Bab 7

Romance Completed 5257

“Maafkan Nana, Azlan. Kita tidak mungkin bercinta. Sebab umur kita berbeza. Macam Nana umur dah 22. Azlan baru saja 18. Banyak benda lagi yang Azlan belum jumpa. Nana ni pun bukan siapa-siapa,” ujar Nana dengan dialek Sabahnya.

Azlan hanya tunduk. Mendengar sahaja penjelasan Nana tentang sama ada Azlan menyukai dirinya atau tidak akhirnya memakan dirinya sendiri. Terasa segala hari ini adalah hari yang sia-sia.

Masa yang diluangkan untuk menonton wayang bersama.

Makan bersama.

Berjalan-jalan sambil berpimpin tangan bersama.

Semuanya sia-sia atas satu jawapan yang diberikan oleh Nana kepadanya. Sekarang, hati Azlan hancur sedikit. Namun Azlan menerimanya. Kerana memang benar, usia mereka agak jauh berbeza. Dan di waktu sekarang, tidak ada apa yang Azlan boleh berikan kepada Nana sebagai bukti cinta. Hanya sekadar masa serta kenangan manis yang kosong.

Azlan mengatakan semula yang dia faham akan maksud Nana. Cintanya ditolak dan Azlan tidak berkecil hati. Nana hanya tersenyum mendengar penjelasan Azlan tentang bagaimana dia boleh sukakan Nana dan bagaimana dia merasakan dia ada peluang untuk itu.

Sampai masa untuk pulang. Dan untuk Azlan, pulang semula ke realiti yang perlu dihadapnya. Setelah menghantar Nana ke rumah menggunakan motosikal usangnya, Azlan pun pulang pula ke rumahnya. Di rumah, Azlan berbaring sambil merenung siling untuk beberapa ketika. Membayangkan beberapa perkara indah yang bakal dilaksana jika cintanya diterima sebentar tadi.

Ah, kalau tak berjodoh nak buat macamana kan?

Azlan menutup lampu dan mula hendak melelapkan mata. Esok, dia perlu masuk kerja di waktu pagi. Ketika itulah, telefonnya berbunyi. Azlan mencapai telefon dan melihat satu nama yang memang tidak asing lagi bagi dirinya. Pantas, dia menjawab telefon tersebut.

“Hello, hai. Kenapa telefon?”

“Boleh temankan Nana berborak malam ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience