BAB 1

Other Completed 679

Aku seorang backpacker yang sangat minat dengan idea perbezaan setiap manusia yang ada di dunia ini. Setiap kali aku pergi ke suatu tempat, aku akan cuba untuk mendekatkan diri aku dengan orang tempatan atau setiap manusia yang aku jumpa di tempat itu. Setiap kali ini berlaku, banyak perkara baru yang dapat aku peroleh dan minda ku juga menjadi lebih terbuka dengan setiap idea yang aku belajar dari orang lain. Tahun ini merupakan tahun ketiga aku menjadi backpacker. Aku adalah seorang freelancer dan setiap dua bulan sekali, aku akan pergi melancong sendiri di beberapa negara luar.

Idea backpacking aku ini tercetus sejak aku mengalami suatu fasa yang menjadikan aku berubah dimana aku kehilangan pekerjaan aku yang telah menjadi bahagian hidup aku yang bagiku sangat kosong ini. Sebagai akauntan, aku telah bekerja keras untuk mendapatkan jawatan aku di Syarikat RSI namun disebabkan hasad dengki manusia, aku telah dikeji dan dipandang rendah sehingga aku hilang rasa yakin dengan diri ku untuk berdiri lagi. Aku bekerja tidak henti dan mencurahkan segala-galanya dengan karier aku sebagai akauntan. Akan tetapi, pada tiga bulan sebelum aku telah dilucutkan jawatan, rakan sekerja yang aku sudah kenal dengan rapat telah mengkhianatiku untuk posisi aku dalam syarikat itu. Dia telah membuat satu rekod yang menunjukkan aku telah menyeleweng pendapatan syarikat itu namun tiada siapa tahu yang tidak pernah sekali pun benda itu terlintas di minda aku.

Dari kecil, aku dibesarkan oleh ibubapa yang memastikan aku sentiasa jujur dan hidup dengan penuh intergriti agar aku sedar dengan idea kehidupan yang penuh pancaroba ini. Malangnya, pada 27 April 2015, aku telah dipecat oleh bos syarikat yang telah aku berkhidmat dengan telus buat jangka masa yang lama akibat khianat seorang rakan yang sanggup menjatuhkan diri aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience