BAB 6

Romance Completed 3861

Suriani memandang kearah Fawwaz.

“Kami berdua pulak akan menamatkan zaman bujang. Ko jemput datang ek?” ucap Suriani. Hampir bersembur air Coca-cola yang diminum Fawwaz. Matanya membulat ke arah Suriani.

“Kau ni Fawwaz. Suriani dah bertahun curah perasaan kat kau. Takkan kau tak nak respon. Anak dato’ ni. Lawa pulak tu. Sah-sah senang masa depan kau” Sufi Elenor cuba menghangatkan suasana.

“Aku tahu la aku ni anak orang berpendapatan sederhana. Tapi aku ada maruah juga. Suriani ni dah macam adik aku la..Mak bapak je lain-lain.” Tegas Fawwaz.

“Oklah Bro..Aku gurau jer. Kita ni kan dah mengaku saudara dari taska lagi kan” Balas Suriani.

Sufi Elenor melangkah masuk ke rumah dengan rasa girang. Baru tadi dia mendapat satu lagi panggilan untuk temuduga biasiswa. Sekurang-kurangnya dia pasti akan berjaya dalam salah satu temuduga itu.

Pembantu rumahnya yang bernama Wirda tiba-tiba menghampirinya.

“Kenapa Kak Da?”

“Daddy dan Mommy kamu jemput untuk minum di taman Depan”

Dato’ Junaidi mencelup cucur udang ke dalam kuah kacang. Penuh berselera dia menyuap ke mulut.

“Pandai awak masak. Sedap” Pujinya pada Datin Zayana.

Walaupun ada pembantu rumah, hal masak-memasak ini masih di tangannya. Dia mahu suami dan anak-anaknya membesar dengan air tangannya sendiri.

Suriani meletakkan begnya diatas sofa sebelum sama-sama menjamu selera di pangola taman mereka itu. Dia pun sukakan cucur udang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience