BAB 2

Other Completed 679

Sejak hari itu, aku menghabiskan setiap jam dalam setiap hari berkurung di rumah aku sendiri. Aku hanya mahu berjumpa dengan keluargaku dan akan segera masuk ke bilik aku jika mereka cuba menasihati diri ini. Setiap hari, di mindaku ada satu persoalan iaitu apakah punca sebenar aku dikhianati sebegini. Aku yakin yang aku tidak layak diperlakukan sebegini namun setiap kali aku ingin melepaskan kemarahan aku, aku sedar yang tiada benda akan dapat menyelesaikan perkara ini. Aku cuba untuk mengalihkan perhatianku dengan perkara lain ataupun akan hanya terus menerus mendiamkan diri di dalam bilik ku itu.

Aku mula keluar daripada fasa gelap dalam hidup aku itu sejak aku mula membaca satu buku yang diberikan oleh ibu aku. Ibu sangat risau dengan keadaanku dan memberi aku buku yang bertajuk “Disebalik Pelangi” yang memberikan diri ini banyak pengajaran yang membuka hati aku. Dalam buku ini ada banyak cerita tentang pelbagai individu yang berasal daripada latar belakang yang berlainan dan ujian yang menimpa mereka. Aku mula sedar yang aku bukan sahaja manusia yang dipilih untuk menjalani ujian yang susah sebegini dan ada lagi ramai did alam dunia ini yang lebih daif kehidupannya berbanding aku ini.

Selepas membaca buku itu, aku mula membuka hati aku untuk keluar dari bilik aku. Keluar dari rumah aku. Aku mula bersosial dengan rakan serta keluarga yang ada disekeliling aku. Ibu dan bapa aku juga sangat gembira dengan perubahan diri aku. Namun, walaupun aku mula rasa gembira dengan situasi aku, aku masih rasa ada kekosongan di dalam hati aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience