BAB 4

Romance Completed 3861

“Ryan , I talk tu you later. Ada hal nak bincang dengan anak I sikit” Dato’ Junaidi menghentikan perbualannya di telefon.

Sufi Elenor menyuap perlahan sebaik mendengar yang Daddy nya ada sesuatu untuk diperkatakan. Matanya memandang ke bawah. Tidak sanggup dia menatap wajah Daddy nya ketika marah.

“Kenapa El apply untuk study di UK tanpa beritahu kami?” Surat yang bercop Universiti Of Nottingham di lempar ke hadapan Eleana.

“Hmmm… El cuba-cuba je Pa” Balas Sufi Elenor mengelak.

“Result budak tu kan bagus. Tak salah dia nak study kat sana. Awak jangan nak halang-halang pulak. Masa Salman ke Mesir dulu, awak tak kata apa-apa pun” Datin Zayana dari dapur pula membela. Hidangan sambal bilis diletakkan diatas meja.

“Salman tu lelaki. Kalau dia nak ke Afrika sekalipun, saya tak halang. Anak awak ni perempuan. Ada penyakit lelah pulak tu. Siapa pulak nak tengok-tengokkan dia kat sana?”

“Awak ni. Bukan dia seorang yang belajar kat sana. Ramai lagi student Malaysia kat university sana. Ada la nanti yang kita boleh minta tolong”

“Cakap memang senang. Awak tak tahu nanti. Kalau jadi apa-apa, berapa lama pulak kita nak kena naik flight ke sana?” Tegas Dato’ Junaidi.

“Budak tu kan dah lama mengidam nak belajar di sana. Biar ajalah. Lagipun dia tawarkan biasiswa kan. Abang pun tak payah nak sediakan belanja beribu-ribu”

“Abang tak kisah pasal duit sangat. Yang penting kesihatan budak tu”

“Biarla dia buat Mechanical Engineering kat sana. Budak dah besar, dah jadi anak dara. Tahu la dia jaga kesihatan diri”

Sufi Elenor tidak kuasa untuk menyampuk pertelingkahan Mommy dan Daddy nya. Dia tahu akibatnya kalau mencelah. Perlahan-lahan dia mencapai surat yang dicampak Daddy nya tadi dan dimasukkan ke dalam beg.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience