BAB 9

Romance Completed 3861

“Mana inhaler Sufi Elenor Uncle?” Tanya Fawwaz sambil bernafas laju. Banyak kali dia berlari untuk mengejar masa.

“Rekod ni, dalam masa lapan minit dan sampai” Balas Dato Junaidi sambil tersenyum. “Jemput makan dengan kami dulu”

“Maaf Uncle, Fawwaz nak kena cari Sufi Elenor sampai jumpa dulu. Apa-apa jadi kat dia nanti susah”

“Kamu tengah makan ke?” soal Datin Zayana yang melihat butiran nasi di bibir Fawwaz.

“dah habis makan aunty. Mana inhaler tu? Kita kena cepat tau” jerit Fawwaz cemas.

Sufi Elenor memerhati gerak laku Fawwaz dengan mata berkaca. Tangannya ditekup kemulut menahan sebak. Satu persatu peristiwa dia dibantu Fawwaz mula bermain di kotak fikirannya.

Semenjak Taska lagi, Fawwaz sentiasa menyimpan inhaler di dalam sakunya. Bukan untuk kegunaanya tapi sebagai sandaran kalau-kalau Eleana tertinggal alat itu di rumah. Sewaktu kecil asma yang dialaminya agak teruk.

Perkenalan mereka bermula apabila Dato’ Junaidi mengupah bapa Fawwaz untuk membawa anaknya ke Taska dan sekolah. Fawwaz yang sebaya dengan Eleana turut dibawa bersama. Sebab itulah mereka sering bersama sehingga sekarang.

“Sebab apa Fawwaz bersusah payah kerana Sufi Elenor ni?” Tanya Tanya Datin Zayana.

“Fawwaz tak dapat jawab sekarang. Boleh tak ambilkan inhaler tu sekarang. Atau Fawwaz kena belikan yang baru” Ucap Fawwaz dengan nada bergetar.

“Sufi Elenor dan balik Fawwaz. Dia selamat. Dia balik sebab terlupa bawa inhaler tu. Kamu duduk dan makan dulu. Jangan cemas sangat. Boleh tak jawab soalan Aunty tadi?”

Fawwaz kelihatan serba-salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience