BAB 8

Other Completed 679

Beberapa minggu selepas aku balik dari Jakarta, aku terfikir untuk membuka satu blog dimana aku boleh bercerita tentang pengalaman dan cerita setiap insan yang telah aku jumpa. Aku telah bertemu dengan Encik Haneda, Susan dan Anisa yang telah memberi aku pengalaman dan pemahaman tentang kehidupan yang lebih meluas dan aku rasa aku perlu untuk berkongsi pengalaman aku kepada masyarakat. Aku membuka akaun blog yang bernama CeritTentangManusia.com dan mula untuk merancang untuk menemu ramah orang orang yang aku berkenalan di luar negara dengan lebih formal. Selepas beberapa minggu aku merancang dan menyediakan apa yang perlu, aku bertolak ke satu negeri yang aku yakin akan membuka minda aku dengan lebih luas iaitu India.

Aku tiba di Mumbai, India dan keadaan di negara ini lebih sesak dan mencabar dari negara yang telah aku pergi sebelum ini. Negara ini sudah dibelungi dengan adat rasuah dan kerakusan wang kebanyakan pihak yang berkuasa dan sebab itu, aku telah membelanjakan banyak wang di negara India. Walapun sudah banyak cabaran yang telah aku lalui di negara ini, aku akhirnya dapat bertemu ramah dengan seorang lelaki tempatan yang bernama Encik Aditya.

Cerita Encik Aditya bermula dimana sejak kecil lagi, dia terpaksa bekerja demi memberi makan kepada keluarganya kerana bapanya yang tidak dapat bekerja akibat menghidapi penyakit. Encik Aditya bekerja sebagai seorang mekanik. Setiap hari, semua ahli keluarganya akan menunggu Encik Aditya balik dari rumah untuk membawa makanan. Pada suatu hari, Encik Aditya kehabisan duit dan di rumah mereka juga sudah tidak ada makanan lagi. Beliau berasa sangat sedih apabila dia melihat adik bongsunya terpaksa tidur dengan perut yang sangat lapar. Ibunya juga hanya senyum kerana tidak mahu beliau risau dengan ketiadaan makanan yang dibawa oleh Encik Aditya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience