BAB 12

Romance Completed 3861

“Saya memang sudah lama sukakan Eleana. Tapi, sebagai kawan sahaja.”

“Kamu sanggup kalau Uncle minta kamu jadi lebih dari seorang kawan?”

“Lebih dari kawan?”

“Jadi suami, mungkin?”

“Uncle main-main ke ni?”

“Uncle serius ni. Sanggup kamu jadi suami Eleana?”

“Saya tak sedia apa-apa pun untuk jadi suami. Lagipun boleh ke Eleana terima saya jadi suami”

“Kamu cari maskahwin pun dah cukup. Hal Sufi Elenor tu biar Uncle dan Aunty yang uruskan. Kamu pun kena sediakan Visa dan passport”

“Visa dan passport?” Fawwaz masih lagi kehairanan.

“Kamu berdua Uncle akan hantar ke UK. Sufi Elenor akan sambung pelajaran di sana dan kamu akan kembangkan perniagaan Uncle. Sanggup tak?”

“Kalau dengan El, ke mana pun tak apa uncle?”

“Dah pandai menjawab budak ni!”

Fawwaz melangkah perlahan di dalam wad. Dia sempat bertentang mata dengan Suriani yang awal-awal lagi sudah berada di bucu katil. Sufi Elenor beralih muka ke arahnya.

Muka Sufi Elenor masih bersarung topeng oksigen. Wayar lutsinar tercuck di lengannya dan bersambung ke tiub pada plastik berisi air tulen.

“Fawwaz ….” Sambut Sufi Elenor lemah. Antara dengar dengan tidak.

“Fawwaz datang ni..sorry tak bawa apa-apa?” Sufi Elenor senyum lagi. Fawwaz sentiasa nampak comel. Kalau gugup, lagi cute!.

Dia menghulur tangan kepada Fawwaz. Fawwaz yang serba salah menyambut. Suriani membulatkan mata. Belum pernah drama sebegini dibuat oleh dua sahabatnya itu. Perasaan geli-geleman pun ada.

“Sufi Elenor rindukan Fawwaz. Kenapa lari dari El” soal Sufi Elenor sambil menggenggam erat tangan Fawwaz. Arus panas lembut mengalir hingga ke dada. Jantung Fawwaz berdegup kencang. Belum pernah dia berperasaan begini dengan Eleana.

“Fawwaz takut. Semua ni tiba-tiba sahaja?”

“Selama ni Fawwaz tak pernah takut apa pun. Apa keadaan pun Fawwaz sentiasa ada di sisi El. Sanggup tak nak jaga El sampai bila-bila?”

Suriani menjuih bibir.’ubat apa yang doktor bagi kat El ni sampai dia mabuk macam ni’.Dia menutup telinga kerana tak sanggup mendengar jawapan dari Fawwaz.

“Selama ni tak pernah pun macam ni? Kenapa tiba-tiba tukar feel ni”

“Sebab El dah fikir panjang-panjang. Tak ada orang yang boleh jaga El sebaik Fawwaz. Sesetia dan sejujur Fawwaz terhadap El. Hari ini baru El sedar siapa Fawwaz dalam hidup El”

“Siapa?”

“Nafas El”

Suriani mengecilkan mata dan melaung dalam hati. “Woi korang, yang aku terpacak kat sini tak nampak ke. Benda syahdu-syahdu ni buat aku meluat pulak. Fawwaz dah confirm milik El…aku?”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience