BAB 9: Motif Sebenar?

Drama Completed 1642

Siang berlalu..Malam pun menjelma namun fikiran Najla masih di persoalan yang sama..Buntu..untuk mencari jawapan kepada teka–teki yang tidak terungkai..

Najla di dalam saf sementara menunggu masuknya waktu isya'..Uzma sedang berbual dengan rakannya yang lain..Keadaan di dalam surau sedikit bising..membuatkan hati Najla tidak tenteram..Tertekan..Mahu saja dia menjerit di dalam surau itu..tapi dia cuba bertahan..namun makin lama keadaan makin tidak terkawal.. Tiba-tiba..

"Saf!"

Perkataan itu dijeritkan oleh Kak Khadijah Sahirah yang merupakan imam pada malam itu..

Najla tersentak begitu juga jemaah yang lain.. Mereka terkocoh–kocoh masuk ke dalam saf untuk menunaikan solat isya'..

"Allahuakbar."

Solat pun bermula..

Angin di luar surau mula kuat..Pokok–pokok mula melambai-lambai tanpa henti.. seperti dentuman hati Kak Khadijah Sahirah yang sedang risau..namun dia meneruskan solatnya..sehinggalah rakaat terakhir..Mereka semua berdiri..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kedengaran suara tangisan di tempat tragedi hidup Kak Khadijah berlaku..Di jalan di mana Dejah meninggal..Kak Khadijah cuba mencari dari mana datangnya suara tangisan itu.. Tiba-tiba dia ternampak kelibat adiknya sedang mencangkung di tepi jalan..Dia mendekati..

"Kenapa Akak takde?...Kenapa Akak tak pertahankan Dejah?"

Kak Khadijah tersentak..

"Bukan macam tu...Akak.."

"Akak tak sayang Dejah ke?"

Bagai nak gugur jantungnya mendengar pertanyaan itu keluar dari mulut adik kesayangannya itu..Air matanya mula jatuh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Khadijah membuka matanya namun kali ini keadaannya lain.. Setitis air mata mula mengalir di pipinya..Dia mula jatuh..Kak Alia yang berada di tepinya ketika itu menahannya daripada jatuh.. Kak Alia merebahkan badan Kak Khadijah perlahan-lahan..Dia meletakkan kepala Kak Khadijah ke atas ribanya perlahan-lahan..Kak Alia mengalihkan pandangan Kak Khadijah ke arahnya..Dia terkejut..Mata Kak Khadijah terbuka...namun..matanya hitam..legam..Kak Khadijah mula menjerit..

Semua jemaah tersentak..termasuk Najla.. Mereka pandang ke hadapan.. Najla pasti ada sesuatu yang berlaku.. sesuatu yang buruk..

Kak Khadijah menutup telinganya..dan menjerit..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kak Khadijah tertunduk..

"Kalau akak sayangkan Dejah..Akak tolong Dejah boleh?"

Kak Khadijah mengangkat mukanya..

"Tolong apa?"

"Tolong buat sesuatu kepada orang yang bunuh saya.."

"Siapa?"

"Najla..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kak Khadijah tiba-tiba bangun..dan menjerit sekuat hati..Tingkap di surau itu pecah dan mencederakan sesiapa sahaja yang mengenainya..Ramai yang tercedera..

"Najla!! Kau naik atas sekarang!! "

Jerit Kak Khadijah sambil menunjuk ke arah Najla..Najla tersentak.. Tiba-tiba semuanya berhenti..Kak Khadijah jatuh pengsan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Terima kasih Kak..Dejah sayang akak!!"kata Dejah sambil berlari dan memeluk Kak Khadijah.

Kak Khadijah tersentak..Dia memeluknya semula..Terubat rindu di hati..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setitis lagi air mata mengalir di bawah kelopak mata Kak Khadijah yang tertutup..Kak Alia yang tadinya rebah..bangun dan terus pergi ke Kak Khadijah..

"Khadijah? Khadijah..bangun.."kata Kak Alia..

Kak Alia cuba untuk menyedarkannya..

Member–member itu memandang Najla yang ketika itu terkelu..

"Apa kau nak buat sekarang?"tanya Zati.

"Kau? Eh.. kau tak ingat ke yang kita buat semua tu sama–sama..Bukan Najla seorang je..jadi kita kene naik atas pun sama-sama lah.."kata Uzma yang risau ke atas rakan karibnya itu.

"Kau gila ke?! Kau nak kita semua naik?"tanya Mai.

"Yalah..Takkan kita nak biar je Najla tanggung semua ni...sorang–sorang.. Korang ni manusia ke makhluk apa? Takde perasaan?"kata Aqish memerli.

Mereka semua tertunduk..mendengar perlian Aqish.. Perasaan bersalah mula bercambah..

"Jadi..apa kita perlu buat sekarang?"tanya Zati.

Najla mengangkat mukanya..

"Aku ada plan.."kata Najla.

Dia sudah mula faham apa motif Khadijah selama ini..dan kenapa Khadijah boleh wujud semula..Yang pasti bukan untuk membalas dendam..atau membunuhnya..tapi..

BERSAMBUNG..

LAGU: PULANG (INSOMNIACK)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience