BAB 6

Other Completed 679

Pemergian bapa Susan sangat mengejut dan membuatkan Susan berada dalam situasi yang sangat getir tanpa ada seseorang sebagai tempat dia bergantung. Susan mengharungi situasi itu sendiri dan akhirnya, dia melahirkan seorang bayi yang comel walaupun sebelum itu dia pernah memikirkan yang keputusannnya untuk melahirkan anak itu adalah satu kesilapan. Susan mula bekerja sambil membesarkan anaknya sendiri. Sehingga hari ini, Susan membesarkan anaknya sendiri dan anaknya juga telah menjadi seorang budak yang pintar. Cerita Susan membuka mata aku yang tidak pernah mendengar atau melihat seseorang yang telah hilang tempat bergantung tapi masih boleh berdiri diatas usaha diri sendiri.

Percutian aku ke Manila merupakan salah satu pengalaman yang sangat menyembuhkan diri aku ini. Aku melihat ramai lagi insan yang masih bersusah payah untuk hidup tapi masih boleh senyum dan berbaik dengan orang lain. Aku membuat keputusan untuk ke Jakarta, Indonesia pada bulan Mac. Percutian aku kali ini agak membuatkan aku sedikit teruja kerana aku dapat mencuba pelbagai makanan yang sudah tentu halal dan sedap. Hal ini kerana, semasa aku berada di Filipina, begitu susah untuk mencari makanan halal sehingga aku terpaksa bergantung dengan mi segera yang aku bawa.

Keadaan Jakarta boleh dikatakan lebih kurang seperti Manila dimana kedua-dua tempat ini sangat sesak berbanding dengan Kuala Lumpur. Begitu banyak orang berada di kota metropolitan ini dan hamper separuh daripada mereka hidup dengan tidak selesa seperti kebanyakan orang di Malaysia. Aku mula berasa bersyukur dengan situasi negara aku yang masih dalam keadaan yang baik walaupun ada banyak skandal yang telah berlaku.

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience