BAB 4: Dejah?

Drama Completed 1642

Suasana menjadi tegang dan sunyi. Kak Sahirah merentap baju Najla dan hampir menumbuknya namun tiba-tiba penumbuk itu berhenti betul-betul di hadapan wajah Najla. Air matanya mula bergenang. Sebenarnya dia tidak sanggup menumbuk Najla kerana dia bukan orang yang sebegitu rupa. Dia ialah seorang yang peramah sehinggalah kematian Dejah menyebabkan dunianya berubah. Sebab tulah kawan–kawan dia je yang pukul Najla tadi. Dia sebenarnya sedang menutup mata kerana tidak sanggup melihat Najla dibuli. Namun disebabkan perasaan marah. Dia berada di sini..

Kak Sahirah merenung Najla dengan tajam..Dia masih memegang baju Najla seperti tidak mahu berganjak. Dia hilang pertimbangan. BUNTU dengan perasaannya sendiri..

"Kak...Dejah dah takde..dan takde apa yang kita boleh buat pasal tu lagi..Lepaskan jelah dia..Kak..Akak ingat dia nak ke semua ni?.."

Kak Sahirah tersentak..

'Sudahlah Kak..'seperti ada seseorang sedang membisik kepadanya.

Dia terpujuk. Dia mula melepaskan baju Najla. Air mata mula mengalir. Dia jatuh melutut..Memori indah dia dan Dejah mula bermain dalam ingatan.

"AKAK janji eh..jangan tinggalkan Dejah dekat sekolah menengah nanti.."kata Dejah.

"Ya, Of course lah..Takkanlah akak nak tinggalkan Dejah pulak.."kata Sahirah.

"Janji.."

"Janji..."kata Sahirah sambil mengukir sekuntum senyuman.

Dua beradik itu bergelak tawa bersama..

AIR mata Sahirah terus mengalir..

'Maafkan Kakak sebab takde masa Dejah kene langgar..'bisik hatinya.

Najla berjalan menuju Sahirah..Dia memeluk Sahirah..Cuba untuk menenangkannya..Najla turut menangis..Perasaan bersalah mula bercambah..

"Saya tahu saya salah..jadi..saya..Minta Maaf.."kata teresak-esak.

Sahirah hanya terus menangis..tapi di dalam hatinya dia mengucapkan terima kasih kepada Najla..kerana membuatkan dia..TERIMA...terima yang Dejah dah takde..

LANGIT bertukar gelap. diterangi kelipan bintang dan cahaya terang bulan. Najla baru balik dari prep malam..Dia menukar baju..Hanya dia seorang yang berada di dalam kamar sementara yang lain keluar untuk minum malam. Dia membuka lokernya tiba-tiba..satu kepingan gambar jatuh ke lantai..Najla mengambil gambar itu..

Gambar itu ialah gambar kelas yang diambil tahun lepas..Tahun Lepas..Tahun yang amat bermakna bagi mereka..Tahun itu mereka sangat rapat bagai tak boleh dipisahkan...Namun gambar ini hanya ada pada Najla..kerana dia ialah jurugambar kelasnya..Dia tidak sempat untuk mengagihkan gambar tersebut kerana berlakunya pergaduhan besar di dalam kelasnya..

Najla merenung gambar itu..Dia perhatikan muka kawannya satu– persatu... sehinggalah tiba di muka Dejah..Dia mengusap muka Dejah..

"Dejah...Aku rindu kau.."kata Najla..

Air mata mula bergenang.. Tiba-tiba..gambar itu jatuh ke bawah katil..Najla tersentak..Dia cepat menunduk untuk mengambilnya.. Tiba-tiba..lampu mula berkelip..Najla berasa pelik..

'Perasaan aku je kot..'kata hati Najla.

Tangannya hampir memegang gambar itu.. Tiba-tiba..lampu tertutup..Najla terkejut..dalam keadaan gelap..dia mengambil gambar itu..tapi gambar itu tidak dapat ditarik.. tiba-tiba.. lampu terbuka semula..Mata Najla terbeliak..

"Aah!!"jeritnya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Uzma dan seorang lagi kawannya dalam perjalanan ke kamar..tinggal beberapa langkah sahaja lagi.. Tiba-tiba..

"Aah!!!"

Uzma tersentak..Dia sedar yang jeritan itu datang dari kamarnya..

"Weyh..Kau dengar tak?"

Hati Uzma berdebar kuat..Dia risaukan seseorang di dalam kamar tersebut.

'Najla!'jerit hatinya.

Mereka pun berlari pantas ke kamar..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Najla terduduk di penjuru kamar..Dalam pandangannya..Di hadapannya..Dejah sedang berdiri dan berjalan ke arahnya..Najla menutup matanya sambil memeluk kakinya dengan erat..

"Seorang sudah tiada..disebabkan Kau!!!"

"Dejah...maafkan aku!!"

Tiba-tiba..Uzma berlari masuk..menuju ke Najla..Bayangan tadi terus hilang dibawa angin..

"Najla!..Najla..Kau ok tak?.."

Najla terus menangis teresak-esak..Uzma terkilan melihat kawannya..

"Weyh..Najla Kau kenapa ni?"

Najla menunjuk ke hadapan sambil menangis..

"Dejah..."

Uzma tersentak..

"De..Dejah?"

Dia memandang ke arah yang ditunjuk Najla..Dia mula berpeluh..

BERSAMBUNG..

Lagu: Pulang (Imsomniack)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience