BAB 1: Persahabatan runtuh..

Drama Completed 1642

"Cikgu Najla..Gambar apa tu?.." Anak muridku bertanya.

Hari ini bermulalah tahun baru aku sebagai seorang cikgu di sekolah ini.Sekolah yang aku cinta ini.

"Eh? Gambar ni memang ada ke?"tanya aku kepada budak-budak itu.

"A'ah.." jawab beberapa daripada mereka serentak.

"Kenapa korang tak alihkan?"kataku sambil mengelap debu-debu di gambar itu.

"Gambar tu dah lama ada kat sini..Lagipun Cikgu Ara kata gambar tu mengajar kitaorang erti persahabatan..tapi kitaorang tak pernah faham..Apa maksud gambar tu sebenarnya?.."tanya muridku.

'Typical Ara..'kata hatiku..Aku ketawa sedikit..Kemudian memandang ke hadapan..

Mereka semua memandangku sambil mengharapkan jawapan. Aku hanya kaku. Semua memori yang tersimpan tentang gambar itu diwayangkan satu-persatu di layar minda Najla. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Mungkin cerita ini akan menjadi pengajaran untuk semua.

"Gambar ni sebenarnya..."

Dahulu, aku sebenarnya tidak berapa faham apa itu erti persahabatan yang sebenar..bagi aku kawan ni macam pemudahcara je...sehinggalah pada satu hari terjadi satu peristiwa yang aku tak sangka..Satu peristiwa yang telah mengubah hidup kami semua..mengenai seorang kawan...Sahabat yang sanggup buat apa sahaja demi persahabatan kami...KHADIJAH SOLEHAH...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semuanya bermula ketika aku berusia 17 tahun di SMKA SHARIFAH RODZIAH..

"Aah!!"jeritan yang kuat memenuhi kelas 5 Ibnu Rushd..

Semua orang tersentak mendengar jeritan itu..Kecuali Najla dan kawan-kawannya..Mereka ketawa dengan kuat..Ketika itu semua orang tahu mereka tak patut masuk campur..

Khadijah hanya mampu memandang mereka..Perasaan marah membuak–buak..Ara yang melihat keadaan itu mencelah..

"Weyh duduklah..Sabar je..Meh sini biar aku buangkan sampah dalam beg kau tu.."pujuk Ara.Ara sebenarnya tak sanggup lagi melihat kawannya diperlakukan sebegitu.. tetapi apakan daya jikalau masuk campur..Dia pula yang akan menjadi mangsa..

Selepas membuang sampah Ara kembali ke tempat duduknya..Dia melihat Khadijah sedang menulis sesuatu..

"Kau ok tak?"tanya Ara.

"Ok.."kata Khadijah sambil memberikan sekuntum senyuman.

Ara lega tetapi tetap risau..

"Kalau kau ada something untuk diluahkan..Aku ada je kat sini..Ok?"

"Eh..Kau ni aku ok jelah.."kata Khadijah sambil ketawa kecil.

'Khadijah..bila kau kata kau ok.. Aku tak pernah percaya..sebab bagi aku senyuman manis yang terukir di bibir kau tu penuh sakit dan perit.."'bisik hati Ara sambil menatap muka sahabatnya itu.

Najla sebenarnya ialah seorang pembuli..Dia mula membuli sejak terjebak dengan sebuah geng yang dipanggil 'MEMBER' di sekolahnya..Mulanya niat bergurau.. tetapi lama-kelamaan niatnya mula berubah..Keseronokan melihat wajah rakannya ketakutan terdetik di hati..Dia yang dulunya rakan baik Khadijah mula berubah menjadi mimpi ngerinya..Antara mangsa yang paling disukai ialah Khadijah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keesokan paginya..Burung berkicauan meriangkan lagi langit yang indah...Matahari bersinar terang.. Perhimpunan pagi baru sahaja habis dijalankan..

Di dalam kelas 5 Ibnu Rushd..Kelihatan Najla dan 'membernya' sedang berbual rancak..Semuanya kelihatan tenang tetapi malang tidak berbau.

"Weyh..Apa kata hari ni kita tukar selera?.."kata Najla.

" Maksud kau?"kata Uzma.

"Ooh.. kau nak belanja kitaorang makan kantin ke?"kata Aqish sambil tersengih.

"Banyaklah kau punya belanja..Takde maknanya.."

"Eleh kedekut.."kata Zati.

"Isy..Kau ni.."kata Najla.

"Ehh..lah bila nak ceritanya ni.."kata Mai menghalang mereka daripada bergaduh.Nanti susah pulak nak damaikan..

"Ha..macam ni..Apa kata hari ni kita kacau Ara pulak?.." kata Najla sambil tersenyum sinis.

"Ha!..Ooh..Boleh jerr.."kata mereka berempat serentak sambil tersenyum sinis.

Kemudian bermulalah plan mereka untuk mengenakan Ara.Mereka mengambil beg Ara kemudian menggoncangkannya dalam keadaan terbalik membuatkan barang–barang di dalamnya bertaburan di atas lantai.Meja Ara dipenuhi dengan sampah.Selepas menyiapkan persiapan Aqish berlari ke tepi pintu.Entah apa lagi yang dia nak buat..

"Dia datang!"jerit Aqish.

Kesemua Member berlari ke tempat masing-masing meninggalkan Aqish yang masih berdiri di tepi pintu menantikan mangsanya..

Dari kejauhan kelihatan Ara dan Khadijah berjalan untuk masuk ke dalam kelas.. kedua-dua muka sangat gembira seperti tiada apa yang akan berlaku sebentar lagi..Baru setapak dia menjejakkan kakinya ke dalam kelas tudungnya sudah basah disimbah.

"Aah!"jerit Ara.

Khadijah tersentak. Dia menenung Ara yang basah dengan muka terkejut.Selalunya aku yang kena, ialah ungkapan yang bermain di fikirannya sekarang dicampur adukkan dengan rasa risau terhadap sahabatnya itu.

Ara hanya mampu merenung kumpulan Member itu dengan muka yang ketat.Walaupun dia tidak sempat untuk mengecam wajah penyimbah tadi..tapi dia tahu yang ini adalah angkara mereka..Memandangkan Aqish yang baru sahaja habis berlari tadi masih tercungap-cungap.

"Kau dah kenapa tengok kitaorang macam nak makan?Ada masalah?"kata Zati memerli.

'Sabar Ara..Sabar..Diaorang kan KAWAN..'bisik hati Ara.

Tetapi nampaknya perkataan KAWAN itu seperti tiada gunanya lagi...

Ara hanya mengendahkan sahaja persoalan Zati itu dan balik ke tempatnya secepat mungkin..tetapi sesampai sahaja di tempatnya..perasaan marah mula membuak–buak..Ara hanya mampu merenung mereka yang sedang tersenyum jahat.Ara pun mula mengutip barangnya..dan kemudian mengumpulkan sampah untuk dibuang.. Ketika dalam perjalanan ke tong sampah.. Tiba-tiba Ara tersadung kemudian jatuh..Ara tersentak..Dia memandang ke belakang dan melihat kaki Uzma melintang di tengah jalannya untuk ke tong sampah.

"Oops..Sorry.."kata Uzma.

"Korang ni..Kenapa Ha!"

"Kenapa apa pulak?"kata Mai. Pura-pura tidak tahu apa-apa.

"Korang ingat..Aku ni bodoh sangat ke sampai tak tahu yang korang yang buat semua ni!!"kata Ara sambil berkerut.

"Woi takyah menuduh boleh tak! Alamak ai budak ni!" kata Aqish.

"Menuduh apanya! Aku nampaklah dengan mata sendiri!" pekik Ara. Kemarahannya semakin membuak.

Tiba-tiba Najla berdiri di hadapan Ara yang lebih rendah daripadanya. Mata Ara direnung tajam.

"Kalau kau nak selamat baik kau jangan cari pasal..Lagipun kau tak ada bukti pun nak tuduh kitaorang.. Witness pun takde..Nak aku tanya orang dalam kelas ni..Eh boleh..Korang! Korang ada nampak tak kitaorang buli budak ni! Takde kan?!" tanya Najla selamba.

Kelas itu senyap bagai tiada seorang manusia pun di dalamnya..Ara sudah mengagak jawapannya begitu.

"So..Silalah duduk.."kata Najla lagi.

"Baik kau mengakulah! Kalau tak.."Ugut Ara..Namun 'Ugutan' itu tidak mempunyai nilai.

"Kalau tak..Apa?"kata Najla sambil memandang dengan muka berlagak.

Air mata mula mengalir di pipi Ara.Apabila dia menentang Najla sahaja dia pasti tidak berdaya melawan..Mungkin masih mengenangkan Najla yang dulunya kawan baiknya sekarang sanggup membuatnya sebegini.

Ara terpegun di situ, tidak mampu bergerak..fikirannya bercelaru. Member yang lain mengambil kesempatan ini untuk membaling sampah–sampah tadi ke Ara.

Kemarahan dan kebencian Ara sudah memuncak.Tiba–tiba dia bergerak..Dia menolak Najla dengan kuat..

"Pengkhianat!!!"jerit Ara.

Tolakkannya tadi menyebabkan Najla jatuh tersandar dan...menyebabkan suis fight mode pada Member yang lain terpasang..Mereka semua berdiri..

"Kau kenapa ha! Kurang ajarkan!"jerit Zati sambil memaut baju Ara dan menolaknya ke belakang.

Khadijah yang daripada tadi memerhati..sudah tidak sanggup lagi..Dia berdiri..

"Eh! Dahlah tu korang!"jerit Khadijah.

Semua orang tertumpu kepadanya.. kerana.. sudah lama dia tidak menyuarakan kebenaran di dalam kelas itu..

"Tak payahlah kacau dia lagi! Kitakan satu kelas tak baiklah bergaduh macam ni!.."Kalau korang nak buli seseorang..Buli je aku! Asalkan..Korang tak bergaduh, boleh tak!" jerit Khadijah sepenuh hati.

Air mata mula mengalir..

"Cukuplah...Aku dah tak tahan lagi dah..mengenangkan kelas kita macam ni..Kelas yang dulunya rapat seperti adik–beradik, sekarang bergaduh bagai aku tak kenal sesiapa lagi dah dalam kelas ni!"

Member–member itu tersentak..Terutamanya Najla..Seluruh kelas terdiam..mengenangkan kenangan indah mereka bersama..

Tiba-tiba Cikgu pun melangkah masuk..

"Assalamualaikum..semua.."

Mereka semua tersentak.

"Waalaikumsalam..cikgu."kata seluruh kelas.

Member–member itu duduk kembali ke tempat duduk mereka sambil merenung ke arah Najla..

Najla mula bangun dan berdiri..Di saat itu dia tahu yang Khadijah dalam bahaya..Dan memandang Khadijah..

'Maafkan aku Khadijah..'bisik hatinya.

BERSAMBUNG..

Lagu : Pulang..
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience