Bab 5

Romance Completed 5257

4 bulan sebelum itu

“Kau dengan Azman nanti pergi Kenny Rogers Damansara tau. Sana ada outlet baru bukak. Sebulan je. Tak lama,” ujar Miss Farah kepada Afiff.

Arahan itu diberikan pada Afiff dihadapan rakan kerjanya yang lain, termasuklah Azlan. Berita pemilihan pekerja yang perlu ke cawangan Damansara memang sudah lama berlegar di dalam kedai ini. Namun, nama pekerja yang terpilih masih lagi menjadi rahsia. Sehinggalah hari ini. Kebanyakan dari pekerja yang ada memang menolak secara rahsia idea untuk berpindah ke outlet baru. Semuanya atas faktor jarak yang tidak munasabah dari rumah masing-masing. Kalau di waktu biasa, perjalanan ke tempat kerja hanya mengambil masa sehingga 10 minit. Namun untuk ke damansara, 30 minit paling sekejap (itupun jika pergi ke tempat kerja dengan menaiki motor).

“Gaji macamana Miss? Sama je ke macam dekat sini?” tanya Afiff.

Pertanyaan Afiff itu sekaligus menarik perhatian semua yang ada di dapur ketika itu. Untuk pengetahuan, gaji yang ditawarkan di kedai sekarang agak rendah. Ianya ditawarkan mengikut jam dan setiap sejam, pekerja akan dibayar sebanyak RM4 sahaja. Paling tinggi cuma boleh bekerja selama 6 jam sahaja satu hari atas faktor pekerja yang ramai. Maka, pertanyaan gaji itu memang benar-benar ditunggu oleh mereka yang lain.

“Aku rasa paling sekejap pun kau akan kerja 8 jam. Atau mungkin sampai kena buat OT. Sebab staff sana memang tak ramai. Outlet baru kan. Lepas tu nanti kau boleh claim RM5 sehari untuk elaun perjalanan,” ujar Miss Farah sambil mengangkat keningnya, tanda bertanya “Ada apa apa lagi soalan lain?”

Serentak, semua menggelengkan kepala.

Waktu sekarang, mengejar duit adalah segalanya. Seperti Azlan, dia ada banyak benda dan perkara hendak dilakukan dengan gaji yang bakal diterimanya. Jika ada peluang untuk menerima gaji yang lebih tinggi, memang dia akan merebutnya.

Pantas, dia berlari menuju ke Miss Farah.

“Miss! Miss!” jerit Azlan dari jauh.

Miss Farah menoleh.

“Ha, kenapa Azlan?”

“Dekat outlet Damansara tu perlukan orang lagi tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience