BAB 12 : Terima kasih Dejah..

Drama Completed 1642

Najla mula membuka mata..Cahaya silau menuju ke dalam matanya..Dia hanya mampu membuka mata perlahan-lahan..Terpampang muka Aqish dan Uzma..

"Dah sedar dah makcik ni.."kata Aqish..

Uzma menolak bahu Aqish perlahan..

"Isy..Kau ni..dia kan baru sedar..Kau dah sakat dia pulak.."kata Uzma risau.

Najla hanya mampu ketawa kecil..

"Korang dah lama ke tunggu aku?"kata Najla perlahan..

"A'ah..Dah tiga hari dah...Aku yang patah tangan ni pun tak pengsan selama tu.."kata Zati.

"Alah..alah..budak kecik ni.."pujuk Mai.

Mereka semua ketawa memecahkan suasana..Najla memerhatikan mereka semua..

"Korang Ok tak ni? Yang sorang berbalut..sorang lagi bertampal kat kepala.." kata Najla mengusik..

"Ni semua sebab si Jembalang tu la.."kata Zati dengan suara keras.

Mai menolak bahu Zati..

"Isy..Kau ni..kalau dia datang balik nanti macam mana?"

Najla hanya ketawa memandang mereka..Ara turut berada di situ memandang gelagat Mai dan Zati sambil ketawa.. Najla hanya memandang mukanya.. Tiba-tiba satu persoalan muncul di dalam kepalanya.

"Weyh..Ara macam mana..Kau boleh ada kat situ?"tanya Najla.

Ara tersentak..Dia memandang muka Najla..sambil menghembuskan nafas lega..Ara mengukirkan senyuman..

"Aqish yang bagitau aku..Malam tu aku memang ada rancang nak ikut korang..tapi baru nak naik tangga..aku nampak ada orang tengah berlari macam kena kejar hantu.. Rupa-rupanya itu Aqish..Dialah yang bagitau aku kau kat mana..dan aku tahu yang Dejah akan serang kau lebih teruk daripada yang lain kecuali dengan satu teknik.."terang Ara.

Semua di situ tekun mendengar cerita Ara..kecuali Aqish yang mukanya sudah kemerah-merahan...malu kerana lari dengan teruk sekali..

Ara mengeluarkan pendrive dari poketnya.. Mereka yang lain tercengang.. begitu juga Najla..

"Kau..simpan lagi pendrive tu..bukan kau dah baling ke masa kelas kita gaduh besar hari tu.."kata Najla.

Ara menggeleng perlahan sambil memandang pendrive yang dipegangnya.. perasaannya mula sebak..

"Tak..Aku tak sanggup nak buang..Kita semua kan KAWAN?"

Mereka semua tersenyum..Najla memandang muka Ara..

'Terima kasih..Ara'bisik hatinya.

"Dah..Takyah nak sedih..yang penting semuanya dah selamat..Ustaz pun dah pagarkan sekolah kita...so.. Insyaallah takde lagi hantu.."kata Uzma.

"Yay!! Merdeka!!"kata Mai cuba menaikkan semangat mereka.

"Merdeka apanya? SPM lagi sebulan.."kata Aqish..

Mai tersentak..

"Isy! Kau ni..'Annoying' lah!!"

Najla hanya melihat gelagat mereka..sambil ketawa..dia gembira akhirnya semuanya akan tamat..

"Nah.."kata Ara sambil menghulur sesuatu.

Najla mengambilnya..Dia memandang tidak berkelip..Dia tersenyum..

"Mana kau dapat..gambar ni?"tanya Najla.

"Kau yang pegang masa kau pengsan hari tu..Kau pegang kuat gila..Gambar tu..bukan Dejah dah koyakkan ke?"

Najla menenung gambar itu..Gambar mereka berdua..yang telah ditampal kembali..

"Ya..dah koyak..tapi gambar ni..masih sempurna dalam pandangan aku.." katanya.

Setitis air mata mula menitis..Senyuman mula terukir..

'Terima kasih Dejah..'bisik hatinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa pun berlari pantas..Siang berganti malam..malam berganti siang.. Sehinggalah satu malam sebelum SPM pun tiba..Malam yang penuh debaran..namun mereka kongsikan dan menjadi malam yang takkan mereka lupa..

"Besok SPM!! Are you all READY!!!"kata Aqish menaikkan semangat.

Mereka meletakkan tangan di dalam bulatan yang mereka bentuk..

"We are ready....We are ready....We are Ready!!!!"kata mereka sambil menjulang tangan mereka ke atas..

Semua tampak gembira..Najla memerhati sekeliling..Rindu...dengan suasana yang sebegitu.. Tiba-tiba matanya terarah ke satu sudut kelasnya.. Kelihatan kelibat seseorang..Najla merenung..

'Dejah?..'tanya hatinya.

Kelibat itu memandang mereka..Dia tersenyum..

Tiba-tiba..bahu Najla ditarik seseorang..Najla tersentak..Kepalanya menoleh sepantas mungkin..Muka Ara terpampang..

"Kau..Ok tak?"tanya Ara.

Najla tercengang sebentar..Dia kembali menoleh ke sudut tadi..Kelibat itu hilang tanpa bayang..namun Najla tersenyum..Malam itu..Dejah senyum..Senyuman yang sudah lama tidak dilihat..

"Weyh..Kau Ok tak ni? Macam baru nampak hantu je?"

Najla kembali menoleh ke arah Ara.Dia tersenyum..

"Taklah..Aku nampak tujuan kenapa aku kene kacau selama ni.."kata Najla selamba.

Ara menggelengkan kepalanya perlahan..Dia menolak bahu Najla.

"Ada–ada jelah kau ni.."kata Ara sambil ketawa kecil.

Najla hanya terdiam..Dia hanya mampu senyum..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini..esok pun telah tiba..Hari yang mereka tunggu sepanjang tahun..Mereka berbaris di hadapan dewan peperiksaan..Dengan penuh debaran mereka angkat tangan..berdoa sebelum masuk ke dalam dewan..Selepas beberapa minit..mereka pun dibenarkan masuk..

Jantung Najla berdegup kencang.. Kalau lumba dengan kereta Ferrari..Kereta tu yang kalah rasanya..

Semua di dalam barisan tersebut masuk dengan lancar..kecuali..Najla.Dia takut..Dahinya basah dengan peluh..begitu juga bajunya..Langkahnya terhenti di hadapan pintu dewan.

'Aku boleh buat ke?'kata hatinya..Ragu–ragu.

Tiba-tiba..terasa seperti bahunya disentuh..

"Kau boleh buat..Kau pernah hadap benda yang lagi seram dari ni..Aku pasti kau mesti boleh buat punya.."

Kata–kata semangat dilontarkan kepada Najla..Najla mula sedar..

"Betul juga..Terima kasih.."katanya..

Najla pun menggagahkan diri..Dia melangkah masuk ke dalam dewan..

"Aik..Kenapa dia kata terima kasih kat aku?"kata orang di belakangnya.

Najla terus melangkah sehingga ke mejanya..

'Aku boleh buat!!!'jerit hatinya bersemangat..sambil memegang pensel.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Yay!! Merdeka!!"kata Mai.

"Ha..Ini baru betul-betul MERDEKA.."kata Aqish.

Mereka semua ketawa bersama-sama..Najla seronok melihat rakan-rakannya sudah kembali seperti dahulu..Walau persahabatan mereka pernah hancur..

'Kalaulah kau ada kat sini untuk tengok semua ni Dejah..Disebabkan kau kitaorang semua bersatu..'bisik hatinya.

Najla bangun dan berjalan ke papan kenyataan..Dia mengeluarkan dua helai gambar dari poket bajunya..Gambar itu diletak di papan kenyataan..Dua heli gambar yang sangat bermakna baginya..Lambang persahabatan mereka..

"AWW!!!"

Najla tersentak..Dia menoleh ke belakang.. Rakan-rakannya sudah berkumpul di belakangnya..

"Aww!! Sweetnya kawan kita sorang ni!!"kata Uzma..

"Memanglah 'sweet.."kata Najla...mengangkat bakul sendiri.

Gelak tawa mereka memecahkan suasana malam yang sepi..ditemani bulan dan bintang yang bersinar terang..menerangi malam yang gelap..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam terus melarut..Akhirnya malam terakhir mereka bersama pun berakhir.

"Weyh..Najla..Jom balik!"ajak Zati.

"Takpelah..Kau pergilah dulu..Aku nak 'stay jap.."kata Najla.

"Ok..Jangan sampai kena tangkap hantu.."usik Aqish.

Najla menggeleng perlahan..

"Ada–ada jelah kau ni.."kata Najla lembut.

"Ok! Jumpa kat Dewan Makan jap lagi!!"kata Mai sambil mengangkat tangan.

Mereka pun pergi meninggalkan Najla seorang..Bersama kesepian malam..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam tu..Cikgu tulis surat untuk Dejah..walau cikgu tahu yang Dejah takkan baca..tapi cikgu rasa bersalah.. Lepas cikgu buat..cikgu tinggalkan kat atas meja Dejah..Lepas tu..Cikgu jalan keluar..tapi cikgu tak sanggup nak kunci pintu tu..Walau cikgu tak boleh nampak dia..tapi cikgu tahu dia ada masa tu..Memerhati..Cikgu hembus kan nafas terakhir cikgu ada kat situ..lepas tu cikgu pun tutup pintu..yang tinggal hanyalah memori kitaorang dalam kelas tu..dan mungkin..DEJAH..

KRIING!!!!

Loceng menandakan tamatnya satu sesi pelajaran..Najla tersentak..

"Ok..tu je cerita untuk hari ni..Disebabkan hari ni cikgu dah bercerita.. besok cikgu bagi kerja sekolah banyak..Ya?"

"Alaa!!"kata murid-murid itu..menyesal agaknya dengar cikgu bercerita..

Tiba-tiba..Kelihatan tangan seseorang menjulang tinggi..

"Ha..Kenapa Alia?"tanya Najla.

"Cikgu rasa.. Dejah baca tak surat cikgu tu?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu sepi..Angin sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menemani bulan dan bintang..Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah kosong dan sepi..

Di dalam kelas 4 IR hanya tinggal sepucuk surat yang ditinggalkan di atas meja murid..

Tiba-tiba..ada satu tangan yang mengangkat dan lalu membuka surat tersebut..Dia membaca dengan tekun..Senyuman mula terukir..Air mata mula menitis..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Entahlah..Cikgu pun tak tahu..Dah..Ada apa–apa lagi..kalau tak ada apa-apa cikgu keluar dulu.."kata Najla.

"Kejap..Cikgu!! Ada satu lagi soalan.."

"Apa lagi?"tanya Najla.

"Sebenarnya..Apa tujuan Dejah buat macam tu?"tanya anak muridnya..keliru.

"Hmm..Dia buat macam tu untuk merapatkan balik hubungan kitaorang.. tapi..dia salah dengan menggunakan kehilangan sebagai punca untuk kita rapat kembali...Nasib baik menjadi..Dahlah... Assalamualaikum..Semua.." terang Najla.

"Waalaikumsalam..Cikgu.."kata murid-murid Najla.

Najla pun melangkah keluar dari kelas tersebut.. Tiba-tiba ada seseorang lalu di tepinya..Najla menoleh..Mukanya berkerut..

"Dejah?"'bisik hatinya.

Tiba-tiba..

"Cikgu...Cikgu!"

Seorang murid memanggil Najla daripada tepi..Najla menoleh..Kemudian dia menoleh semula ke kelibat tadi..namun dia hilang..seperti BIASA..Najla menoleh semula ke arah anak muridnya..

"Kenapa?"tanya Najla.

"Nah, Cikgu.."katanya sambil menghulurkan sepucuk surat.

"Surat apa ni?"

Najla mengambil surat itu..namun dia seperti sudah pernah ternampak surat itu sebelum ini..

"Entah..Ni kan surat Cikgu..Cikgu tertinggal kat atas meja guru tadi..sebab tu saya kejar cikgu.."terang murid itu.

Najla tersentak..

"Ni bukan surat yang.."'bisik hati Najla.

Najla membuka surat itu..Dia membacanya dengan sepenuh hati...namun matanya tertumpu kepada ayat..

'Aku maafkan kau...'

Senyuman terukir di bibirnya..

'Terima kasih...Dejah..'kata hati Najla.

TAMAT..

LAGU: PULANG (INSOMNIACK)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience