BAB 10: PLAN

Drama Completed 1642

Malam terus melarut...Kak Khadijah masih tidak sedar dari tidurnya..Najla dan Member terus menaiki bukit ke kawasan sekolah..Kawasan sekolah lengang..Maklumlah..Malam Ahad, pelajar asrama tidak pergi prep malam..membuatkan Najla dan yang lain merasa lebih gentar..Akhirnya mereka pun sampai..

Mereka saling memandang antara satu sama lain..Adakah mereka sudah bersedia?

"Ok..inilah masanya.. Apapun yang terjadi istighfarlah banyak–banyak.."kata Aqish cuba menakutkan.

"Ish..Kau ni.."kata Mai sambil menumbuk lembut bahu Aqish.

"Semua ingat tugas masing-masing?"kata Najla.

Mereka semua mengangguk..

"Dengan Bismillah...Mari kita mulakan.. Berpecah!"

Mereka semua berpecah ke arah yang berlainan..Jalan itu menjadi lengang semula..yang tinggal hanyalah gelap malam ditemani lampu jalan yang
terang.. Tiba-tiba satu kelibat berwarna hitam melintas dengan laju sekali.. Siapakah mangsanya?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mai berlari dengan laju ke arah blok J sambil memikirkan tempat sorok mana yang paling power..

"Mana tempat yang kalau aku sorok tak jumpa–jumpa ha kat blok ni?Aras 1 ke aras 2?Aras 2 lah..aku sorok dalam kelas aku..Ha mesti tak jumpa.."

Mai pun berlari dengan pantas naik ke aras dua..Dia terhenti di muka pintu kelasnya yang sepi dan gelap..Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mukanya..Bulu roma mula menegak..

"Aduh..Macam lagi se..seram je?Tapi...tak.. takpelah.. dah takde pilihan lain ni.."

Mai pun melangkah masuk ke dalam kelas..

"A..A.. Assalamualaikum..."katanya setelah masuk..

Tiada jawapan..Mai menghembus nafas lega..Dia terus menyorok di bawah meja guru.. Tiba-tiba dia mendengar kerusi bergerak.. Mulutnya terus mengumat–ngamit dengan laju beristighfar..Jantungnya berdegup bagai kuda sedang berlari..Kemudian dia mendengar pula bunyi tapak kaki semakin mendekat..Dia menutup matanya.. Mulutnya makin laju..Kemudian keadaan mula sepi kembali.. Tiba-tiba..

"Waalaikumsalam....."

Mai tersentak..

"Waaargh!!!!"

Dia menjerit sambil mengundurkan diri sehingga membelakangi meja.. Tiba-tiba mulutnya ditutup..Kemudian matanya..Dia ditarik ke dalam kegelapan..Suasana menjadi sunyi semula..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zati terus menyorok di perpustakaan..Dia bernasib baik kerana perpustakaan tidak berkunci..Dia menyorok di antara rak dan meja..Dia menunggu..Hanya bunyi detik jam yang kedengaran..membuatkan telinganya tidak keruan bertambah dengan rasa takut.. Tiba-tiba..kerusi mula bergerak..namun kerusi itu hanya bergerak kehadapan dan kebelakang..Kemudian tiba–tiba.. buku-buku mula jatuh dari rak –rak buku yang ada satu persatu..Suasana makin tak terkawal..Zati menutup telinganya..Dia tidak lagi mampu menahan..

"Diamlah!!!"jeritannya memenuhi perpustakaan itu.

Suasana kembali senyap..Namun yang peliknya..Tiada apa yang berubah di dalam perpustakaan itu.. Tiba-tiba..rak buku di sebelahnya jatuh menghempap..

"Argh!!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aqish bersembunyi di dalam tandas..Peluh yang menitis di dahi di lapnya dengan lengan bajunya..Sudah berjam-jam dia bersembunyi di dalam itu.. tiba-tiba..lampu tandas itu berkelipan..Dia mendongak..

"Ya Allah..Apalah..dugaan aku ni?"

Tiba-tiba..lampu terpadam..Aqish tersentak..Dia menutup matanya.. Tiba-tiba kedengaran pintu tandas ditolak dengan kuat sehingga terhempas..Bunyi hempasan itu membuatkan Aqish menelan air liur..Semakin lama semakin dekat bunyi hempasan..Apabila dikira sudahlah sampai ke pintu tandasnya... Jantungnya berdegup kencang.. Tiba-tiba pintunya dibuka..

"Aaah!!! Dejah jangan buat apa-apa Dejah!!! Aku mintak ampun banyak–banyak!!!"

Jeritannya sungguh kuat namun tiada apa yang berlaku..Aqish membuka matanya perlahan-lahan..Dia berjalan keluar perlahan-lahan...Melihat sekeliling kalau ada sesuatu..Kemudian........ Tiba-tiba... Dia terus lari bagaikan lipas kudung ke kawasan asrama di bawah...

"Mak!! Tolong!!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Uzma berjalan perlahan-lahan di aras 1 blok A..Berjalan dengan berhati-hati.. Tiba-tiba lampu yang berada di penghujung jalan berkelipan..Kelibat Dejah kelihatan..Uzma tersentak..Kelibat itu semakin mendekat kepadanya..

"Aku tak takut dengan kau lah!!"jerit Uzma.

Kelibat semakin..semakin..semakin menuju ke depan... Tiba-tiba..ia lesap.. Uzma menoleh ke belakang dengan beraninya..Sangkaannya betul kelibat itu berada di belakangnya..Dia menenung mata kelibat itu..Kosong..Itu yang kelihatan di matanya..

"Kenapa main sorok-sorok kalau boleh serang terus? Takut?..Nampak sangat yang aku bukan lawan kau..Lawan kau ada kat blok sebelah..Nama dia Najla.."kata Uzma cuba meyakinkan..

Kelibat itu pun pergi..Uzma hanya memandang..Nafas lega dihembusnya buat kesekian kalinya.. Tiba-tiba..Ada sesuatu menyentuh lehernya..Bulu romanya menegak..Dia dicekik.. Kakinya mula terangkat dari tanah.. Nafasnya mula tersekat-sekat..Peritnya tidak terkata..

'Uzma..bertenang...Kau lebih mulia daripada makhluk ni..Kau boleh buat!!'jerit hatinya di saat dia hampir menghembuskan nafas terakhir..

Tiba-tiba mulut Uzma mula mengungkapkan Ayatul Kursi dengan segala tenaga yang ada..Dia cuba menguatkan diri untuk teruskan sehingga ayat itu habis dibaca..Sehinggalah dia.... dilepaskan..Kepalanya terhantuk di dinding.. Dia pengsan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Najla menunggu di dalam kelas 2 Fatimah di aras 3..Nadinya daripada tadi berdenyut-denyut tidak berhenti..Sambil memikirkan apa yang terjadi kepada rakan-rakannya dia menunggu di sebalik meja pelajar..Peluh menitis dari
dahinya.. Tiba-tiba..Kedengaran pintu dihempas dengan kuatnya..diikuti dengan bunyi tapak kaki yang bergerak perlahan-lahan..Setapak..demi setapak..ia semakin mendekati Najla..Sehinggalah.. tiba-tiba...Ara masuk dan mengunci pintu kelas..Kelibat itu menoleh ke arah Ara dengan pantas..

"Woi! Dejah! "jerit Ara memanggil..

Kelibat itu dengan pantas menerjah Ara..Ia merentap baju Ara dan mengangkatnya ke atas..Ara terapung-apung..Namun Ara bagai tiada perasaan memandang tepat ke dalam matanya yang hitam legam..

'Da..Dari mana Ara datang?'kata hati Najla. Setahunya Ara tidak dijemput dalam ekspedisi ni..

"Apa yang kau nakkan sebenarnya, ha?"

Mata kelibat itu mula bertukar merah..Ara terkelu..terpaku..Air mata menitis di pipinya..Najla yang berada di belakang kerusi..KETAKUTAN..

'Apa yang kau buat ni Najla? Semua ni salah kau..dan kau kena bertanggungjawab..atas kejadian ni...dan juga..atas Dejah...Kau kena jadi Berani!!! ' jerit hatinya di saat dia hampir berputus-asa..

Najla berdiri dengan megahnya..Dia terkejut melihat Ara sedang bergelut dari dicekik kelibat itu..Walau Najla terkelu..namun ini bukan lagi Najla yang takut untuk bersuara lagi..Ini ialah Najla yang sebenar..

"Woi!! Kau nak aku kan?! Ambillah!! "jerit Najla mengambil perhatian..

Kelibat itu menoleh..Mata merahnya tertumpu kepada Najla..Najla sempat menelan air liur..Kelibat itu melepaskan Ara..dan terus menerjah Najla..Dia mengangkat Najla dan membawanya keluar..namun Najla sempat memberi signal kepada Ara..Ara mengangguk perlahan..

'Aku berharap pada kau..Ara.'bisk hati Najla.

BERSAMBUNG..

LAGU: PULANG (INSOMNIACK)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience