BAB 9

Romance Completed 6611

Emak mertua Pandak Hassan terdengar apa yang dicakapkan oleh Tok Imam Husin. Dia juga teringat akan pengakuan anaknya mengenai Tok Aki yang ditemui oleh suaminya Pandak Hassan. Terasa juga menyesal di hati orang tua itu kerana menuduh Tok Aki tidak siuman.

Baru Pandak Hassan mahu mencapai basikalnya, Tok Aki sudah sampai tersengih-sengih saja apabila melintasi orang ramai di tengah halaman.

“Awak nak panggil saya, Pandak?”

Tegur Tok Aki memerhati Pandak Hassan sedang menyeret basikalnya.

“Tak payahlah panggil lagi, saya pun memang nak ke sana,” katanya lagi.

Bertambah heran emak mertua Pandak Hassan, kerana macam tahu-tahu saja Tok Aki yang Pandak Hassan mahu memanggilnya. Orang-orang kampung yang selama ini menuduh Tok Aki tidak siuman pun menjadi hairan dengan kejadian yang mereka lihat itu.

Hanya baru disebut namanya oleh Tok Imam Husin, dia sudah muncul dalam masa beberapa minit saja.

“Macam mana Tok Aki tahu semua ni?”

Soal Pandak Hassan kehairanan.

“Apa pula saya tahu semuanya, saya memang nak ke mari.”

Tok Aki menjelaskan.

“Macam mana isteri kau, dah bersalin?”

Dia tersengih-sengih saja macam menyindir orang ramai yang kehairanan dengan kehadiran dia di situ.

“Sudah...” Pandak Hassan mengangguk.

“Alhamdulillah,” sahutnya tersenyum.

“Tapi, macam mana dengan setan tu?”

Pandak Hassan menudingkan jari ke arah rumpun mengkuang. Kepala yang tersangkut di situ terlintuk saja tidak bergerak. Api yang berkelip-kerlap pada tali perutnya yang berjuntai macamkan kelip-kelip yang berterbangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience