BAB 1

Romance Completed 6611

Inilah kisah yang berlaku lebih 40 tahun dulu mengenai kejadian yang mengganggu ibu-ibu melahirkan anak menyebabkan mereka dalam ketakutan setiap kali akan melahirkan anak.

Pandak Hassan adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini sebaik saja isterinya akan melahirkan anak sulung. Malah mengikut pendapat orang tua-tua perempuan mengandung anak sulung inilah yang menjadi idaman hantu penanggal itu.

Nenek saya pernah memberitahu bahawa hantu penanggal ini adalah manusia biasa yang tersalah menuntut ilmu semangat padi. Tujuannya adalah untuk membolehkan padinya berbuah dengan banyak, walaupun sawah yang dikerjakan tidak seberapa.

Ilmu semangat padi yang dituntutnya itu berubah menjadi hantu penanggal yang memerlukan darah perempuan yang baru beranak, bagi mengekalkan ilmu semangat padi itu menguasai dirinya.

Sekiranya dia tidak melakukan, maka hantu penanggal yang menguasainya itu akan memakan diri sendiri. Oleh itu asal saja perempuan baru melahirkan anak mudah saja dia dapat mencium hanyir darah berkenaan.

Kecuali kalau wanita-wanita itu baru dibawa ke hospital, dia tidak dapat mengekorinya kerana bau ubatan moden ini dikatakan melemahkan anggota hantu penanggal itu sendiri.

Secara saintifik tidak dapat digambarkan mengenai polong atau hantu penanggal ini, kerana yang dapat dilihat hanya perempuan yang menjadi mangsa itu terkena tumpah darah. Yang sebenarnya hantu penanggal itu sedang menghisap darah hanyir dari ibu yang baru lepas bersalin itu.

Fasal itulah kebanyakan orang-orang di kampung akan menggantungkan duri mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat tidur ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

Memang duri mengkuang ini menjadi sumpahan kepada hantu penanggal mahupun polong. Mereka tidak akan berani mendekatinya kalau ada duri mengkuang di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience