Bab 3

Romance Completed 5257

Hari ini hari Rabu.

Azlan tiba semula ke pusat membeli-belah di Damansara itu. Tempat dimana dia pernah bekerja tempohari. Di pusat membeli-belah ini jugalah tempatnya Lisa bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai buku. Misinya hari ini mudah. Sekurangnya mudah menurut Khairul. Dia perlu menemui semula Nizam, rakan kepada Lisa. Kemudian, melalui Nizam dia akan berkenalan dengan Lisa. Semuanya atas faktor Lisa sudah tidak kelihatan di dalam kedai. Dan, Nizam juga merupakan bekas kekasih Lisa. Makanya itu saja jalan yang dilihat Khairul paling berkesan. Itu rancangannya untuk permulaan ini.

Suasana di pusat membeli-belah agak lengang. Mungkin atas faktor hari ini adalah hari bekerja dan bukannya hari minggu. Ini adalah suasana biasa yang sering dialami oleh Azlan sebenarnya. Namun mungkin sebelum ini dia tidak perasan akan keadaan tersebut.

Azlan melihat jam di tangan kanannya. Jarum menunjukkan pukul 2 petang. Ini adalah waktu yang paling sesuai kerana biasanya Nizam akan duduk di bahagian hadapan Kenny Rogers. Dia ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Sama sepertinya dahulu. Dan pukul 2 petang inilah ketikanya keadaan di kedai adalah yang paling santai.

Azlan tiba di hadapan Kenny Rogers, tempat kerja lamanya. Dia nampak kelibat Nizam di hadapan kedai. Mula timbul rasa risau dalam dirinya. Bukan sahaja untuk reaksi Nizam atas permintaannya, tapi reaksi orang lain juga. Sebelum ini, Azlan berhenti bukan kerana saja-saja. Ada perkara yang sudah berlaku di dalam kedai tersebut. Menyebabkan dia ambil keputusan untuk berhenti saja.

Kisah lama mula menghantui dan kini Azlan mula berbelah bagi. Jika tidak menemui Nizam, segala impiannya boleh terhapus terus. Jangan kata Lisa, bayang Lisa pun dia boleh kirim salam saja untuk melihatnya. Tapi jika dia pergi, mahu kenangan lama mengusik jiwa.

Ah lantak la. Itu kisah lama. Sekarang aku nak habiskan kisah yang lagi lama dari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience