Bab 4

Romance Completed 5257

Azlan melangkah menuju ke Nizam yang sedang berdiri sambil menyandar di pintu hadapan. Khayal dengan imaginasi yang sedang dimainkan di dalam kepalanya. Cuma bila Azlan sudah lagi 3 meter hendak tiba, baru Nizam perasan akan Azlan. Dengan senyuman, Nizam menyambut salam yang diberikan oleh Azlan dari jauh. Sebaik tiba, tangan saling berjabat dan mereka saling berpelukan untuk seketika.

“Ada apa hal datang sini? Bukan kau dah berhenti ke?” tanya Nizam.

“Dah. Ini kau tengoklah pakaian aku. Bukan aku datang pakai baju kerja.”

“Apa cerita sebenarnya kau ni sampai berhenti? Aku dengar macam-macam cerita tau. Aku pulak rasa rimas.”

Azlan tersenyum. Matanya sekali-sekala mencuri pandang ke dalam kedai. Mana tau, kalau-kalau dia terpandang semula kepada gadis yang berjaya mencuri hatinya. Dan juga gadis sama yang turut menghancurkan hatinya dengan sekali hempas.

Nana.

“Ada la cerita dia.” Ujar Azlan. Dia enggan bercerita. Takut nanti dituduh mengadu domba.

“Eleh dengan aku pun nak berahsia-rahsia bagai. Cerita je la. Kemon!”

“Hahaha, kau ni beriya betul. Apa yang kau dengar ni sebenarnya?” ujar Azlan. Sambil itu, dia mengajak Nizam untuk duduk ke tepi sedikit. Khuatir juga kalau kalau kehadirannya dilihat oleh orang di dalam kedai. Lantas ianya mewujudkan buah mulut yang tidak baik.

“Aku ada la dengar yang kau dengan manager kita tu bercinta bagai. Kau berhenti ni pun sebab kena tipu. Betul ke?”

Azlan diam sebentar tidak menjawab. Difikirkan semula atas segala yang berlaku dalam tempoh 4 bulan yang lepas. 4 bulan yang penuh berlakunya perkara suka dan derita dalam keadaan yang serentak. Azlan tertanya-tanya sama ada dia benar-benar berada di dalam kelompok manusia teraniaya, ataupun tidak. Kerana ada masanya dia merasakan yang dia cuma manusia yang perasan. Nana lansung tidak bersalah. Yang benar bersalah adalah dirinya sendiri. Kerana meletakkan harapan pada gadis yang sudah pun memberi amaran.

“Aku sebenarnya datang ni ada benda nak minta tolong pada kau Nizam.”

“Tolong? Tolong apa?” tanya Nizam semula.

Azlan pun menerangkan secara terperinci tentang hajatnya pada Nizam. Tentang bagaimana dia mahu mengenali Lisa melalui Nizam. Nizam mendengar dengan penuh teliti sambil kepalanya menangguk faham.

Secara curi-curi, mata Azlan memandang ke dalam kedai. Dan ketika itulah dia terpandang pada mata yang pernah dahulu mencuri hatinya secara total. Sehingga dia hampir melupakan Lisa, gadis yang mencuri hatinya di awal waktu dia bekerja dahulu.

Nana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience