BAB 10

Romance Completed 3861

“Cakap je. Aunty tak marah pun?”

“Fawwaz tak boleh kehilangan Eleana. Dia dah jadi sebahagian dari hidup Fawwaz ” Jawab Fawwaz berterus terang.

Bunyi esakan dari belakang langsir menyebabkan dia menoleh ke situ.

“Fawwaz sukakan Sufi Elenor kan !!! dari dulu!!!” teriak Sufi Elenor dari belakang langsir dengan suara sebak.

Fawwaz bangun dan bergerak laju kearah motosikalnya. Dia turut sebak. Perasaannya berbaur.

“Dah dua hari dah tak nampak Fawwaz. Ke mana dia ek?” Tanya Suriani kepada Eleana. Dia menyuap goreng pisang dengan penuh selera. Ice bleanded Coffeenya disedut rakus.

“Entah” jawab Sufi Elenor sepatah. Ice lemon tea yang dipesannya tadi hanya direnung sahaja.

“Sepatutnya kau yang lebih tahu apa. Kau rapat dengan dia kan”

“Lantaklah dia. Biar dia buat hal dia”

“Kau ni pun dah kenapa? Dah dua hari juga aku nampak kau semacam jer. Makan pun sikit.asyik termenung jer. Offer ke oversea tu still on kan?

Sufi Elenor hanya mengangguk. Mukanya masih mencuka.

“ Aku rasa ada yang tak kena dengan korang berdua ni. Baik kau cerita kat aku”

Prangg!!!

Pinggan goreng pisang ditepis Sufi Elenor jatuh ke bawah meja. Jasad Eleana tergolek diatas lantai dengan nafas tercungap-cungap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience