BAB 3

Romance Completed 3861

Pecah ketawa Sufi Elenor melihat gelagat dua sahabatnya itu. Dua orang yang boleh dibawa ke mana sahaja dengan restu orang tuanya.

"Nak betting ek!" Umpan Suriani.

"Kalau aku menang kau nak bagi apa?" Fawwaz tertarik.

"Aku belanja dinner. Kalau aku menang, kau pulak yang belanja aku"

"Habis tu Sufi Elenor ni macammana."

"Bagi la Sufi Elenor tu habiskan novel yang dia baca kat rumah. Kita berdua keluar dating sama-sama ek?"

"Dengan ko memang tak aa.."

"Ko ni kan, bukan senang tau anak gadis anak datuk secantik ni nak luahkan perasaan kat lelaki tau. Ini kali yang ke berapa ratus ntah, aku ajak ko dating. Tapi ko asyik reject jer. Baik aku suruh mak aku perah susu badan dia bagi ko minum jer"

",Hoi, buat apa aku nak minum susu badan mak ko"

""Supaya kita jadi adik beradik susuan. Sampai mati pun aku tak payah nak mimpi kahwin dengan ko"

"Ko ni kan...." Fawwaz bangun mencapai beg sandangnya. Suriani cepat-cepat bangun dan berlari ke arah pintu stadium. Dia tahu Fawwaz memang tak main-main kalau bab mencepuk orang dengan begnya.

Sufi Elenor berbaring ketawa hingga kaki terangkat diatas rumput!

Dato’ Junaidi menjamah sarapan dengan telefon yang masih di telinga. Dia mencicip roti bakar sambil memandang kearah Sufi Elenor yang baru turun untuk bersarapan. Datin Zayana masih sibuk di dapur.

“Mommy tak makan lagi ke Pa?” Tegur Sufi Elenor sambil menceduk bihun ke dalam pinggan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience