Bab 10

Romance Completed 5258

Sebulan berlalu di matrikulasi.

Kehidupan dirasakan biasa saja bagi Azlan. Benda-benda belajar, diakui sendiri olehnya yang ianya agak sukar. Namun, setiap hari Azlan cuba untuk menghadapinya dengan tenang dan berusaha.

Suasana kelas juga amat menyenangkan hatinya. Tidak ada jarak umur yang berbeza. Rakan-rakan kelas hampir kesemuanya mudah diajak berbual dan bergaul. Sedikit demi sedikit, memori indah tercipta di matrikulasi. Namun dia masih lagi berasa kosong.

“Kalau ada siapa-siapa berminat nak join kelab pembimbing rakan sebaya, boleh datang temuduga esok di dewan A,” umum seorang guru di hadapan bilik kuliah.

Pembelajaran di lakukan di dalam bilik kuliah dan digabungkan dengan beberapa kelas yang lain. Pengumuman guru tersebut menarik perhatiannya.

Mungkin aku akan lebih gembira kalau berpersatuan.

*******

Azlan berjaya melepasi temuduga dengan mudah. Dan sekarang, dia sedang berkumpul di dalam dewan. Bersama-sama dengan mereka yang layak. Ada hampir 80 orang kesemuanya.

“Baiklah, kepada mereka yang berminat hendak menjadi Biro Promosi dan Media, sila ke bahagian kanan dewan. Biro media tugasnya adalah mengambil gambar, terlibat dengan kerja-kerja promosi!” ujar seorang lelaki di hadapan dewan.

Kerja-kerja lain dilihat lansung tidak mencabar bagi Azlan. Dan Azlan merasakan, Biro Promosi dan media ini adalah biro yang paling best untuk dia sertai. Lantas, dia pun ke kanan dewan.

Di dapati, sudah pun terdapat beberapa orang di situ.

Azlan terkejut tatkala melihat salah seorang dari mereka yang berkumpul di situ. Namun, Azlan masih lagi bertenang. Bertenang dengan keadaan degupan jantungnya yang kencang.

“Baiklah, sekarang kita perkenalkan diri dulu la. Bermula dengan sebelah kanan saya.”

Gadis itu berdiri sambil membetulkan sedikit rambutnya yang panjang.

“Hai, saya Siti Khairullisa Binti Azman. Korang boleh panggil saya, Lisa.”

Dan Azlan pun tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience