."kata Ara.

"Cakap apa?"

"Cakap je lah apa–apa.."kata Ara lagi sambil ketawa..

Dejah pandang ke kamera..

"Hai! Nama saya Khadijah Solehah..Saya dari kelas 4 IR.."katanya sambil melambai-lambai.

Belum sempat dia habiskan kata–katanya.. Tiba-tiba..

"Itu..Semua orang tahu.."

"Isy..Kau yang suruh aku cakap tadikan.."

"Hah..yelah..sambung.."

"Saya nak mengucapkan selamat hari koku.."

Ara yang sedang merakam menujukan tangannya ke mulut Dejah..Dejah membuat muka pelik..

"Apa yang anda rasa tentang hari ni?"

Sengaja bergurau..

"Saya rasa gembira sangat..Yalah..mana tahu..Tahun depan semuanya berubah..dan..manalah tahu..tahun depan saya dah takde..tak dapat merasa lagi hari koku segembira ni kan?"

"Ish kau ni..Ada pulak cakap macam tu?"kata Ara.

Dejah hanya ketawa..Dituruti dengan yang lain yang berada di situ..Namun siapa sangka perkara yang mereka ketawakan menjadi kenyataan..

Video tamat..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku rindu..Kau..Aku rindu suara kau..Aku rindu nak gelak dengan kau..Aku tahu aku tak boleh nampak kau..atau pegang kau..Tapi.."

Najla turun dari dinding itu dan memeluk SESUATU..Walau tiada apa-apa di mata kasarnya..namun pelukannya terasa benar-benar memeluk seseorang..

"Tapi aku tahu yang kau ada kat situ..Aku minta maaf...Aku tinggalkan kau..Akulah penyebab kau jadi macam ni..Aku...Aku minta maaf.."

Air mata mula mengalir..Perasaan rindu yang dipendam selama ini diluahkan.. Hati Najla mula rasa ringan..hilang bebannya..

"Tapi serindu mana pun aku pada kau...Aku tahu..Aku terpaksa lepaskan kau..Sebab kau dah tak de..dan sebagai kawan aku kena menerima hakikat...Terima kasih...sebab jadi kawan aku.."

Pelukannya yang tadi ketat tiba–tiba longgar..Hujan mula menitis..Najla memandang ke atas.. Satu helai kertas melayang-layang di udara..Najla merentap kertas itu..Kertas itu ditatapnya lama..Senyuman mula terukir sejak sekian lama..

BERSAMBUNG..

LAGU: PULANG (INSOMNIACK)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience