Bab 2

Romance Completed 5257

Azlan mendengar dengan penuh teliti segala apa yang dituturkan oleh Khairul kepadanya. Perbincangan yang sepatutnya memakan masa mungkin dalam 10 minit, menjadi lama sehingga memerlukan Azlan memesan teh tarik yang keempat. Teh O Ais Limau yang ketiga untuk Khairul. Bukan kerana rancangan Khairul itu sukar ataupun rumit, tetapi keyakinan Azlan itu yang perlu diberikan anjakan. Azlan sememangnya seorang lelaki yang tidak yakin lansung dengan dirinya dan Khairul faham sangat. Kalau dah setiap kali mahu bercinta dan menemui kegagalan yang berterusan, lelaki mana yang boleh tahan?

“Faham tak? Atau aku perlu ulang sekali lagi?” ujar Khairul kepada Azlan sambil menghirup Teh O Aisnya yang baru sampai.

“Aku faham. Tapi aku tak beranilah nak buat benda tu. Berisiko. Nanti kalau dimalukan, macamana?”

Khairul menepuk dahinya lagi. Kali ni lebih kuat sedikit. Sebab benda ni sudah berbolak-balik sebanyak lebih 10 kali. Ini sudah kali ke 15 jika dikira dengan lebih teliti. Entah kata-kata semangat yang macamana lagi hendak diperkatakan. Khairul buntu.

“Macam ni la…” ujar Khairul sambil membakar rokoknya yang keempat untuk malam ini.

“Kalau kau buat, kau akan tahu keputusannya. Entah mungkin berjaya atau tidak, aku tak boleh nak pastikan. Tapi, aku boleh bagi jaminan yang kalau kau tak buat, sampai mati pun kau dalam keadaan yang tertanya-tanya. Dan kau juga dalam keadaan tidak tahu akan peluang yang kau sudah terlepas. Entah-entah sebenarnya, kau tu ada peluang. Tapi kau sendiri yang taknak ambil. Macam kes yang ni la. Sebab manusia yang berjaya adalah manusia yang merebut peluang.”

Azlan mengangguk. Khairul sambung menghisap rokok.

“Aku dah pernah cuba ambil peluang dulu sekali Khairul. Tu sampai aku nak berhenti kerja tu. Ingat tak?” ujar Azlan.

Khairul memandang pada Azlan yang sedang tunduk sayu itu.

“Nana?”

Dan Azlan pun menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience