Bab 9

Romance Completed 5257

“Aku rasa, susah sikit la nak tolong kau Azlan. Sebab hari tu sebenarnya aku ada bagitau Lisa yang ada member aku nak kenal dengan kau. Kiranya aku nak bagitau member aku tu kau la. Dia tak cam. Puas aku beriya bagi ciri-ciri kau dekat dia.” Ujar Nizam bersungguh.

Azlan hanya mengeluh kerana hal ini akan menyukarkan segala rancangannya untuk mengorat. Hatta, untuk memulakan perbualan pun boleh terganggu. Azlan bukannya jenis lelaki yang berani sangat.

“Habis tu, kiranya tak boleh la nak kenal dengan dia melalui kau?”

Nizam menggeleng kepala sambil mengucapkan, “Sorry bro.”

Azlan kecewa lagi. Tapi tak mengapa. Bagi Azlan, ini mungkin petunjuk dari Allah memberitahu berhentilah membuat kerja mengorat. Kerana kelak, dia mungkin akan dikecewakan lagi.

“Dia kerja mana sekarang? Kedai buku tu lagi ke?”

“Tak sure pulak. Hari tu aku ada dengar cerita dia nak berhenti. Tapi benda tu aku takde tanya detail.”

“Kiranya, Lisa tu takde dah la dekat kedai buku tu kan?”

“Takde.”

Kecewa berganda.

“Kau tak bagitau pun aku lagi kenapa kau berhenti. Dari hari tu lagi aku dah tanya. Hahaha,” tanya Nizam pada Azlan.

“Aku berhenti sebab nak study la. Bulan 6 ni masuk,” bohong Azlan. Walhal study itu lansung bukan sebab utama dia hendak berhenti kerja.

“La yeke. Kau nanti study mana?”

“Matrikulasi Melaka.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience