BAB 7

Other Completed 679

Aku terjumpa Anisa di sebuah warung di Jakarta barat. Anisa adalah anak kepada pengusaha warung bakso di tempat ini. Aku mula berkawan dengan Anisa sehingga Anisa mempelawa aku ke rumah mereka. Keadaan rumah mereka begitu sederhana dan tidaklah sedaif seperti rakyat Indonesia yang lain. Anisa menceritakan tentang kehidupan mereka ketika aku berada di rumah mereka. Ibu Anisa iaitu Puan Wati telah membesarkan Anisa sendiri walaupun adanya suami beliau di rumah mereka. Malangnya, suami Puan Wati adalah seorang yang ketagih dengan najis perjudian dan tidak pernah meberi nafkah kepada Puan Wati dan Anisa. Bapa Anisa tidak pernah memberi kasih sayang yang betul seperti bapa yang biasa kita lihat dan dengar. Sebaliknya, dia terus menerus memperjudikan apa sahaja yang ada di rumah mereka sehinggalah mereka menjadi papa kedana.

Anisa yang baru berumur 17 tahun sangat kesal dengan perbuatan bapanya namun setiap kali dia memberitahu ibunya untuk cuba memikirkan cara untuk menyelesaikan perkara ini, ibunya hanya menolak dengan baik dan terus menjadi isteri yang mithali kepada bapanya. Puan Wati sering ditindas dan semua barang kemasnya juga telah hilang di guna sebagai modal untuk suaminya berjudi. Anisa mula berkeras untuk membawa ibunya pergi dari bapanya apabila pada suatu petang rumah mereka yang telah dipusakakan oleh datuknya telah di jual oleh bapanya. Anisa mula benci dan marah dengan bapanya. Sejak dari hari itu mereka berdua sudah berpindah ke Jakarta dari kota Surabaya untuk berjauhan dari bapanya itu.

Walaupun kehidupan di Jakarta agak mencabar, Anisa dan ibunya dapat hidup dengan lebih gembira dan jelas ternampak di muka Puan Wati yang bebannya sudah diangkat dari bahunya yang sudah membebannya sejak bertahun lalu. Mereka berdua telah membuka warung yang telah aku pergi itu sejak 6 bulan lepas dan warung itulah yang telah membantu mereka berdua untuk meneruskan kehidupan. Bapa Anisa telah cuba untuk kembali ke pangkuan mereka dan meminta maaf kepada mereka namun Anisa belum dapat menerima bapanya sepenuhnya dan hanya menghantar duit sewa rumah dan makanan setiap bulan sebanyak yang dia mampu. Anisa hanya berharap yang dia akan dapat menerima bapanya dengan hati yang tenang selepas satu jangka masa yang dapat menyembuhkan hati Anisa dan ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience