BAB 5

Romance Completed 3861

“Kenapa tiba-tiba sahaja nak belaja kitaorang makan besar ni” Fawwaz yang kehairanan bersuara. Suriani terus mencapai menu yang diletakkan pelayan di meja.

“Jangan tanya beb. Makan jer. Aku nak order air yang paling mahal dan makanan yang paling mahal. Mesti sedap kan”

“Aku tak paham la kau ni Suriani. Nama je anak Dato, pakai baju cantik-cantik. Tapi bab melantak ni ko memang tak tapis-tapis ke. Lain la aku ni, anak driver teksi je”

“Perut aku, aku punya hal. Ko pun bukan laki aku nak nasihat-nasihat macam pakar kesihatan. But, kalau kau sain surat nikah nanti. Confirm aku senyum-senyum aku kat kau, pastu aku cakap, Baiklah sayang, ayang ikut jer” Perli Suriani. Fawwaz membulatkan mata.

“Korang berdua ni tak habis-habis. Aku nak kongsi good news ni pun terbantut” Bentak Suriani.

“Apa yang good newsnya?” Tanya Fawwaz dan Suriani serentak.

“Ni ha!!!!!” Sufi Elenor mencampakkan surat tawaran university Nottingham keatas meja sambil menjerit. Suriani pun turut menyambut jeritan itu. Masing-masing terus senyap sebaik perasan semua mata di dalam restoran itu merenung kearah mereka.

“Tahniah El, tercapai juga hasrat kau” Fawwaz menghulurkan tangan mengucapkan tahniah. Suriani bangun dan memeluk sahabatnya itu.

“Bila kau nak ke sana?” Tanya Suriani.

“Kalau itu surat ni sebulan lagi. Ada lagi dua interview aku kena hadir untuk dapat scholarship. Lepas tu aku dah kena fly”

“Bangga aku dapat kawan pandai macam kau. Semput-semput kau pun otak bergeliga.” Puji Suriani. Fawwaz pula hanya diam.

“Apa plan korang pulak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience