BAB 8

Romance Completed 3861

“Daddy yakin sangat ni. Fawwaz tu kawan El dari kecik tau”

“Tapi kalau dia rasa lebih dari kawan macammana?”

“Fawwaz..lebih dari kawan..tak mungkinlah Daddy. Dari kecik kami kawan. Dia dah macam sedara tau”

“Maksud Daddy kamu tu. Fawwaz tu sangat sayangkan kamu” celah Datin Zayana.

“ Biar Daddy buktikan pada kamu. Sekarang kamu bangun dan berdiri kat belakang langsir tu. Menyorok sikit. Dengar dan perhati baik-baik” Dato’ Junaidi mencapai telefon bimbitnya.

“Apahal uncle telefon Fawwaz malam-malam ni?” Fawwaz yang sedang menghadap hidangan makan malamnya. Dia bangun untuk menjawab panggilan dari Dato’ Junaidi.

“Uncle nak mintak tolong kamu. Tahu tak Sufi Elenor ke mana?. Uncle call dari tadi tak angkat-angkat”

“Setahu saya dia dah balik tadi. Kenapa uncle?”

“Dia balik sekejap sahaja. Lepas tu keluar pulak. Kamu ada dengar tak dia cakap nak kemana-mana?”

“Tak pulak. Nanti saya cuba call Suriani. Kalau-kalau dia tahu”

“Macam ni, Sufi Elenor tertinggal Inhaler dia dekat rumah ni. Pakcik takut pula apa-apa jadi kat dia”

“Kalau macam tu pak cik tunggu kat rumah. Sekejap lagi saya sampai. Nanti saya cari dia” Fawwaz menjawab cemas.

Bunyi motosikal Fawwaz mengaum di hadapan rumah. Jejaka itu berlari masuk ke dalam rumah. Setelah bertanyakan lokasi Dato’ Junaidi kepada Wirda, dia berlari semula ke arah taman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience