BAB 5

Other Completed 679

Susan mendapati dirinya sedang mengandung ketika dia berumur 16 tahun. Susan tinggal bersama bapanya dan ibunya telah meninggal semasa dia berumur 7 tahun. Hubungan Susan dan bapanya sangat rapat dan mereka berdua sering meluangkan masa bersama.Tetapi, semasa Susan mendapati dia sedang mengandung, dia menjadi sangat gusar dan bingung untuk memberitahu bapanya. Situasinya bertambah teruk apabila teman lelakinya membuat keputusan untuk meninggalkan Susan dan pergi melanjutkan pelajaran di luar negara. Susan yang berasal dari keluarga yang sederhana mula risau dengan keadaannya dan membuat keputusan untuk merahsiakan kandungannya itu buat sementara. Walau bagaimanapun, hari demi hari, bapa susan mula mendiamkan diri walaupun mereka berdua sangat rapat sebelum itu. Pada suatu petang,bapanya balik ke rumah awal dan memanggil Susan ke ruang tamu.

Bapanya menanya Susan sekiranya ada sesuatu yang dia mahu beritahu kepada bapanya. Susan mula menangis dan memberitahu tentang kandungannya kepada bapanya. Bapa Susan memberitahunya yang dia sudah tahu beberapa minggu sebelum itu apabila dia terjumpa ujian kehamilan di bilik Susan. Bapa Susan bertanya kepadanya tentang apakah rancangan dia buat kandungannya itu. Susan memberitajhu bapanya yang dia akan menjaga anaknya itu walupun sebagai ibu tunggal. Sejak dari hari itu, bapa dia bekerja dengan lebih keras dan sentiasa menyediakan makanan untuk Susan yang sedang sarat mengandung.

Hari demi hari, bapa Susan akan bekerja dua pekerjaan berbeza demi mengumpul lebih banyak wang sekiranya anak perempuannya terpaksa menjalani pembedahan ketika bersalin. Akan tetapi, semasa Susan mengandung 7 bulan, bapanya tiba tiba jatuh sakit selepas baru balik dari kerja. Tidak lama kemudian, sakit bapanya bertukar menjadi batuk kronik dari demam yang agak serius. Ketika bapanya sedang berada di dalam hospital, Susan pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa barang keperluan untuk bapanya. Namun, setibanya dia di hospital, bapanya telah disahkan meninggal dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience