BAB 3

Other Completed 679

Pada satu malam, aku terjumpa satu laman web syarikat penerbangan tempatan yang mempromosikan tiket penerbangan murah ke luar negara. Antaranya negara seperti Jepun, Australia, Mesir dan Indonesia. Sejak dahulu lagi, aku pernah bermimpi untuk menjelajah pelbagai negara untuk menambah pengalaman dalam diri aku yang jahil ini. Dengan itu, pada malam itu juga, aku membeli tiket penerbangan ke negara pertama sejak aku membuat keputusan untuk ber”backpacking” iaitu Jepun.

Aku membuat keputusan untuk membeli tiket itu pada bulan Julai agar aku masih sempat untuk mengumpulkan wang sebelum pergi ke negara itu. Pelan perbelanjaan telah aku laksanakan dan aku mula mencari cara untuk menambah pendapatan selain daripada mengharap baki duit yang telah aku dapat dari hasil karier aku yang lepas.

Kedai runcit Pak Abu merupakan pekerjaan sambilan aku pada waktu pagi dan pada waktu malam pula, aku menjadi guru tuisyen kepada para pelajar yang ada di kawasan perumahan aku. Seminggu selepas aku berangkat ke kota metropolitan, Tokyo, aku sudah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM5000 hanya dari usaha aku bekerja sambilan di pelbagai tempat. Aku menggunakan wang tersebut untuk bersedia berangkat dan meminta restu daripada ibubapa aku agar aku dapat mencari pengalaman dengan penuh berkat.

Aku tiba di Lapangan Terbang Narita selepas 7 jam berada di kapal terbang. Setibanya aku di sana aku segera ke rumah pertumpangan yang telah aku jumpa dalam internet. Dalam rumah itu, aku terjumpa seorang lelaki yang bernama Encik Haneda. Encik Haneda ialah pemilik rumah pertumpangan di kota Tokyo ini. Akan tetapi, wajah Encik Haneda tidak kelihatan seperti warga negara Jepun yang biasa. Hal ini kerana, ibu beliau adalah orang Melayu yang berasal dari Malaysia manakala ayah beliau merupakan jejaka Jepun yang pernah belajar di Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience