BAB 10

Other Completed 679

Keputusan aku untuk keluar daripada bilik aku yang telah menjadi satu ruang selesa aku merupakan keputusan yang terbaik pernah aku buat. Kerana sejak dari hari itu, aku telah membuat keputusan untuk mengembara ke banyak tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Begitu banyak pengalaman unik yang telah aku dapat dan sudah tentu aku sangat gembira dengan adanya blog aku yang sudah tentu akan dapat memberi kesan yang baik kepada generasi muda.

Aku telah dihubungi oleh salah satu syarikat penerbitan tempatan dan mereka mahu menerbitkan buku hasil coretan aku, si backpacker yang telah mengembara banyak negara dengan tujuan untuk membuka mata dan menanbah pengalaman dalam diri. Kini, aku sudah di kenali sebagai Alina, si penulis dan seorang “influencer” terkenal yang dikagumi bukan kerana rupa atau bakat namun kerana setiap pengalaman yang telah aku kongsikan kepada masyarkat.

Hari ini, aku sedang menandatangani buku hasil tulisan aku di sebuah kedai buku terkenal bersama penulis buku yang telah mengubah hidup aku iaitu buku “Disebalik Pelangi” . Penulis buku itu yang bernama Kak Shidah telah menjadi rakan baikku dan kami berdua akan pergi ke Turki untuk misi kami yang seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience