BAB 7

Romance Completed 3861

“Mommy dan Daddy dah bincang tadi. Dan kami tak akan halang El belajar di sana” Ujar Dato’ Junaidi.

“Terima kasih, Daddy ”

“Aii belum habis lagi. Kami benarkan dengan bersyarat”

“Apa syaratnya daddy?”

“Kamu kena bernikah dulu”. Sufi Elenor terus ketawa terkekeh-kekeh mendengar syarat tersebut.

“Syarat macam ni dah macam cerita dalam TV Ma..Pukul 7.00 malam mesti ada..ha..ha..”

Datin Zayana turut tersenyum. “Daddy kamu serius tau”

“Daddy nak jodohkan El dengan siapa?”

“Dengan Fawwaz ”

“Fawwaz !!!”

Sekali lagi Sufi Elenor tertawa terbahak-bahak. Lebih lagi. Kali ini sampai terbatuk-batuk.

“Dengan Fawwaz Daddy…Adoi…tak ada insan lain ke yang layak untuk El Daddy. budak sengal tu jugak Daddy pilih” Jawab Sufi Elenor selepas habis ketawa.

“Fawwaz seorang sahaja yang Daddy nampak boleh jaga kamu. Tahan dengan perangai kamu. Daddy tak percaya orang lain boleh jaga Enna sebaik Fawwaz.”

“Daddy ni macam kenal sangat dengan Fawwaz. Lagipun dia bukan setaraf dengan kita!”

Kali ini Dato’ Junaidi dan Datin Zayana pula yang ketawa.

“Dia ingat kita berdua ni macam Dato’2 dalam cerita drama pukul 7.00 tu. Kami nak anak yang setaraf dengan kami. Barulah harta kami tak ke mana. Barulah setaraf dengan darjat kami….mengarut. Anak driver teksi pun kalau dah berakhlak, Daddy terima tau”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience