BAB 8: Apa yang DIA nak?

Drama Completed 1642

Pagi itu Najla menjalani kehidupannya seperti biasa..Tiada ugutan..Tiada pembunuhan...Tenang..Sudah lama dia tidak merasa begitu..Sejak Khadijah pergi.. Hidupnya sudah tidak tentu..Dia berjalan di kaki lima bangunan asrama.. Tiba-tiba dia terdengar suara tangisan.. Kelihatan Ara sedang duduk menghadap belakang..sambil menangis.Najla duduk di belakang Ara..

"Dunia ni memang tak adil kan? Dalam setiap kehidupan mesti ada masalah..cuma cepat atau lambat je masalah tu datang dan pergi.."kata Najla.

Dia memandang belakang Ara..Tangisan Ara mula berhenti..mungkin kerana sedar akan kehadiran Najla..Najla menyapa belakang Ara lembut..

Tiba-tiba..Ara menoleh..Najla terkejut..Mata Ara berwarna hitam..dan berdarah..Najla terjatuh dari tempat duduknya merangkak ke belakang..Perasaan takut dan gerun mula bercambah..

Ara mula terapung..Dia memandang tepat ke arah mata Najla..

"Inilah akibatnya jika masuk campur!!!"kata Ara dengan bersuara garau.

Ara melayang dengan pantas ke satu penjuru..Semua yang di situ terkejut melihat keadaan Ara..Najla cuba mengejar sepantas yang boleh..Apabila dia sampai..Sebilah pisau diapungkan di leher Ara yang ketika itu sedang meronta-ronta..Mata Ara kembali normal..

"Tolong!! Tolong aku!!"jerit Ara meminta tolong.

Najla tercengang sebentar..mengenangkan Khadijah yang sanggup hendak membunuh rakan karibnya sendiri semata-mata untuk membalas dendam?..Dia dah melampau!!!

"Khadijah!!! Lepaskan Ara!!"

Tiada apa yang berlaku..Ara masih meronta-ronta..Semakin ramai yang berkumpul di situ..Pisau makin didekatkan ke leher Ara..Najla panik..Dia tahu..Dialah punca kepada semua ini..sebab itu dia..perlu menghalang Khadijah.

Najla tertunduk..

'Khadijah mati disebabkan aku..Begitu juga Naura..Aku takkan bagi Ara terbunuh juga!!!'jerit hatinya yang sudah tidak tahan lagi..

Najla mengambil batu dan mula mencampaknya..tetapi tidak berkesan..Sekarang, dia tahu yang dia perlu menjadi lebih SERIUS..Dia melihat sekeliling dan ternampak kaca pecah..Dia mengambilnya dan mula membaca ayat kursi..Dia meletak kaca itu di atas kulit pergelangan tangannya..

"Kali ni...Aku takkan main–main lagi lah!!! Khadijah!! Kau nak sangat tengok aku terseksa kan?! Kau tengok ni!! Aku akan bunuh diri kalau kau tak lepaskan Ara!!!"jerit Najla.

Ara tersentak..Air matanya mengalir..Dia menggeleng ke arah Najla tanda tidak setuju..Najla nampak perbuatannya..Namun dia TERPAKSA...Dia mengangguk perlahan kepada Ara..Angin mula kuat..Matanya mula berkaca..Dia sudah tidak tahan lagi..Baik dia menamatkan seksaan yang dia lalui..Dia tersenyum..Mahu saja Najla menarik kaca itu laju di pergelangan tangannya..namun ia TERSEKAT...Najla cuba berkali-kali..namun tetap tidak berhasil..Air matanya mula bercucuran..

"Argh!!!"jerit Najla sambil membaling kaca itu jauh..

"Apa yang kau nak Hah!!!"

Ara pun jatuh..Angin berhenti..Semua kelu..Suasana mula senyap..Najla tersentak..

Najla berlari ke arah Ara..Ara menangis..Takut...Najla memeluknya erat..Namun Najla masih tidak dapat apa yang dihajatkannya...Apa yang Khadijah mahukan sebenarnya? Kalau bukan untuk dia mati..Jadi APA?

BERSAMBUNG..

LAGU : PULANG (INSOMNIACK)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience