BAB 11

Romance Completed 3861

Fawwaz membuka skrin, cuba membaca mesej yang tertera. Senarai panggilan tidak dijawab di telefonnya kian memanjang. Kebanyakkannay dari nombor yang sama. Nombor Eleana.

Dia sudah tawar hati untuk berjumpa Sufi Elenor mahupun keluarganya. Ujian yang dibuat oleh Dato'Junaidi beberapa hari lalu betul-betul menguji hubungannya dengan Eleana. Baru dia tersedar yang perasaannya terhadap gadis itu melebihi hadnya sebagai seorang kawan.

Perasaan cinta yang lahir telah membutakan kenyataan sebenar hidupnya. Dia harus menerima hakikat yang taraf hidupnya tidak setara dengan keluarga Dato' Junaidi. Pencapaian pelajarannya pun biasa-biasa sahaja kalau dibandingkan dengan Eleana. Sebelum apa-apa berlaku dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari terus berhubungan dengan gadis itu.

"Fawwaz..Sufi Elenor di hospital , Asma dia datang balik. Kali ni Uncle tak main-main." Mesej dari Dato’ Junaidi dibaca.

Cepat-cepat dia mencapai kunci motosikalnya.

"El kat mana Uncle?." Tanya Fawwaz kepada Dato' Junaidi. Mereka bertembung di lobi hospital.

"Sebelum kamu jumpa dia, kita sembang kat cafe dulu" ajak Dato' Junaidi. Fawwaz hanya menurut dari belakang.

"Suriani kata kamu dah dua hari tak jumpa El. Kamu ada masaalah ke.kalau disebabkan hal haritu, Uncle minta maaf. Uncle yang plan benda tu sebenarnya" Ujar Dato’ Junaidi. Fawwaz hanya menunduk. Malu untuk dia berkata apa-apa.

“Sebenarnya Uncle ada hajat besar untuk disuarakan pada kamu. Hari tu Uncle tak ada kesempatan nak tanya kamu. Tiba-tiba je kamu terus blah. So, hari ni Uncle tak nak tangguh-tangguh lagi. straight forward sahaja Uncle tanya. Kamu suka pada Sufi Elenor atau tidak?”

Fawwaz tergagap-gagap kerana gementar untuk menjawab. Bukan calang-calang soalan dan bukan calang-calang orang yang menyoal.

“Kamu jangan gemuruh sangat. Ini antara kamu dengan Uncle sahaja”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience