BAB 3: MASALAH

Drama Completed 1642

"Kenapa...kau baik sangat dengan aku, ha? Orang lain semua menjauhkan diri..tapi kau?..Kenapa?"tanya Najla.

"Sebab aku kan...KAWAN kau.."kata dejah sambil memberikan sekuntum
senyuman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tayangan memori indah Najla bersama Dejah terus terpampang..Najla berasa menyesal yang teramat kerana memperbuat rakannya sebegitu rupa..Dia terus berlari..mengejar masa..kesilapan...

'Aku mesti kejar dia sampai dapat..Masih sempat lagi untuk menebus kesilapan yang telah aku lakukan..Maafkan aku dejah..'jerit hati Najla.

Namun semuanya sudah terlambat..

Scriitt!! Boom!!

"Khadijah!"

Kedengaran suara Ara membuatkan Najla terpaku..Memikirkan 1001 kemungkinan yang berlaku melalui bunyi tadi..Najla terbehenti di persimpangan jalan menuju ke arah Dejah dan Ara..

'Tak mungkin...Tak mungkin semua tu terjadi..'

Perasaan takut mula berputik..namun dia tetap memberanikan diri untuk membuka langkah..Jantungnya bagai terhenti..

"Khadijah!!!"kata Najla sambil berlari untuk mendapatkan Dejah yang sudah terlantar di atas jalan..

Air matanya bergenang..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ara melutut di tepi Dejah yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja..Air matanya menitis tidak henti-henti..Dengan perlahan dia mengangkat kepala sahabatnya itu ke atas ribanya..

"Dejah..bangunlah Dejah...Cakaplah sesuatu.."katanya sambil mengelus pipi kemerah-merahan Dejah.

Dia memeluk kawannya itu seerat yang mungkin..Dia tak mahu kehilangan sahabatnya itu.. namun Allah lebih menyayanginya..

Tiba-tiba..Najla pun sampai di belakang Ara yang sedang menangis..Dia mendekati kepala Dejah..Kelihatan setitis air mata mengalir di pipi Dejah..Dia mengelap dengan lembut..

"Maafkan aku Dejah..Maafkan aku.."kata Najla.

Dia mula menangis..

Tiba-tiba..

Dia terasa seperti tangannya dipegang..Dia terus menoleh ke bawah.. Kelihatan Khadijah sedang memegang tangannya dengan kuat..Dengan muka yang menyeramkan dia memandang Najla..Najla terkedu..

"Ni semua salah kau!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Najla terbangun..Dia menarik nafas sedalam-dalamnya...Uzma yang pada ketika itu sedang 'stay up' terkejut..

"Kau ni dah kenapa?.."tanya Uzma.

Najla memandang Uzma dengan riak muka terkejut..Selepas memandang muka Uzma..dia berasa lega..

"Urm.. Takde apa-apa lah..Mimpi je.."kata Najla.

"Kau ni..sejak kes hari tu..kau asyik dapat mimpi ngeri je.."

"Aisy..Kau ni.. Aku OK jelah..Kau tu..Kau lupa nak tengok jam ke?..Esok sekolah tau.."

"Alah takpe..Ni ha kerja Math yang berlambak ni lagi penting.. Kau sambung tidur..biar aku tutup lampu.."kata Uzma selepas selesai mengemas begnya.

Uzma pun berjalan ke suis lampu.Najla menunduk seperti sedang berfikir sesuatu.

"Weyh..Uzma, kau rasa Dejah maafkan kita tak?"kata Najla sambil memandang tepat ke arah Uzma.

Namun dia menanyakan soalan yang tidak dapat dijawab.Uzma hanya mampu memandang muka Najla yang penuh harapan..Uzma menarik nafas dalam..

"Entahlah..tapi kita doakan jelah supaya dia tenang kat sana..Ok?"jawab Uzma dengan tenang.

"Hmm..Oklah tu.."kata Najla yang kemudiannya baring..

Lampu pun ditutup namun matanya masih terbuka..Malam itu dia lansung tidak dapat tidur..Kerana dia berasa seperti ada orang
di sebelahnya.. membisikkan..

"Aku takkan maafkan kau.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langit mulai cerah..Najla bangun seperti hari-hari biasa walaupun malam tadi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak..Dia memang mengantuk..Sehinggakan waktu perhimpunan pagi dia terlentok–lentok sehingga memaksa prefect mengejutnya berkali-kali..

Kriingg...

Bunyi loceng yang menandakan bermulanya waktu pelajaran..Najla dan 'membernya' berjalan menuju ke kelas..Sampai di kelas, kelihatan Ara sedang menangis teresak-esak di mejanya..Rasa bersalah tiba-tiba datang menerpa Najla..Dia dan 'membernya' lalu di sebelah Ara untuk ke meja mereka..Najla enggan melihat Ara.. Tiba-tiba..Ara mengangkat mukanya..

"Ni semua salah korang.."

Member itu tersentak..

"Cakap tu baik-baik sikit boleh tak.."kata Aqish..

Tiba-tiba..Ara bangun dan menghadap member itu..

"Ni semua salah korang lah!! Kalau tak..Dejah ada lagi kata sini!!"jerit Ara..meluahkan perasaan marah yang sudah lama dipendam..

"Woi! Kitaorang pun tak nak lah semua benda ni terjadi!! Kau ingat kitaorang ni takde perasaan ke?"jerit Uzma.. menegakkan benang basah..

Suasana mula senyap..Najla kaku dilamun rasa bersalah..Ara menenung mereka dengan tajam..Perasaan sudah tidak boleh dikawal lagi..

"Hisy!!"

Ara lari keluar kelas..

"Ara!.."jerit ketua kelas yang mengikuti Ara..takut kejadian itu berlaku lagi..

"Ni semua salah aku.."kata Najla.

Najla terduduk..Aqish tersentak dengan perilaku Najla..Dia mencangkung dan memeluk Najla..

"Tak..Ni salah kitaorang juga.."kata Aqish sambil menitiskan air mata..

Suasana menjadi tegang..

Tiba-tiba..

"Ok..Assalamulaikum semua.."

Najla dan Aqish tersentak..

"Waalaikumsalam, cikgu.."

Lebih malang lagi hari Najla bila hari ni cikgu akan edarkan kertas ujian hari tu..dan dia tahu apa keputusannya..

"Najla..Nah ambik kertas ni.."

Najla pun bangun dan berjalan ke hadapan..Cikgu Has memandang dia..kemudian memandang kertas itu semula..

"Awak ni..ada masalah ke Najla? Keputusan makin merosot..dan semua ni terjadi lepas incident tu..Najla..benda yang lepas jangan dikenang"

Najla hanya diam seribu kata..Dia tidak tahu apa hendak dijawab..

"Baiklah.. kalau macam ni..Lepas ni..Awak jumpa saya kat bilik guru..Dah, pergi duduk.."

Najla pun kembali ke tempat duduknya..Kepalanya pening sangat memikirkan masalah ini.. Tiba-tiba dia pun tertidur..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiba-tiba dia terbangun..terasa seperti ada orang mengetuk belakangnya..

"Najla..Jangan lupa datang bilik guru.."kata Cikgu Has.

Najla mengangguk dalam keadaan mamai..Dia pun bangun..

"Kau nak pegi mana?"tanya Zati.

"Bilik guru.."

"Kenapa?"

"Adalah.."kata Najla..malas untuk melayan rakannya itu.

Dia pun berjalan menuju ke bilik guru..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di bilik guru..Najla menuju ke meja Cikgu Has yang terletak di sebelah kanan..Dia berjalan.. Tiba-tiba Cikgu Has memandang..

"Ha, Najla.. Sini.."

"Kenapa..Cikgu?"

"Kamu ni ada masalah ke?"

Pertanyaan Cikgu Has tidak berjawab..Najla hanya kaku..

"Najla..Dejah dah takde..Lupakan jelah dia..Benda yang dah berlalu jangan diungkit.."

Najla tersentak..Sedang cikgu rancak membebel.. Tiba-tiba

"Cikgu..Apa perasaan cikgu bila kawan cikgu mati disebabkan cikgu..dan perasaan yang cikgu rasa tulah yang saya rasa sekarang..saya masih boleh dengar jeritan dia..masih boleh rasa darah dia pada tangan saya..Dan sekarang cikgu nak saya lupakan je benda tu...ialah salah satu keajaiban dunia..cikgu.."

Cikgu Has terdiam..Suasana mula senyap..

"Saya balik kelas dululah.. Assalamualaikum.."ucap Najla sebelum meninggalkan bilik guru dengan mata yang basah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Najla dalam perjalanan pulang ke asrama..namun kali ini dia berseorangan..Dia hendak menenangkan fikirannya yang bercelaru..Namun fikirannya akan menjadi lebih pening apabila tiba-tiba..

"Woi!!"

Jeritan itu memenuhi jalan yang kecil dan tersorok itu.. Najla terkejut..Dia memandang ke arah empunya suara tadi..

"Ooh..Kak..Kak Sahirah..Kenapa?"kata Najla tersekat-sekat.

Dia gugup kerana perempuan yang berada di hadapannya itu ialah kakak kepada Dejah iaitu Khadijah Sahirah..Orangnya tinggi lampai..bulu matanya lentik..dan bibirnya cerah..Sekali pandang pasti tertarik.. Namun hari ini senior Najla itu datang dengan muka yang serius..Dahlah muka natural serius..Dia ketatkan lagi.. membuatkan Najla menelan air liur..

"Kenapa kau kata.. Guys!"

Tiba-tiba..datang lagi dua orang senior yang entah datang dari mana...

"Aku tahu yang kaulah penyebab kejadian tu kan?"

Najla mula berpeluh seperti sudah tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi..

"Aku dah agak..Kerjakan dia!"

Kedua-dua senior tadi bergerak kecuali Kak Sahirah..Najla cuba lari namun dia ditarik..Kemudian dia dipukul oleh kedua-dua senior itu..Najla berasa terseksa..namun dia redha mungkin ini balasan untuk apa dia buat pada Dejah sebelum ini..

'Ya Allah!! Lepas satu-satu masalah aku dapat..Ya Allah..jika semua masalah ni boleh menampung dosa yang aku buat pada Dejah maka aku redha..'bisik hati Najla.

Tiba-tiba..

Kriingg..

"Cukup! "

Kedua-dua senior tadi berhenti dan kembali ke tempat masing-masing..Kak Sahirah berjalan ke arah Najla..Dia mencangkung dan memandang Najla yang sudah terbaring..

"Nasib baik loceng bunyi.. kalau tak..Mati kau kitaorang kerjakan.."kata Kak Sahirah..

Dia menghadap kawan-kawannya dan kemudian berjalan meninggalkan Najla..

Tiba-tiba..

"Pukul lah!!"

Kakak– kakak itu tersentak..

"Apa kau kata tadi.."tanya Kak Sahirah sambil membelakangi Najla.

"Pukul lah..Saya kan..penyebab adik akak MATI!! Kalau tak disebabkan saya mesti dia tak MATI kan?!!"jerit Najla.

Kak Sahirah sudah tidak boleh menahan sabar lagi..Air matanya mula mengalir.. tiba-tiba..

"Diamlah!!!"

BERSAMBUNG..

Lagu:Pulang (Imsomniack)
DIMAINKAN...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience