BAB 9

Other Completed 679

Malam itu, Encik Aditya membuat keputusan untuk menunggu di tempat dia bekerja dan membuka sepanjang malam dengan harapan akan ada yang menghantar motosikal mereka untuk dibaiki. Tiba-tiba, pada lewat malam itu, seorang lelaki telah datang dan meminta beliau membaiki motosikalnya. Encik Aditya berasa sangat gembira dengan adanya pelanggan itu dan membaiki motosikal itu dengan baik. Beliau meminta 3 Rupee daripada pelanggannya itu tetapi orang itu memberikan Encik Aditya 20 Rupee dan terus berlalu pergi. Encik Aditya terkejut dengan rezekinya pada malam itu dan cuba untuk berlaku jujur dengan memberikan kembali wang baki namun pelanggan misterinya itu telah berlalu pergi dengan sekelip mata.

Encik Aditya kembali ke rumah dengan 2 kilo beras yang dibeli dengan wang yang didapatinya pada malam itu dan meminta ibunya untuk memasak nasi sebagai sarapan. Pada pagi itu, mereka sekeluarga sangat gembira dengan adanya nasi hasil titik peluh Encik Aditya. Sejak hari itu, Encik Aditya sering mendapat pelanggan dan mendapat rezeki yang cukup untuk menanggung mereka sekeluarga. Sembilan tahun telah berlalu dan beliau masih cuba mengingat wajah lelaki itu yang telah mengubah hidup beliau. Namun sehingga hari ini, Encik Aditya masih tidak ada peluang untuk berjumpa demgan orang itu dan hanya beranggapan orang itu adalah seorang malaikat yang dihantar daripada tuhan.

Selepas sesi aku bersama Encik Aditya, aku telah di jemput untuk makan malam bersama keluarga Encik Aditya. Keluarga mereka yang beragama Hindi sangat baik danmengajar aku banyak perkara baru yang sudah tentu aku tidak akan dapat di tempat lain. Cerita Encik Aditya telah mendapat sambutan yang baik oleh pembaca blog aku. Aku juga telah menggunakan blog aku sebagai platform untuk mencari sukarelawan yang mahu pergi mengembara ke luar negara bersama aku untuk mengenal dan membantu insan lain yang ada di seantero dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience