BAB 2: Tragedi..

Drama Completed 1642

Hari berganti hari..Khadijah semakin teruk dibuli..Kadang– kadang sampai 2, 3 kali sehari tetapi dia tetap membisu tidak berkata apa-apa yang membuatkan Ara pula yang sakit hati..Sedangkan yang lain diam bagai tiada mulut untuk bersuara..

"Weyh, Dejah. Kau ni diam je..Buatlah sesuatu.."kata Ara kepada Dejah.

Tetapi Dejah hanya diam di atas katilnya..Baju sekolahnya basah disebabkan perbuatan Member..Dia termenung jauh..

Ara berasa pelik. Ada sesuatu yang telah berlaku di dalam diri Dejah. Sesuatu yang dia sendiri tidak faham.

"Dejah?" panggil Ara sambil memegang lembut lengan Dejah.

"Tak payahlah!!"pekik Dejah.

Ara tersentak. Dejah menutup telinganya dan beralih ke dinding. Dia memeluk kakinya erat.

"Diamlah.."rayu Dejah.

Matanya terbeliak. Tangisan kedengaran. Saat itu Ara sedar yang keadaan Dejah sudah semakin teruk. Dejah yang dulunya periang sudah tiada lagi. Ara tersentak. Dia hanya mampu memeluk kawan baiknya itu seeratnya. Air mata mula mengalir di pipi Ara.

"Dejah.." bisik Ara ditemani linangan air mata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pintu ditutup perlahan–lahan. Najla yang mencuri dengar tadi terkejut melihat keadaan Dejah. Perasaan bersalah mula timbul di hatinya.

"Apa yang aku dah buat ni?.." bisiknya perlahan.

Najla merenung tangannya. Tangan yang telah membuat semua kerja-kerja kotor itu. Tangan yang telah mengkhianati kawan sendiri. Kenapa dia buat semua ni? Dia sendiri buntu.

"Najla!...Najla!"

Jeritan Zati menyentapkan lamunan Najla.

Najla tersentak..Dia melihat ke bawah..Kelihatan member–membernya sedang berkumpul.

"Aahh..Kenape?"kata Najla sambil menjenguk ke bawah.

"Jomlah! Turun! " pekik Aqish sambil melambai-lambai tangan ke arah Najla.

"Yelah!"jerit Najla.

Najla berjalan menuju ke tangga..

'Kenapa aku buat semua ni, ha? Kenapa aku nak sakitkan Dejah?..Aku tak sanggup nak sakitkan dia jadi biasanya masa diorang membuli..aku hanya duduk di tepi..Memerhati..tetapi pada masa yang sama aku nak diaorang pukul dia tidak berhenti..Kenapa?..Hidup aku banyak persoalan..Aku masuk group ni pun aku tak tahu kenapa..Mungkin aku buat semua ni untuk mendapatkan semua jawapan tu..kot?..' fikiran Najla sempat mengelamun..

Itulah dia Najla yang muda..sering tertanya mengapa takdir sebegini rupa..tanpa mengetahui apa yang bakal tiba..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini ialah hari yang biasa..Hari yang sama seperti hari yang lain..Hari yang sama buat Dejah dan Ara..juga buat Member–member itu juga..Tapi tanpa disedari..Ada benda yang 'SPECIAL' menanti mereka..Benda yang akan mengubah hidup mereka selamanya..

"Assalamualaikum..Semua.."ucap Cikgu Has ketika melangkah masuk ke dalam kelas.

Member yang tidak menyedari kehadiran Cikgu yang GARANG itu terus berbual dengan kuat..Cikgu Has menyedarinya..

"Dah tak pandai nak bangun ke? Atau awak nak saya yang bangunkan?"katanya sambil menjeling..

Jelingan tajam itu membuatkan Member – Member itu berdiri secepatnya. Meremang bulu roma mendengar pertanyaan cikgu.

"Keluarkan kerja rumah semalam.."kata Cikgu Has. Tegas.

Najla sudah kelam kabut meniru..tapi sudah terlambat bagi dia untuk copy paste kerja rumah kawannya itu.

Cikgu Has sudah sampai di mejanya..Entah kenapa bila cikgu tersebut sampai. Dia terasa seram sejuk. Cikgu Has pun mula menyemak. Semuanya bejalan lancar sampailah di satu muka surat yang hanya ada soalan tanpa ada jawapan.

"Kenapa tak siap ni?"

"T-Tak sempat cikgu.."kata Najla sambil menunduk.

Cikgu Has berkerut mendengar pertanyaan Najla. Najla menelan air liur.

"Kenapa kawan–kawan kamu yang lain sempat siapkan?" tanya Cikgu Has.

Najla terdiam. Alasan apa lagi yang dia nak bagi dia pun tak tahu.
Tiba-tiba..mejanya dihempas kuat.

"Eh! Saya tanya ni, kenapa diam!" pekik Cikgu Has.

Makin bawah tundukan Najla.

Cikgu Has yang melihat keadaan itu..tiba–tiba melulu ke meja Dejah..Dia mengambil buku latihan Dejah..Dia membukanya dan menunjukkannya kepada Najla..

"Eh! Tengok ni..Ini baru betul nak belajar..Kerja dan tulisan semua kemas..Bukan macam awak..Kerja pun tak siap..Dahlah dapat nombor bottom pulak tu..Tengok si Khadijah ni ha..Tak pernah miss top 10..Apa nak jadi dengan kamu ni?.."bebel Cikgu Has.

Najla hanya diam sambil memandang ke arah Dejah dengan muka berkerut. Baginya semua yang dikatakan oleh Cikgu Has dusta semata-mata dan bagi dia Dejah yang bersalah dalam hal ini.

'Aku dah berusaha untuk dapat tempat yang lebih baik..tapi kau, Dejah.. Menampakkan seperti aku tak berusaha walau sedikit pun. Takpe.. Kau tunggu je lah nasib kau nanti..'kata hatinya sambil memandang tajam ke arah Dejah.

Kemarahan Najla semakin membuak-buak. Perasaan marahnya itu terus membara. Membakar kesemua memori indahnya bersama Dejah..

Dejah hanya mampu melihat Najla yang sedang dimarahi Cikgu Has. Seingatnya Najla tidak pernah dimarahi seteruk ini sewaktu berkawan dengannya dulu.

'Najla?..Kenapa kau berubah?..'tanya Dejah dalam hatinya.

Jauh di lubuk hatinya dia masih mahukan Najla yang dulu. Najla. Sahabatnya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kriingg!!

Berbunyi lah loceng menandakan waktu makan tengahari tamat. Najla dan 'membernya' masuk awal ke dalam kelas.

"Weyh..Urm..petang ni..Kita kacau Dejah ke?"tanya Mai.

"Yalah.."kata Aqish.

Najla hanya diam di situ. Termenung mengenangkan apa yang berlaku tadi. Dia cuba untuk melupakannya. Namun kata-kata Cikgu Has yang membanding-bandingkan dia dengan Dejah membuatkan panas di hatinya tidak reda sampai sekarang.

Kemarahannya membuak. Sehingga dia mengambil keputusan yang akan mengubah hidup dia selamanya. Dia sudah tekad.

Sedang Najla mengelamun.. Tiba-tiba..PAK! Meja diketuk kuat.

"Kau dah kenapa?Main tepuk–tepuk meja ni?"kata Uzma.

"Apa kata kita ubah plan kita sikit petang ni?" terang Najla sambil tersenyum sinis. Senyuman yang penuh dendam.

"Ubah macam mana?"tanya Zati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Kita masih akan membuli Dejah..tapi.. EKSTREM sikit.."kata Najla. Senyumannya makin lebar.

"Apa yang ekstremnya?"tanya Mai sambil berkerut.

Otaknya masih tidak dapat memproses maksud ekstrem itu. Tak cukup ekstrem lagi ke Dejah dibuli selama ini?

"Macam ni..Dejah tu ada trauma dengan katak..jadi apa kata kita masukkan katak dalam beg dia?" terang Najla lagi.

"Ha! Cadangan yang bagus..tapi apa maksud kau dengan trauma?.."tanya Zati.

"Dulu...Dejah pernah kena buli kat sekolah lama dia dulu.. Budak-budak tu ambik katak lepas tu bunuh katak tu betul-betul kat depan mata Dejah..Sejak daripada tu..Dejah takut katak.." terang Dejah panjang lebar.

"Ok.. Kalau macam tu..jom kita mulakan plan kita sekarang.."kata Uzma.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dejah dan Ara berjalan bersama untuk balik ke kelas. Mereka baru sahaja habis solat Zuhur berjemaah.. Suasana sunyi seketika. Ara menoleh ke arah Dejah. Dia perlu berterus terang.

"Weyh Dejah..Tolonglah..Aku merayu kat kau..Tolong lawan balik..PLEASE.." rayu Ara sambil menunduk.

"Kalau aku lawan balik nanti orang lain pulak yang akan jadi mangsa.." terang Dejah.

Dia lebih sanggup cederakan diri sendiri daripada melihat orang lain sengsara. Ara hanya memandangnya sayu. Sejujurnya hatinya rasa resah hari ni seperti akan berlaku sesuatu yang buruk.

"Habistu..Haih..Kau ni asyik jaga perasaan orang perasaan sendiri kau endahkan.." kata Ara.

Namun kata-katanya hanya diendahkan. Mukanya berkerut. Orang tengah risaukan dia. Dia boleh buat tak tahu je? Hembusan nafas yang dalam dilepaskan.

"Suka hati kaulah..Tapi aku nak kau tahu yang aku akan sentiasa berada di sisi kau..Faham?" kata Ara.

Ara memegang bahu Dejah. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya. Dejah memandang muka ikhlas Ara..

"Faham.."kata Dejah sambil mengukirkan sekuntum senyuman.

Bagi Ara senyuman Dejah pada waktu itu sangat indah sekali. Namun apa yang ada di sebalik senyuman itu. Hanya Allah yang tahu.

"Weyh..Aku nak pergi tandas kejap tau..Kau pergilah masuk kelas dulu.." kata Ara.

Kakinya terus melangkah pergi.

"Ok.." sahut Dejah.

Dejah pun melangkah masuk ke dalam kelas.. Dejah terkejut..Tiada apa yang berlaku ke atasnya..Dia melihat Member –member itu..Semuanya duduk di tempat masing-masing..sedang berbual..Ianya situasi yang aneh bagi Dejah..Dia pun duduk di kerusinya..Dia menyemak jadual..Dia hendak membuka beg untuk mengeluarkan buku..

Saat yang dinantikan oleh Member itu.. terutamanya Najla sampai juga akhirnya.. Jantungnya berdegup laju..Seperti akan ada sesuatu yang buruk berlaku..Nampaknya ramalannya betul..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aah!!"jerit Dejah.

Dejah terjatuh dari kerusinya..Katak itu melompat ke arahnya..Dia terkejut..Memori hitam berulang kembali..

Dia sangat takut..Dia berlari ke penjuru dinding..Dia memeluk kakinya erat..dan menutup mata..Suasana senyap..Dia membuka semula matanya..

Tiba-tiba..katak itu berada betul-betul di hadapan mukanya..

"Aah!!"

Khadijah menjerit dengan kuat sekali..Najla yang sedang memegang katak itu hanya berseronok melihat Dejah sebegitu rupa sambil Member yang lain semuanya mengelilingi Dejah sambil ketawa..

Ara pun tiba..Dia terkejut melihat situasi itu..Dia terus berlari menuju ke Dejah..Dia cuba menyelit di antara Member itu tetapi kudratnya tak mampu..

"Dejah!.. Astaghfirullahalazim...Weyh! Korang tak payahlah buat Dejah macam ni! Dejah!" pekik Ara.

Namun walau macam mana kuat pun Ara bersuara Najla tidak akan mendengarnya.. Gegendang telinganya dipenuhi dengan dendam yang dia pendam.

Pada saat itu, Dejah sedar yang Najla yang dulu sudah tiada lagi.. Gambaran–gambaran dia dan Najla terpampang dia ruang fikirannya..Air mata mula bergenang.. Emosinya sudah tidak boleh dikawal lagi..

Tiba-tiba..

Dejah bangun dan menolak Member –member di situ..Dia berlari keluar pintu..

Ara terkejut..Dia berpaling ke Member..

"Ni semua salah korang!!"pekik Ara.

"Dejah!!"jeritnya sambil berlari mengejar Dejah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Najla tersentak..Dia merenung tangannya.. Fikirannya mula sedar tentang perbuatannya.

"Aku dah terlebih buat ke? Ya Allah..Apa yang aku dah buat ni?..Dejah kan kawan aku.." pekik hatinya.

Dia menurunkan tangannya dan terus berlari mengejar bayangan Ara.. Gambaran persahabatan dia dan Dejah terus bermain di fikiran..

'Aku masih sempat untuk memperbaiki semua ni!!'jerit hatinya.

"Dejah!!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ara berlari sepantas yang dia boleh. Dia tidak tahu ke mana Dejah menuju. Namun dia akan terus mengejar. Dejah boleh lari ke mana-mana dan dia akan terus mengejar. Dejah ialah satu-satunya sahabatnya. Dia tidak akan berputus asa.

Kaki Dejah semakin laju melangkah. Fikirannya mula melayang. Memori-memori indah mereka memenuhi fikirannya. Dia sedih. Kecewa. Marah. Dia sudah tidak fikir tentang apa-apa lagi kecuali masa lalu. Masa lalu yang sudah pergi meninggalkannya.

Air matanya keluar bercucuran.

'Kenapa Najla?! Kenapa kau buat aku macam ni?!"jerit hati Dejah sekuatnya.

Mengharap supaya Najla mendengarnya. Namun semuanya sudah terlambat.

Tiba-tiba..

Scriittt..!!

Masa bagai terhenti..Begitu juga dengan jantung Ara..Bagai tercabut dari tempatnya.
Dia terkedu. Kakinya terhenti. Semuanya bagai begitu pantas berlaku di hadapan matanya sendiri. Kelibat kereta berwarna kelabu itu betul-betul di hadapannya menghilangkan imej Dejah dari pandangannya. Empangan air matanya bagai pecah.

"Dejah!!!"

BERSAMBUNG..

LAGU:PULANG (IMSOMNIACKS)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience