BAB 3

Romance Completed 6611

Kisah Pandak Hassan ini diceritakan sendiri oleh anak buahnya kepada saya, kerana semasa kejadian itu berlaku dia sudah pun berumur kira-kira 8 tahun. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada bapa saudaranya itu.

Saya pernah juga bertemu dengan Tok Aki dua tiga kali, tetapi tidak sempat pula bertanya mengenai kisah Pandak Hassan ini. Lagi pun dia tidak berapa ingat sangat dengan Pandak Hassan, kerana kampung mereka berjauhan.

Semasa saya bertemu Tok Aki beberapa tahun dulu, dia kelihatan menangis teresak-esak kalau menyebut kisah-kisah yang dikatakan aneh oleh manusia sekarang. Setiap kali dia menyebut nama Allah, Tok Aki akan tersedu-sedu sampai tidak dapat bercakap.

“Allah boleh melakukan apa saja, tak ada apa-apa yang aneh bagiNya.”

Kata Tok Aki kepada Pandak Hassan.

“Dekat kampung kau ada orang yang handal, buat apa kau cari orang tua buruk di Gunung Semanggol ni.”

Dia merendahkan diri apabila Pandak Hassan meminta dia membuat apa-apa tangkal bagi melindungi isterinya.

“Tolonglah bagi apa-apa tangkal pun Tok Aki.”

Pandak Hassan merayu dengan penuh harapan.

“Aku tak boleh melindungi isteri kau, tangkal azimat juga tak boleh.”

Mengesat matanya yang mula digenangi air.

“Yang boleh kau minta tolong untuk melindungi isteri kau hanyalah Allah.”

Kata Tok Aki lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience