BAB 5

Romance Completed 6611

Disebabkan sudah selalu benar dia berkata mahu ke Benut membeli kuih tersebut apabila sedang duduk minum di kedai kopi di Celah lumut itu, orang cam betul-betul waktu yang dia bangun mencapai basikal untuk ke Benut itu kira-kira pukul 10 pagi.

Kira-kira pukul 11 pagi dia balik ke kedai itu membawa dua butir kuih kuaci yang katanya dibeli di Benut. Orang yang disuruh menunggu di kedai kuih di Benut yang dikatakan itu telah balik dalam kira-kira pukul 1 petang hari itu memberitahu, memang Tok Aki ada datang ke kedai berkenaan membeli kuih kuaci pada pukul 10 pagi hari tersebut.

Sejak hari itu barulah orang tidak berani lagi menuduh dia tidak siuman.

Memang terkejut besar orang yang menunggu di kedai di Benut, kerana selama ini dia merasakan Tok Aki hanya bergurau saja mahu ke Benut membeli kuih. Tetapi apabila balik dia hanya membawa dua butir saja kuih kuaci. Kalau mahu dikira dari segi logik, adalah terlalu bodoh untuk mengayuh basikal lebih 100 batu semata-mata untuk membeli dua butir kuih kuaci yang harganya cuma 60 sen.

Lagi pun tidak sampai sejam pun masa perjalanannya dengan mengayuh basikal tetapi menuju ke satu tempat yang dikira pergi dan balik lebih 100 batu. Sebab itulah orang menganggap dia tidak siuman.

Tetapi setelah dapat dibuktikan bahawa kata-kata Tok Aki itu benar barulah orang berfikir, pada zahirnya Tok Aki seperti orang tidak siuman, tetapi apa rahsia di sebalik kelakuannya seperti orang tidak siuman itu hanya Allah saja yang tahu.

“Dari apa yang saya alami mengenai kelakuan Tok Aki ni, memang saya bersetuju bahawa tidak ada perkara yang mustahil kalau Allah izinkan.”

Keluh Kamarul memberitahu saya.

Kamarul pun memang sudah lama mencari saya, kerana dia mendapat tahu saya pernah ke Gunung Semanggol mencari Tok Aki ini. Apabila bertemu dengan saya, barulah dia bercerita mengenai sikap aneh Tok Aki yang dianggap oleh orang-orang di sekitar kampungnya sebagai tidak siuman itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience