Bab 8

Romance Completed 5257

Maka, setiap malam Azlan akan diisi dengan perbualan telefon bersama Nana. Pelbagai perkara dibualkan dan bukan hanya tertakluk kepada perbualan seorang kawan. Kadangnya dirasakan seperti perbualan antara kekasih. Perbualan di telefon yang terlalu kerap itu menyebabkan Azlan berasa dia perlu jatuh cinta semula. Cuma kali ini, dengan lebih dalam.

Ada ketikanya, waktu kerja Azlan dan Nana berbeza (Nana adalah pembantu manager disitu). Sebagai contoh, sekiranya Nana bekerja di waktu pagi, Azlan akan turut sama keluar di waktu pagi. Tujuan untuk mengambil Nana, menghantarnya ke tempat kerja, dan pulang semula untuk berehat. Sambil menunggu waktu kerjanya tiba. Hal ini berlarutan agak lama kerana Nana tidak mempunyai kenderaannya sendiri. Dan Azlan tidak kisah. Kerana dia terus dibuai oleh perbualan telefon yang dilaluinya setiap malam.

Tambahan pula, angau sudah pun menguasai dirinya secara total.

Setiap minggu jika ada cuti, cuti tersebut akan diisi bersama. Diluangkan dengan cara melakukan pelbagai aktiviti seperti menonton wayang, membeli barangan keperluan dan sebagainya. Memang lagaknya seperti pasangan kekasih. Kerana setiap langkahnya berpegangan tangan. Dan ada kalanya, moment-moment saling bertentangan mata juga diwujudkan tanpa sengaja.

“Kita ni tengah bercinta ke?” tanya Azlan satu hari kepada Nana.

Nana hanya tersenyum, tidak menjawab pertanyaan Azlan itu.

Bagi Azlan, senyuman itu sudah pun menjawab segala pertanyaannya.

*******

“Hai, saya Zul,” ujar seorang pekerja yang baru masuk bekerja hari ini.

Azlan berjabat tangan dengan Zul yang ketika itu dilihatnya tidak lebih dari seorang rakan baru. Zul berbadan agak tegap walaupun sedikit rendah. Jika berbual, Zul akan menceritakan pengalaman lamanya yang bekerja di sebuah kedai makanan segera.

Kehadiran Zul mengubah segala-galanya.

Tiada lagi panggilan di waktu malam. Tiada lagi dipinta untuk menghantarnya pulang atau apa pun. Cuti yang dahulunya sering disamakan, kini menjadi berbeza. Jika jadual sebelum ini dilihat mereka berdua di dalam waktu cuti yang sama, akan diubahnya secara serta merta oleh satu tangan ghaib (Kemungkinan besar, Nana). Dan hal ini ternyata mengecewakan Azlan secara total.

Semua perubahan ini dilihat hanya kerana satu sebab. Kerana Zul ada kereta.

Dan Azlan, dia cuma ada satu motor buruk.

*******

“Tolong hantar aku,” ujar Amira, seorang gadis pengkid yang serumah dengan Nana.

Hari ni, Azlan shift petang. Namun Nana shift pagi. Makanya, Nana sudah terlebih dahulu pulang ke rumah. Bagi Azlan, ini peluangnya untuk berjumpa dengan Nana.

Tiba sahaja dia di hadapan rumah Nana, dia terlihat akan sebuah kereta yang memang tidak asing lagi bagi dirinya. Kereta Zul. Serentak dari itu di balik langsir, Nana keluar dengan penuh gaya bersahaja hendak menuju ke kereta. Mungkin selepas itu, baru dia perasan akan kehadiran Azlan. Kerana kemudiannya, dia dengan pantas menyorok di balik langsir pintu. Menunggu. Menunggu sehingga Azlan pulang. Sebaik sahaja Azlan menurunkan Amira, Azlan dengan cepat memandu motorsikalnya semula membelah lebuhraya. Dia mahu segera pulang. Hatinya terasa sakit yang amat sangat secara tiba-tiba.

Malam itu, Azlan tidur lebih awal.

Atau mungkin menuju ke arah tidur itu yang lebih awal.

Kerana 2 jam sebelum Azlan benar-benar melelapkan mata, ianya diisi dengan aktiviti menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience